• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Dalam kita nampak orang melakukan kesalahan, apa yang perlu kita lakukan adalah, kita perlu tegur kesalahan tersebut agar beliau tidak mengulanginya semula.

Kita nak tegur dia, tapi macam mana tidak mahu bagi dia terasa?
- Soalan ini sering ditanyakan oleh setiap individu. Hakikat sebenarnya, walau selembut mana pun kita menegur mereka, pasti juga akan terasa. Sebenarnya memang perlu bagi terasa, sebab dengan terasa dia melakukan kesalahan itu, dia sedar yang dia berada dalam kesalahan.

Kita nak tegur dia, tapi macam mana menegur itu?
- Kebanyakkan orang sering mentakrifkan bahawa tegur itu mesti dengan suara yang bernada tinggi. Tidak semestinya, kalau kita nampak seseorang itu berada dalam kesalahan, kita patut untuk menegur mereka, akan tetapi bagaimana cara kita menegur itu sangat penting. Fahamkan keadaan sekeliling supaya teguran kita itu membina, bukan menjatuhkan.

Apakah cara yang terbaik yang disarankan?
- Kalau memang niat kita untuk menegur sahabat kita, banyak caranya.
1) Jumpa berdepan dengan beliau dan pastikan hanya penegur dan ditegur sahaja mengetahui perkara ini

Saya tak berani nak tegur 'direct' la, kalau tengok muka dia pun rasa takut, macam mana ye?

Kalau anda alami masalah ini, pergi kaedah.
2) Gunakan medium perantaran mesej, whatsapp, personal Message Facebook, Direct Message Twitter untuk menegur seseorang tersebut.

AMARAN!.
- Kalau niat untuk menegur, anda boleh lakukan 2 kaedah diatas, tetapi kalau niat untuk menjatuhkan dan memalukannya, medan post di wall facebook adalah medan yang terbaik.

Saya sayang sangat dengan sahabat ini, kalau tegur nanti, takut dia terasa dan terus tidak mahu kawan dengan kita? Macam mana?
- Pelbagai cara menegur agar sesuai dengan jiwa sahabat itu. Adakah kita akan membiarkan beliau sentiasa dalam keadaan kesalahan. Berilah penerangan terhadap kenapa penengur mengatakan perkara itu menjadi suatu kesalahan kepada yang ditegur. InsyaAllah, kalaulah persahabatan itu dinamakan 'ukhwah fillah abadan abada' pasti ucapan terima kasih keluar daripada mulut yang menerima teguran.

Tetapi kalau berkawan atas dasar kepetingan, takut persahabatan yang dibina, retak menanti belah sahaja.

Saya pun kadang-kadang buat salah, saya takut nanti bila saya tegur, mereka perlekehkan saya dengan mengatakan ' Hari tu pandai nasihat aku, tegur aku, sekarang kau pun buat salah, priiidaaaa '
- Inilah dia konsep " Menegur untuk Ditegur ". jangan pula memperlekehkan. Saya cuba huraikan maksudnya ini.

1) Manusia itu lemah, dan manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, jika ada manusia membuat silap itu perkara normal, tetapi bukanlah bermakna sengaja membuat kesalahan.

2) Orang yang menegur, bukan bermaksud mereka "maksum" dan tidak boleh ditegur, hakikatnya setinggi mana jawatannya sekalipun, pasti akan melakukan kesalahan. Jauhkanlah niat si penegur ini yang mengatakan dia ini hebat dan lagi bagus daripada orang yang dia tegur kesalahan itu.

3) Kepada yang ditegur, anda kene rasa dihargai kerana ada yang masih sayangkan anda untuk membetulkan kesalahan anda. Ucapan terima kasih seharusnya dilafazkan kepada mereka yang menegur anda. *Memang ada situasi yang susah untuk menerima, tetapi cuba untuk melapang dada.

4) Janganlah pula bila hari ini si penegur itu menegur kesalahan kita, kemudian kalau esoknya kita nampak si penegur itu melakukan kesalahan pula, terus kita mengatakan.

" Hari itu tegur aku buat salah, tapi hari ini dia buat salah jugak, baik tak payah tegur aku, sama je". 

Positifkan minda kita agar kita pula menegur beliau dengan cara berhikmah, kerana hakikat manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

5) Kepada si penegur, niatkan dalam hati agar,

"Jika aku tegur orang buat salah hari ini, aku mengharapkan ada orang lain menegur aku bila mana aku pula berada dalam kesalahan"

Kesimpulannya.

Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan
Setiap individu yang dalam kesalahan, tegur itu harus dilakukan
Cari cara untuk menegur, agar hikmah itu menjadi keutamaan
Niatkan dalam hati si penegur, agar ikhlas dalam memberi peringatan
Yang ditegur, berlapang dada adalah aspek yang diperlukan
Kepada yang berani menegur, terimalah hakikat anda berani juga menerima teguran.

*Penulis juga memohan teguran pembaca

p/s : tulisan ini hanya pandangan penulis sahaja. Bukan bermaksud ianya berkaitan dengan semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...