• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

mentaliti apa yang nak difikirkan yew??
semasa memandu kereta,mendengar cerita mama tercinta,tiba-tiba terfikir...

Kenapalah kan kadang-kadang terfikir kita zaman sekarang makin lama makin malas dan banyak merungut ataupun banyak tidak puas hati atau sebagainya..

hanya terfikir macam nie sahaja..

Cuba kita lihat pengorbanan orang lama dan orang terdahulu.
Lahir-lahir dapat lihat dunia yang mungkin pada masa itu masih dalam proses kemajuan dan kemerdekaan.
Mereka diajar dan melalui cara hidup dengan CARA yang SUSAH untuk menjadi manusia..

KALAU hendak MEMASAK
-CARI kayu API ( kalau hari tak hujan,kalau hujan?? )
-HIDUP kan API ( berapa lama pula nak hidupkan,mana ada mancis kan)
-TIUP bara biar API menyala ( kalau yang asma dan lelah )
-BILA api dah MENYALA, BARULAH boleh MEMASAK. ( kalau xhidup?,sampai bila kan? )

KALAU hendak MENGAMBIL AIR.
-CARI baldi ATAU timba. ( Kalau untuk tempoh seminggu,berapa banyak pula kan baldi yang dibawa? )
-BAWA atau USUNG timba ATAU baldi ke SUNGAI berhampiran ( Kalau Jauh? )
-AMBIL air di SUNGAI atau mungkin di PERIGI? ( Kalau Sungai 2 ada JAWS??..xdekot )
-USUNG atau KENDONG baldi yang berisi AIR ITU.( Berat la jugak kan??)
-BARUlah Buat bekalan seminggu ( kalau xsampai seminggu??dua tiga kali kene ambil air DI SUNGAI lagi kan)

"MEREKA hidup dalam keadaan susah dan BILA MEREKA berada di zaman sekarang mungkin mereka tidak kekok MALAH bersyukur dengan segala kemudahan yang mungkin telah memudahkan dan membantu mereka.TETAPI jika satu hari nanti mereka TERPAKSA mengalami benda yang sama seperti DAHULU kala.MUNGKIN mereka dah terbiasa dan TIDAK KEKOK lagi kan..sebab MEREKA pernah alami dan dah TERBIASA"


TERFIKIR pula pada ZAMAN SEKARANG..
Mungkin yang hidup pada zaman ini..
LAHIR-LAHIR je dihidangkan dengan pelbagai kemudahan.TEKNOLOGI bukan main CANGGIH lagi.
SEMUANYA di HUJUNG JARI je kan.

KALAU hendak MEMASAK
-HANYA pusingkan NAT DAPUR sahaja ( api dah hidup )
-ITU pun ada yang MALAS lagi kan?


KALAU hendak AIR
-HANYA pusingkan kepala PAIP sahaja.
-Kalau malas XTAU nak cakap apa kan..

TETAPI walaupun dah canggih dan serba MUDAH dan KEMUDAHAN terlalu banyak masih lagi melahirkan MANUSIA yang MALAS..termasuk diri yang menulis..hmmmm...MUNGKIN kita tidak merasa betapa susahnya pada zaman dahulu walaupun HANYA untuk memasak AIR.TETAPI..sekarang ada HEATER.hanya masukkan AIR dalam JUG tu pun dah rasa MALAS...

KALAU kita dah berada di DALAM dunia SEKARANG ini pun macam rasa MALAS,cuba kalau KITA berada di DUNIA DULU??..atau MUNGKIN kita AKAN terbiasa dengan keadaan sekeliling..MAKNANYA..
kalau kita hidup ZAMAN DAHULU kita MUNGKIN terbiasa DENGAN keadaan tersebut dan mungkin TIDAK RASA malas UNTUK melakukan APA yang ORANG dahulu LAKUKAN..

atau...

ADAKAH TEKNOLOGI MEMBANTU MANUSIA KEARAH KEMALASAN???
sama-sama kita fikirkan..

*bila orang dah biasa jalan kaki,bila suatu hari nanti dia dapat kereta dia akan rasa bersyukur sangat2,tetapi jika suatu hari nanti dia disuruh untuk jalan kaki,INSYAALLAH dia mampu untuk jalan kaki semula..tetapi jika dia sudah biasa naik kereta dan suatu ketika dia disuruh jalan kaki,mungkin amat payah untuk dia terima atau mungkin tidak mahu melakukannya.._ALIF ATIF_

Posted by The Story From Myself - - 3 Reaction

Pada suatu hari..Satu Rimba diadakan pertandingan Memanjat Pokok Kelapa...
Pertandingan itu memang pertama kali diadakan di dalam Rimba tersebut..

