Selalunya kita jarang sekali mempedulikan 'TAYAR SPARE' yang ada kat bonet kereta, Mungkin kita akan teringat TAYAR SPARE apabila kita hendak jalan jauh, barulah kita teringat kita hendak isi angin TAYAR SPARE tersebut.
Kadang-kadang, jalan tak sejauh mana pun, tiba-tiba TAYAR kita pancit, masa itulah baru kita teringat TAYAR SPARE yang ada kat belakang kereta. Bila kita tekan TAYAR SPARE tersebut, kita merasakan bahawa TAYAR SPARE itu pun kempis dan tiada angin. Masa itu barulah kita merasakan pentingnya untuk menjaga TAYAR SPARE ini setiap ketika.
Signifikasi
Ada dalam kalangan mereka ini, tidak suka menonjol dalam organisasi, dan merupakan seorang yang agak pendiam, akan tetapi sebenarnya, dia mahir dalam sesuatu bidang itu secara rahsia dan tanpa orang sekeliling mempedulikannya. Dia mengaggap bahawa dirinya umpama 'TAYAR SPARE' yang tidak dilihat dan dijaga.
Ada lebih baiknya, kita beri peluang kepada mereka yang 'senyap' ini. Mungkin dia segan dan dia ada cara yang tersendiri untuk menerima ,diberi tugas dan melakukan tugas yang diberikan. Yang penting, cuba kita bagi peluang dan kepercayaan dekat mereka untuk melakukan sesuatu tugasan tersebut. Jadikanlah mereka TAYAR SPARE yang sentiasa diperiksa atau TAYAR yang sentiasa digunakan.
Peringatan untuk diri sendiri
_alif atif_
Selalu Sangat kita merasai Nikmat Sihat daripada Allah, tetapi jarang sekali kita ini rasa bersyukur dan mensyukuri nikmat tersebut.
Tetapi, bila rasa sakit, kita mudah rasa mengeluh dan pada masa itulah kita mensyukuri nikmat ketika kita berada dalam keadaan sihat.
Alhamdulilah..beransur pulih.
Terima kasih kepada Sahabat yang mendoakan kesejahteraan.
Semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah.
Ada Hikmah disebalik apa yang terjadi.
=)
_alif atif_