• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

Kesabaran..
Kesabaran seorang ibu memang tiada tolok bandingnya..
Kadang-kadang kita fikirkan balik,tidak semua orang boleh bersabar dengan telatah kita,perangai dan sebagainya..
Kalau kita lukakan hati seseorang,mungkin dia tidak kawan atau tidak tegur kita lagi..
begitu juga kalau orang buat kita.
Tetapi,kadang-kadang tanpa kita sedar,kita telah banyak melukakan hati seorang ibu..
menguris hatinya dengan hanya perkataan "Ahh.." sahaja.
tetapi tidak sesekali ibu menjauhkan diri dari kita, mana mungkin ibu ingin memulaukan kita dan jauh sekali seorang ibu ingin membiarkan anaknya dibiarkan begitu sahaja..
Malah,Ibu lagi menasihati tanda sayangnya dia bekat kita..
Cuba kalau kita sekarang merasa apa yang seorang ibu rasa,adakah kita melakukan apa yang seorang ibu lakukan????

Tolak Ansur..
Ibu lah yang membesar kan kita dari kecil sampai umur kita sekarang ini..
mata beliau lah yang merupakan "gambar" pembesaran kita dari sebesar tapak tangan sehingga sudah mampu berdiri.
kadang-kadang kalau kita bersama orang lain,mungkin sukar untuk menerapkan unsur tolak ansur sesama rakan mahupun sahabat..
tetapi..
cuba kita tengok gambaran seorang ibu..
-seorang anak menyapa emakanya.."Ibu dah makan?."..Ibunya menjawab " sudah anakku."..
sedangkan ibunya belum makan dan makanan memang cukup-cukup untuk mengalas perut anaknya..-

Ibunya sanggup berkata begitu semata-mata ingin melihat anaknya memakan makanan tersebut didepan matanya sendiri..Sungguh mulia hati seorang ibu..
Cuba kalau kita sekarang merasa apa yang seorang ibu rasa,adakah kita melakukan apa yang seorang ibu lakukan????

 anaknya menaiki basikal,tetapi ibunya menolak basikal tersebut.

Pengorbanan..
Kalau menceritakan soal pengorbanan,jangan dipertikaikan lagi..
memang seorang ibu terlalu banyak pengorbanan nya terhadap kita sebagai seorang anak..
Semasa dalam kandungan lagi,ibu kita banyak berkorban unyuk kita..
menjaga kandungan..melahirkan kita..memberi susuan dan sebagainya..
Mampukah kita membalasnya??
Cuba lah kita banyakkan atau lakukan..
-kita ikat perut kita dengan 2 kg beratan, dan membiarkan selama 1 bulan.
adakah kita mampu menahannya??
Cuba kalau kita sekarang merasa apa yang seorang ibu rasa,adakah kita melakukan apa yang seorang ibu lakukan???

Mungkin kalau seorang ibu yang membaca artikel ini merasakan bahawa seperti artikel ini memang tidak cukup untuk meluahkan apa yang dilakukan oleh seorang ibu kepada anaknya..
dan artikel ini juga ditulis oleh seorang anak yang melihat ibunya,
tetapi bagaimana pula seorang ibu yang menulis artikel ini??
memang rasanya,tidak dapat diceritakan..kerana setiap apa yang dilakukan oleh seorang ibu,terutamanya berkaitan soal pengorbanan dan sebagainya,seorang ibu akan merahsiakan daripada pengetahuan anaknya..kerana seorang ibu tidak mahu melihat anaknya merasa penderitaan seperti apa yang dialami oelh ibunya..


Sayangilah ibu sebelum beliau pergi buat selama-lamanya..

One Response so far.

  1. bersyukurlah kepada YANG ESA ibu anda masih ada dan sayangi Beliau.ramai anak2 yang tidak berperluan melihat wajah ibu sendiri dan juga dibelai oleh ibu,ini kerana ibu telah tiada lagi di dunia ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...