• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Dalam pada diam tak diam, tinggal lagi hanya 1 paper sahaja lagi untuk semester ini.Walaupun paper semalam agak menyusahkan tetapi apa yang dilakukan adalah yang terbaik dalam mengejar dan menempah kejayaan sepanjang hidup ini.

Kadang-kadang kalau kita fikir, apa yang kita rasa mungkin tidak sama apa yang orang lain rasakan,walaupun anda dan dia mengalami peristiwa yang sama, pada masa yang sama, pada waktu yang sama dan mungkin berlaku bersebelahan sahaja.

Diceritakan pada suatu petang, seorang guru mengajar kepada anak muridnya tentang rasa "manis". dalam experiment tersebut ,Guru tersebut memanggil 3 orang pelajar kehadapan untuk dijadikan bahan uji kaji.
Guru tersebut meletakkan 3 jenis makanan manis dihadapan murid tersebut. Pertama adalah COKLAT, BUAH TEMBIKAI dan GULA-GULA..





Kemudian guru tersebut mengarahkan setiap daripada seorang pelajar mengambil satu makanan manis  tersebut .Murid A ambil buah tembikai, Murid B ambil gula-gula dan Murid C mengambil coklat.
Guru tersebut mengarahkan anak muridnya itu memakan makanan yang diambil nya sebentar tadi.

Setelah daripada itu, guru tersebut bertanya kepada ketiga-tiga anak muridnya tentang apa yang dirasa daripada berlainan makanan tadi..Semuanya menjawab jawapan yang sama iaitu MANIS..

Guru tersebut bertanyakan kepada Murid A, " Macam mana rasa manis buah tembikai itu? ".Murid A menjawab, "Errr..rasa macam manis-manis buah.".Soalan sama diajukan kepada Murid B. Murid B menjawab, "Manis nya tidak terkata cikgu". "Tipulah..habis kenapa kamu cakap tadi, tadi kata tidak terkata." berseloroh guru tersebut kepada anak muridnya.

Kemudian soalan yang sama diajukan kepada Murid C tentang kemanisan coklat tersebut. Murid C menjawab, " Rasa manisnya coklat itu macam ada nikmat semasa menelannya.".

Kalau kita tengok balik, Kita hanya mampu mendengar dan mungkin memahami sedikit tentang setiap kemanisan yang dirasa dan diceritakan oleh ketiga-tiga Murid tersebut.Tetapi adakah kita rasa serupa apa yang Ketiga-tiga murid itu rasa??..
kerana kita hanya mampu mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh mereka.
Mungkin jadi apabila kita merasa Buah Tembikai itu ,rasanya mungkin pahit atau masam.

Setiap hati dan perasaan orang kadang kala memang berlainan, walaupun kita mengalami perkara,masa,waktu yang serupa.walaupun dia berada disebelah kita, walaupun dia cerita sedikit tentang apa yang dia rasa, tetapi sungguh berbeza dengan apa yang dialaminya.

Melalui cerita ini,mungkin boleh dikaitkan dalam pelajaran pula,  Kita menganggap bahawa dekan itu seperti MANIS rasanya, tetapi ada yang mungkin cara seseorang itu mendapat DEKAN dengan "memakan buah tembikai" , "memakan coklat" atau "memakan gula-gula".
atau mungkin ada yang mendapat DEKAN dengan terpaksa "memakan buah kedondong"
dan mungkin,setiap mereka yang merasa DEKAN itu gembira..
adakah setiap mereka merasakan kegembiraan mendapat DEKAN itu sama??


Tertarik saya dengan kata-kata ini "Pengajaran terbaik adalah melalui pengalaman sendiri"

Berbalik kepada cerita tersebut.
Dalam ketiga-tiga makanan itu,buah tembikai,coklat dan gula-gula mana satu yang paling manis??
Bagaimana kita hendak menilainya??.

selamat mencuba.
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...