Dalam kehangtan semangat pilihanraya kampus, pelbagai kaedah dalam memenangi hati pengundi. Ada yang 'promote' di FB, Twitter dan sebagainya. Antara cara yang sinonim dan selalu dilakukan adalah melalui manifesto.
Menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.
Adakah salah jika seseorang itu membuat manifesto?. Secra peribadinya, tidak menjadi suatu kesalahan. Apa yang mampu dinasihatkan adalah tentang isi atau perkara apa yang dimanifestokan.
*ada ke ayat dimanifestokan?
Semasa bertanding lepas, tiada apa-apa perkara yang saya bentangkan untuk dijadikan sebagai manifesto. Tetapi ada 2 perkara yang saya niatkan jika saya berjaya menang dalam pilihanraya lepas.
1. Mencuba dalam menjaga kebajikan akhlak dan mentaliti seorang mahasiswa. ( Sehingga memperkenalkan konsep "Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi" )
2. Memperjuangkan apa sahaja aduan pelajar di peringkat fakulti, selagi mana perkara itu releven untuk diperjuangkan.
Apa yang mampu nasihatkan kepada semua calon yang bakal bertanding, janganlah mencanang sesuatu "manifesto" yang tidak releven untuk diperjuangkan. Sebelum meletak sesuatu manifesto, lihat, kaji dan selidik kemampuan anda untuk melaksanakan manifesto tersebut selepas menang menjadi pilihan mahasiswa.
Jangan terlalu "beremosi" dalam meletakkan sesuatu manifesto tanpa anda sendiri mengkaji cara pelaksanaan, pihak pengurusan, kesesuaian dan kerelevenan manifesto tersebut. Lihat dari skop yang besar, dan teliti sebaiknya.
Boleh sahaja anda meletakkan manifesto anda " Setiap mahasiswa mempunyai satu parking lot di fakulti ". Tetapi adakah ianya satu perkara yang logik dan mampu dilaksanakan?. Kalau ikut emosi dalam meletakkan manifesto, letaklah setiap pelajar dapat 4 flat walaupun tidak mengambil peperiksaan. "confirm" akan menang. Tetapi adakah manifesto itu suatu perkara itu rasional?. Think deeper.
Taburkanlah manifesto yang lebih realiti dan lebih logik untuk diperjuangkan. Betul, strategi dalam meletakkan manifesto yang "GAH" adalah salah satu cara dalam memenangi hati pengundi, tetapi kajilah semula kege"GAH"han manifesto itu.
Selamat Berkempen kepada semua calon PRK UiTM Seluruh Malaysia. 226 kerusi.
_Janganlah berani "MENCURI" undi, dengan manifesto yang fantasi_
_alif atif_