“Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi, untuk dicintai sepenuh hati oleh insan yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi.
Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan…
Lebih baik saja cinta itu tidak pernah hadir.”
“Sesiapapun pandai menghayati cinta tetapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta itu bukanlah objek yang boleh dilihat oleh mata kasar.
Sebaliknya cinta itu hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.”
“Berhati-hatilah dengan cinta. Kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak…jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.”
“Berkemungkinan apa yang kita sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya.
Dan berkemungkinan apa yang kita benci itu tersimpan kebaikan di dalamnya.”
Categories:
Label:
Motivasi
Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik buatmu.
Cinta manusia menuntut redha Allah untuk dirahmati.
Cinta itu indah, sungguhpun tidak dapat dilihat, tetapi hati diberi naluri untuk merasa kemanisannya.
Akal yang dikurniaNya mampu mengisyaratkan hati untuk bercinta antara makhluk dengan teras cinta hakiki iaitu cinta pada Khaliq.
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(Ali Imran, ayat 14)
salam..
terima kasih ye..
=)
nice word..
"CINTA ITU ANUGERAH"
Cinta seumpama coklat (ramai yang mengemarinya),bila bahagia semua x hal la...
Tapi bila bermasalah ia seumpama racun..
Jangan main2 dengan cinta...