• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 5 Reaction

kadang-kadang terjumpa barulah menyapa
hidup begini sememangnya sunyi
mencari-cari tidak kujumpa
bagaimana mencari rakan sejati?

pokok mati di atas taman
setiap yang mati pasti bernyawa,
kalau berkawan kerana kehenseman,
kelak hodoh lari rakannya.

melihat nuri sentiasa berterbangan,
terbangnya ia ke sarang tempua,
hensem dan lawa jadi ukuran,
setelah tua berkedut jua.

Tom selalu gaduh dengan jerry,tetapi mereka saling memerlukan.

berjalan keluar ke rumah rakan
semasa masuk kaki dicuci,
berkawan kerana rasa kebaikan,
tersalah sedikit mulalah dibenci


pokok jambu buah berangan,
mengutip buah,di petang hari
Senyuman manis penentu berkawan,
kalau xsenyum,kawan pun lari.

mencari perabot berakar rotan
meja dibeli bersama kerusi
kegembiraan menjadi akar persahabatan,
bila kita menangis,tiada pula disisi
 
gambar upin dan ipin bersama rakan-rakannya
Cinta jatuh pandangan mata,
mulalah hati sudah berkenan,
berkawan kerana kekayaan harta,
lari semuanya bila kemiskinan.

jadilah dirimu orang berguna,
gapailah cita-cita,kurangkan berangan,
merasakan kawannya sudah sempurna,
sedangkan manusia serba kekurangan

hidup penuh suka dan duka,
hadapi ianya penuh pengorbanan,
lawa menjadi  tarikan utama,
nanti berkedut tiada berkawan.

pandanglah muka kenali dirinya
selamilah hati seorang rakan
terimalah ianya dengan seadanya,
bantulah jika ada kekurangan

keluarga sinchan dan rakan-rakannya.
sekali sekala datang berjumpa
menyapa tersenyum berjabat tangan,
sebarang kekurangan jangan dihina,
hadir dirimu mencantikkan keadaan,



_alif atif_

5 Responses so far.

  1. sahabat yang betul2 sahabat akan sentiasa ada bersama dengan kita tidak kira senang @ susah..apabila kita down dia akan membantu kita dan memberi kata2 semangat..Tapi lain pulak dengan kawan,mereka belum tentu akan bersama kita apabila kita dalam kesusahan..

  2. ucuuu says:

    apul...thnks sbb pos entry ni.. kina harap entry ni dpt mmbntu kina,utk kembalikan semula hbgn antara dua org sahabat..... syukran3..

  3. sama2 sakinah.apul minta maaf atas perkara itu.

  4. ucuuu says:

    perkara ape apul???

  5. perkara yang pernah berlaku..antara ucu dan DIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...