• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 7 Reaction

Setiap daripada manusia pasti ada makanan dan minuman kegemaran mereka masing-masing. Berkisahkan seorang sahabat, salah satu minuman kegemarannya adalah Teh Ais. Dimana-mana pun kalau 'order' makan dengan dia, semestinya Teh Ais menjadi pilihan utama minumannya. Pada masa yang sama, setiap kali makan dengan dia, dia akan komen setiap kali dia merasai Teh Ais di tempat makanan tersebut. 

Sehinggakan untuk mengekalkan tahap kepuasannya dia meminum Teh Ais, dia akan cakap kepada abang atau kakak yang ambil 'order' itu agar menambahkan susu di dalam Teh Ais nya. Sehingga sekarang, ada beberapa tempat yang dia boikot untuk makan disitu kerana air Teh Aisnya tidak ' KAWW!! '.

Setiap kali makan dengannya, dia akan mencuba Teh Ais di tempat tersebut. Setiap kedai membawa rasa Teh Ais yang berlainan rasa dan ' KAWW!!', walaupun namanya tetap sama iaitu Teh Ais


Moral :
Setiap daripada kita mempunyai akal dan fikiran yang berbeza-beza. Walaupun kita dan sahabat kita mengalami sesuatu perkara yang sama, ditempat yang sama, pada masa yang sama, hatta kita dan dia bersebelahan sekalipun, tidak semestinya apa yang kita fikir dan kita rasai, sama dengan apa yang dia fikir dan dia rasai.

Kadang-kadang kita ingin semua orang ikut apa yang kita hendak dan apa yang kita fikirkan. Sebaiknya, fahami apa yang mereka rasa dan huraikan apa kehendak kita agar matlamat yang ingin dicapai menjadi sempurna.

P/s : Begitu juga dengan Teh Ais, Nama dah sama, tapi setiap kedai itu ada rasa yang berbeza, walaupun sedikit.

" Tidak Semua Yang Kita Impikan Daripada Orang Lain, Mereka Mampu Laksanakan "

_alif  atif_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...