• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 3 Reaction

Diceritakan pada suatu hari itu...
ada panggilan yang masuk ke dalam Hand Phone ku...=)
Aku mengangkatnya dan menjawabnya..
Apa???..Nak Jumpa??..

Bila??
Sekarang??..
owk..dengan pantas capai Helmet dan Motor..
Pertemuan itu amat penting bagiku..kerana mungkin seseorang itu berada dalam keadaan bermasalah..
dan...
mereka memerlukan seseorang untuk diluahkan apa yang dibicarakan.

Alhamdulilah..dengan melanggar beberapa lampu Merah dan beberapa celahan..
akhirnya sampai ditempat yang dijanjikan pada masa yang ditetapkan..
TAPI...
DIA belum kelihatan..duduk sekejap,main buaian..tetiba satu MOTOR kedengaran dari jauh..
KONFEM bunyi motor DIA...

Akhirnya jumpa dua mata,tapi...dia pakai cermin mata..Bertentanglah dua mata dan empat mata..
DIA meluahkan tentang semua perkara apa yang DIA rasa pada waktu itu..kelihatan sepertinya DIA ingin menitiskan air mata, akan tetapi....DIA dapat mengawal perasaan tersebut.
hampir 94 minit DIA meluahkan apa yang DIA rasa..
apa yang AKU tahu sedikit ini pun, Aku membantulah si dia,memberi nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya..
InsyaAllah.sedikit sebanayk mungkin apa yang AKU cakap itu dapat membantu meringankan bebannya...

Lepas pada itu, AKU terfikir suatu benda..memang DIA ada bagi apa yang DIA ingin lakukan selepas menghadapi masalah itu...tapi cara AKU menolak apa yang DIA ingin lakukan dan apa yang AKU fikir benda itu untuk kebaikan DIA...

AKU fikir balik..semua jawapan yang AKU beri kepada nya adalah TEORI semata-mata.Walaupun kadang-kadang AKU cuba menyelami apa yang DIA rasa, tetapi AKU rasakan apa yang AKU katakan bersifat TEORI..sedangkan secara PRAKTIKAL yang akan menempuhi BENDA itu adalah DIA..bukan AKU..TAPI.

hmmmm..MUNGKIN kita boleh bagi kat orang tentang TEORI ( cara penyelesaian, jawapan dsb ) kita kepada DIA..tapi mungkin DIA perlu ambil TEORI itu sebagai satu PENYELIDIKAN sebelum DIPRAKTIKAN oleh DIA..sebab DIA sahaja yang tahu dan buat PRAKTIKAL berdasarkan TEORI yang DIA fikir dan PERTIMBANGKAN..mungkin KITA fikir PRAKTIKAL dia itu TIDAK patut dia LAKUKAN...tetapi..MUNGKIN itu adalah PRAKTIKAL terbaik untuk DIRI DIA.....KERANA..walaupun DIA cerita dari A sampai Z tentang apa yang berlaku kat KITA..tapi yang hadapinya adalah DIA..BUKAN KITA..

_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

apalah kaitan post kali ini dengan MATA LALAT dan MATA LEBAH kan??

MATA LALAT..

Lalat??
apalah yang hendak diceritakan dengan MATA LALAT??
CANTIK??MENAWAN?? dan SEBAGAINYA??

MATA LALAT sangat TAJAM.sehinggakan payah untuk menangkap lalat.
adakah itu yang hendak diceritakan??
TIDAK.....

Kemana selalu kita nampak LALAT??
mungkin kita nampak LALAT selalunya mengerumuni tempat-tempat yang kurang enak dilihat.
tetapi sedar atau tidak, tempat yang kurang enak dilihat itu dilakukan sendiri oleh sesetengah MANUSIA.
tetapi sesetengah MANUSIA yang prihatin ini memandangnya sebagai tempat yang sepatutnya berlaku sedemikian..
=)

kadang-kadang kita NAMPAK lihat LALAT mengerumuni kawasan SISA SAMPAH, BANGKAI HAIWAN, SISA MAKANAN dan SEBAGAINYA..MATA LALAT lebih tertumpu di persekitaran tersebut...

MATA LEBAH....

LEBAH?
semua pun sedia maklum kot..
LEBAH kan famous berkaitan dengan MADU LEBAH..
tapi ada juga manusia suka kepada MADU maksudnya "BERMADU"..huhu..
(abaikan sekektika )....