Pada permulaan Pertandingan tersebut,mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan Media..Hampir seluruh negeri di Rimba Itu kecoh dengan berita Pertandingan Memanjat Pokok Tersebut..Apa tidak nya..
hadiah bagi pemenang Pertandingan itu sangat lumayan dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Semasa hari pertama pertandingan itu bermula,ramai peserta yang mengambil bahagian, SI ULAR, SI SEMUT, SI CICAK, SI LEMBU DAN JUGA SI KERBAU..banyak penyertaan sehingga kan Borang Penyertaan pun habis diedarkan..
Semua warga Rimba beradu tenaga dan keringat untuk memanjat Pokok Kelapa yang tinggi itu..Peserta pertama yang memanjat Pokok Kelapa itu adalah SI ULAR.
Semua Menjangkakan SI ULAR dapat naik dan menjadi pemenang untuk pertandingan itu, SI ULAR mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak..akan tetapi,setelah separuh perjalanan SI ULAR penat dan lalu terjatuh dari Pokok Tersebut dan dikejarkan di Hospital berhampiran..

Begitulah seterusnya..hampir semua warga tidak dapat memanjat pokok kelapa itu.Selang beberapa hari pertandingan itu.
Ada yang masih lagi degil dan ingin mencuba untuk kali kedua, SI SINGA antara warga yang mencuba untuk kali kedua itu. Semasa SI SINGA memanjat pokok itu,ramai orang mengejeknya dan memberi kata-kata yang kurang menyenangkan.."Dah la 2 SI SINGA, takkan nak jatuh kali kedua kot"...."Mustahil la ko dapat panjat lagi SI SINGA"..."Dah tau dah ko konfem xdapat punya SI SINGA"..
pelbagai kata-kata yang keluar dari Warga Rimba yang awalnya menyokong dan lama kelamaan kata-kata yang kurang menyenangkan dilemparkan oleh Warga Rimba...

Hampir sebulan Pertandingan itu berlangsung dan tiada siapa yang dapat memenanginya lagi..Bila ada yang mencuba memanjat pastinya ada mulut-mulut jahat yang mengkritik dan mengkutuk...hmmmmm...

Tibalah suatu ketika.SI MONYET datang dengan penuh semangat datang dengan tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh masyarakat sekeliling.Langkah pertama dipanjatnya pokok itu, SI MONYET itu dibaling,dicemuh dan dikutuk oleh Masyarakat rimba...akan tetapi SI MONYET seperti tidak mengendahkan apa2 pun dan selamba sahaja memanjat Pokok Kelapa itu..

Sehingga di pertengahan dalam memanjat, SI MONYET itu keletihan dan penat.Pada masa itu juga SI MONYET tetap dicemuh oleh warga Rimba yang sering memandang enteng kepada siapa yang menyahut cabaran.

akhirnya walaupun dia dicemuh dan dihina,akhir sekali SI MONYET itu berjaya memetik BUAH KELAPA EMAS yang dipertandingan daripada sebulan lepas..
SEMASA proses turun,ramai wartawan RIMBA menanti untuk dibawah untuk mewawancara SI MONYET itu..

bila soalan pertama yang ditanya oleh wartawan.tetapi SI MONYET itu diam dan tidak dengar apa yang dikatakan oleh Semua Wartawan tersebut.Semua Wartawan Frust dan tension kerana setiap apa yang ditanya tidak dijawab.Akhirnya...IBU SI MONYET itu datang yang mencari anaknya yang hilang semasa membeli belah tadi...

 Akhirnya IBU SI MONYET menceritakan bahawa anaknya mengalami masalah kurang pendegaran..sebab itulah dari tadi,bila ditanya soalan tiada jawapan yang keluar daripada mulut SI MONYET.Mungkin itu adalah salah satu kelebihan atau pun penyebab untuk SI MONYET itu berjaya..



*Kadang-kadang kita perlu pekakkan telinga daripada kritikan orang dan cacian jika kita perlu BERJAYA...

Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Cerita ini pun bermula..

Semasa perjalanan ke sebuah kota..
sebuah Bas ini dipandu oleh seorang yang agak berusia umurnya.
destinasi Bas tersebut menghala ke Thailand.

