• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

Siapa tahu tarikh kematian dia?

Mungkin esok? Lusa? atau Minggu Depan??

Sedangkan perkara yang paling dekat dengan kita adalah ' KEMATIAN '

Dalam keadaan sihat.

" Walaupun usianya agak lanjut, lebih kurang umurnya 70 an, tetapi beliau merupakan seorang yang periang dan selalu senyum. Isteri beliau sudah lama sarat mengalami penyakit tua, sudah hampir 3 tahun isteri beliau hanya mampu baring diatas katil dan duduk di kerusi roda. Tetapi ingatan isteri beliau masih ingat akan sedara mara yang datang terutamanya masih Hari Raya Aidilfitri. Setiap kali datang kerumahnya, semestimya beliau akan berborak-borak kosong dan tidak lekang dengan senyuman dibibir beliau, ada kalanya beliau menolak isterinya mengunakan kerusi roda untuk ke meja makan dan ke ruang tamu, Setelah beberapa ketika, satu panggilan yang diterima ibu amat menyedihkan apabila beliau telah kembali ke rahmatullah. Jangkaan awal oleh seseorang menjangkakan bahawa isteri beliau yang kembali kerahmatullah, tetapi sangkaan itu salah, tetapi Allah lebih menyanyangi beliau terlebih dahulu " *cerita ini dirakamkan 2 tahun lepas, dan baru-baru ini isteri beliau telah kembali kerahmatullah atas penyakit yang isteri beliau alami.

Dalam tempoh mahu berlangsungnya hari perkahwinan.

"  Sudah berlangsungnya hari pertunangan yang diharap-harapkan oleh sorang dara apabila ada lelaki yang sudah melamar hidupnya, tempoh pertunangan itu tidaklah memakan masa yang lama, hanya dalam lingkungan 12 bulan sahaja, Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah yang sempurna. Semasa ibubapa pengantin perempuan sibuk menyiapkan persediaan perkahwinan, beliau dikejutkan dengan penyakit aneh yang berlaku terhadap anak perempuannya, pada mulanya ia menganggap biasa sahaj, tetapi lama-kelamaan perkara itu menjadi serius dan memerlukan rawatan yang segera. Beliau dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut, Ajalnya sudah tiba, dalam beberapa bulan menghitung hari mereka disandingkan, bakal pengantin perempuan disahkan meninggal dunia oleh Doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, tidak disangka, Kenduri hari perkahwinan diganti dengan Kenduri Arwah "

Ada yang seusia denganku

" Sudah dua orang kawanku telah kembali kerahmatullah, mereka adalah rakan sewaktu aku dibangku sekolah lagi. Seorang daripada mereka adalah rakan sekelasku. Rakan kelasku ini telah kembali kerahmatullah semasa aku berusia 19 tahun, ketika itu aku berada di Pulau Pinang kerana menyambung pelajaran. Punca kematian beliau adalah disebabkan pendarahan dalaman, dan baru-baru ini aku dikejutkan dengan kematian kawanku semasa dalam perjalanan pulang kerumah. Arwah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya apabila motor yang dibawanya merempuh sebuah kereta yang sdang berhenti dibahu jalan "


apa persediaan kita?
Tak kira usia dan bila, konfem sangat-sangat kematian akan datang punya.
Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi ini adalah satu hakikat dan kepastian.

*Peringatan untuk penulis sendiri.







" Siapa berani jamin esok dia akan hidup lagi?, 
KEMATIAN ITU PASTI, HIDUP TAK TENTU LAGI "









_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 6 Reaction

Sudah Jumpa Doktor, Tapi ubatnya tidak dapat menampung penyakit itu.

Terlalu sukar untuk merubati penyakitnya..

Rawatan di luar negara?ohhhhh.. tidak..kos terlalu tinggi..

Hanya senyum dan sedia menghadapi..

Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Tahniah diucapkan kepada AJK Persatuan Medical Student Association kerana melakukan program yang dapat membantu memberi kesedaran kepada pelajar, harap program ini dapat diteruskan di dalam Universiti..

Program : Semaian Kasih, Hidayah Allah Yang Dicari
Tarikh : 24 Disember 2011
Tempat : Masjid Tuanku Mizan
Panel : 1) Ustaz Hj. Muhammad Abdullah
             2) Ustaz Hj. Muhammad Ravi Abdullah
             3) Ustaz Ann Wan Seng















Program : Muslim Dr. Perintis Kecermelangan Agama dan Negara
Tarikh : 2 Februari 2012
Tempat : Dewan Kuliah B, Komplek Kejuruteraan
Panel : 1) Dr. Farhan Hadi ( Suami Fatimah Syarha )
              2) Ummi Roses ( Pengarah Riadhatus Sakinah )









Terima Kasih MESTA ( Medical Student Association ).















" Kadang-kadang terasa lama bila kita lakukan sesuatu, tetapi tanpa kita sedar, sekejap sahaja masa itu berlalu tanpa kita lakukan apa-apa "_alif atif_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...