Lebah adalah sepesis binatang yang makan dan keluarkan benda yang Bermanfaat..
terkenal dengan MADU.dan MADU YANG ASLI sungguh berkhasiat untuk manusia..
InsyaAllah..

maknanya..

MATA LEBAH lebih tertumpu di persekitaran yang CANTIK, BUNGA-BUNGAAN dan TAMAN-TAMAN yang INDAH...

SEKIAN.......
itu sahaja entry kali ini...

TAPI............

apa kaitan dengan kita?

Cerita ini bukanlah untuk membanding2kan BINATANG yang diciptakan oleh ILAHI.Setiap Ciptaan-NYA mempunyai 1001 rahsia yang kita sendiri pun tidak mengetahui..

cerita pun bermula...

MATA LALAT : diumpamakan dengan mata kita yang mungkin selalu melihat kepada KELEMAHAN,KEBURUKAN, KEKURANGAN seseorang.

PENJELASAN : Kita sering melihat kekurangan atau mengkritik segala kelemahan orang..KADANG-kadang cerita berkaitan dengan KEBURUKAN orang itu sehingga orang itu  MENINGGAL DUNIA  pun masih tetap diceritakan.

MATA LEBAH : diumpamakan dengan mata kita yang mungkin selalu melihat kepada KEHEBATAN, KEMULIAAN, PENGORBANAN dan SEBAGAINYA..

PENJELASAN : bukan seseorang itu mengharap kepada PUJIAN yang MENJUNJUNG dan MELAMBUNG.tapi cukuplah SEKADAR melihat kepada PENGORBANAN dan PENGHARGAAN tentang apa yang telah diusahakan..Tidak dinafikan semestinya ada KELEMAHAN, akan tetapi cuba MELIHAT dengan MATA LEBAH, bukan dengan MATA LALAT..

*MEMANG atau mungkin terlalu susah kadang2 kita nie hendak menceritakan atau menghargai seseorang. Kita mungkin banyak mengumpat dan meceritakan tentang keburukan seseorang itu daripada menghargainya kan..

PESANAN INI KHAS UNTUK MENGINGATI DIRI SAYA SENDIRI

_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 9 Reaction

CERITA DIILHAMKAN DARIPADA SESEORANG..

Kejadian ini berlaku di "Padang Bukit Kuda"..
Seorang pemuda dan kawannya sedang berjalan-jalan di Taman tersebut.

PEMUDA : Teringat pada zaman sekolah dahulu,selalu bermain di Taman ini. Tapi sekarang hanya tinggal Kenangan yang aku rindui sangat.

KAWAN PEMUDA : Betul tuu..Masa petang-petang macam nie,korang selalu main kat Taman dengan baju Sekolah Agama tak bukak lagi terus main atas Taman.

~sewaktu sedang berjalan-jalan.ternampak seorang budak kecil yang sedang Menangis sambil kawan-kawan nya yang lain terus bermain bersama-sama mereka..Pemuda itu menghampiri lalu ditanya..

PEMUDA : Kenapa adik menangis?

BUDAK KECIL : Saya nak beli aiskrim, Tadi saya ada 50 Sen hendak beli aiskrim.tapi bila main-main tadi,duitnya HILANG.

PEMUDA : Owh..takpe2..nah.amek duit 50 sen yang abang bagi nie,jangan menangis lagi yew??

BUDAK KECIL : Terima Kasih bang..

PEMUDA : sama-sama ( sambil tersenyum )

~Setelah beberapa langkah Pemuda itu melangkah,tetiba dia Mendengar tangisan itu semula.Lalu PEMUDA itu terus mendapatkan Budak Kecil tersebut.lalu ditanyakan

PEMUDA : Kenapa adik menangis lagi?kan abang sudah bagi 50 sen tadi?

BUDAK KECIL : Abang, kalau tadi saya ada 50 sen dan abang bagi 50 sen ni,saya sudah ada seringgit dan dapat beli 2 aiskrim.


Terfikir apa yang dapat dinilai daripada perbualan ini?

*Kita sentiasa dan sering tidak berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Mungkin memang manusia itu sentiasa tidak pernah puas dengan apa yang ada.( MUNGKIN )..atau mungkin kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita miliki

( Pesanan terutamanya untuk diri ini )

_alif atif_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...