• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 8 Reaction

14 Febuari 2013.


Bagi sesetangah manusia, tarikh ini merupakan satu bukti tanda cinta sepasang kekasih dan mungkin setiap tahun berulang perkara yang sama iaitu Hari Valentine Day. Yakin dan pasti bahawa, sebagai umat Islam kita tidak digalakkan untuk meraikan Hari Valentine Day ini.

Bukan itu yang menjadi perbualan ruangan kali ini, tetapi pada masa yang sama juga, hari ini akan menjadi hari yang paling gembira, hari yang paling sedih, ada yang menangis, ada yang pasrah. Pada hari ini, hampir seluruh pelajar Ijazah Sarjana Muda UiTM mendapat keputusan peperiksaan semester mereka.

Pelbagai reaksi yang dilakar dan dicoretkan di dada dan dinding media sosial. Antaranya adalah.

" Alhamdulilah, Capai target aku "
" Terima kasih pensyarah yang mengajar saya selama ini "
" Alhamdulilah, Good result, terima kasih Allah "
" Alhamdulilah, bakal bergraduasi setelah beberapa tahun mengharungi kehidupan universiti "

Ada juga yang memberi reaksi.

" Alaaaa, lagi sedikit saja lagi "
" Hmmmm. kenapa Allah menduga aku seperti ini? "
" Mungkin bukan rezeki aku kali ini "

dan kadang kala, bila kawan bertanya kita dapat result berapa, rasa malu dan segan untuk kita beritahu, kerana kita merasakan malu kerana tidak dapat setanding dengan rakan-rakan yang lain.

Bagi yang berjaya, Tahniah!.
Bagi yang sudah bergraduasi. Tahniah!
Bagi yang dekan dan ANC. Tahniah dan Tahniah!

Tahniah atas hasil kerja anda dalam mendapat keputusan yang cemerlang. dan bersyukurlah kepada Allah, kerana kita pandai bukan sebab kita pandai, tetapi Allah yang memberi kefahaman dan membolehkan kita pandai. Bak kata dalam tajuk lagu. " Mana Milik Kita? "

Bagi yang tidak berjaya. Tidak pula mengatakan tidak perlu sedih. kerana perasaan itu pasti akan timbul jika kita tidak mendapat apa yang kita ingin kecapi. Tetapi janganlah sampai berlarutan kesedihan itu sehinggakan kita tidak mahu dan malah 'menyakitkan' diri dengan apa yang berlaku. 

Dalam situasi sekarang, kalau kita duduk dan fikir semula, setelah apa yang sudah berlaku, apakah yang boleh kita buat? saya bagi pilihan jawapan.

(a) Betulkan keputusan peperiksaan.
-macam mana kita hendak betulkan keputusan?

(b) Bersedih sepanjang tahun
-adakah membantu untuk menaikkan semangat

*Mungkin ini yang paling berat
(c) Berhenti belajar sebab tidak dapat dekan.
-adakah mendapat dekan itu segalanya?

Setiap mereka yang berjaya, pasti pernah mengalami proses kesalahan dan kejatuhan. Kalau mereka belum mengalami proses itu, pasti akan alami. Ianya bukanlah tertumpu dalam bidang akademik semata, tetapi dalam kehidupan.

Kepada mereka yang bersedih, silakan untuk terus bersedih, tetapi jadikan sumber kesedihan itu adalah pemangkin untuk membuatkan anda senyum pada semester yang berikutnya. 

Tiada istilah yang gagal bagi mereka yang sudah berusaha, tetapi ianya dianamakan anda belum berjaya. Gagal itu adalah istilah bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang baik tetapi tiada usaha diletakkan padanya.

Untuk seterusnya, kepada sesiapa sahaja yang mengalami proses kecewa dalam kegagalan ini, rancang sebaiknya pembelajaran untuk semester akan datang. Apa yang berlaku itu anggaplah ianya satu latihan untuk mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran. Mungkin inilah dugaan kita yang pertama dalam mematangkan usia dan cara kita.

" CGPA adalah elemen yang penting dalam pembelajaran, tetapi ianya bukanlah segala-galanya. akan tetapi, jika kita dapat maintain CGPA kita itu adalah yang terbaik "

Apa-apa pun, tanamkan semangat

" Kalau tidak mahu sakit kerana kegagalan, jangan malas mencipta kejayaan "

Azraful Azman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...