Tiba-tiba, pemandu ini keletihan dan tidak dapat meneruskan memandu Bas untuk tiba ke destinasi..
Kalau dibiarkan begitu sahaja..alamat hampir semua penumpang dalam bas itu tidak dapat tiba ke destinasi yang hendak dituju mereka..

Pemandu yang berusia itu kemudiannya memandang belakang dan bertanyakan sesuatu kepada semua penumpang yang berada didalam bas itu. "Siapa yang ada dalam bas ini yang boelh dan tahu memandu bas?".tanya pemandu tersebut..

Ada seorang anak muda yang baru memiliki lesen pemanduan bas mengangkat tangan dan menawarkan diri untuk membawa bas..

Akan tetapi..anak muda itu menjawab.
"Tetapi saya takot hendak bawa bas,kerana lesen saya baru lagi dan belum pernah sekali pun saya membawanya selepas mendapat lesen ini".

Pemandu berusia itu membalas "InsyaAllah pakcik akan duduk disebelah untuk membantu anak membawa bas ini,anak jangan risau.Pakcik ada disamping nak".

Walaupun dalam perasaan takut,akhirnya setelah mendapat kata-kata semangat akhirnya anak tersebut berjaya membawa bas tersebut sehingga sampai ke destinasi yang dituju..

*Apa kaitan dengan hidup kan??

Hmmmm..
dalam hidup kita ini,banyak yang kita ceburi terutamanya dalam Universiti, ceburi organisasi itu,persatuan itu,majlis ini dan sebagainya..
Suatu hari nanti, kita akan tinggalkan nya juga, dan muka baru pula akan mengantikan tempat kita.Mungkin banyak alasan yang diperkatakan oleh Muka baru ini..Antaranya adalah takut, tidak ada pengalaman dan sebagainya..
Memang itu adalah lumrah jika kita bermula dalam keadaan yang kosong dan tidak mengerti apa2..
Tetapi yang berpengalaman itu haruslah memberi semangat dan tunjuk ajar kepada yang baru agar mereka dapat meneruskan dalam mengemudi sesebuah organisasi itu sehingga cita-cita sesebuah organisasi itu tercapai dan mencapai "destinasinya"..

 Semoga berjaya kepada yang melibatkan diri dalam kursus kepimpinan universiti.=)

Posted by The Story From Myself - - 7 Reaction

 Semasa hayat si kecil..

semasa lahir menangis je kan
mereka tidak lah terus berjalan dan terus berlari..
magik juga kalau lahir-lahir terus boleh berlari dengan cepatnya..

bagaimana proses anak kecil ini berjalan??
Semua pernah merasainya..
Awal permulaan Ibu mesti gembira bila melihat anaknya menyiarap..
"Tak lama lagi boleh merangkak la 2".

tak lama kemudian anak itu mula merangkak..
selangkag tangan dia kehapan,jatuh tersembam bumi..
tetapi..anak kecil itu terus merangkak dan terus merangkak..
akhirnya dia berjaya merangkak dan laju pergerakan nya..


Kalau kita lihat,pada awalnya anak kecil itu hanya mampu merangkak sekali sahaja kemudian terjatuh..
tetapi..
akhirnya anak kecil itu mampu merangkak dan terus laju merangkak,


Selepas merangkak,anak kecil mampu berdiri..
Dia pergi kearah kerusi,dan perlahan-lahan berdiri..
lama berdiri, terduduk tersembam bumi.
Kemudian..dibantu oleh abang kakak untuk belajar berjalan pula..

Pada mulanya diacahnya jarak dekat, Bila jarak dekat sudah dilepasi,baru lah ke jarak jauh.
Itu pun bukan sekali percubaan..
sekali melangkah,mungkin 3,4 kali tersembam jatuh dari langkah tersebut.

Mungkin bila dah mencapai umur sepatutnya,anak kecil itu dijaga semasa berjalan yang terhuyung hayang..
akhirnya..anak kecil tersebut mampu berjalan tanpa diawasi..
dan mungkin sekarang..
Anak kecil itu sudah mampu berlari dan memintas abang dan kakaknya..

*Proses anak kecil tersebut bermula daripada menyiarap sahaja.menjatuhkan seluruh badannya menghadap kebumi.tetapi selepas BERSABAR, TIDAK MENYERAH KALAH, TERUS KEHADAPAN...akhirnya anak kecil tersebut mampu berlari..Bukan sahaja mampu berlari,malah dia boleh lakukan kesemua cara semasa proses tumbesaran..

Aplikasikan coretan ini dalam mengharungi diri kita sekarang..

#Peringatan untuk diri saya juga..
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...