• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 3 Reaction

Menerusi suatu perjalanan..
menyusuri jalan yang berjauh batu....
penantian sambil menunggu tiba dan melaksanakan tuntutan Perintah Ilahi...
akhirnya tiba di destinasi..
melakukan tuntutan Perintah Ilahi..

Setibanya disana..terjumpa dengan seorang Pakcik yang baru Alif sua...
bercerita dan bersembang dengannya tanpa kenali siapa namanya..
menceritakan bahawa dia baru balik melawat anaknya dari shah alam..
anaknya terlibat dalam kemalangan dan menceritakan bahawa kad maybaknya sudah patah..
sambil menunjukkan kad tersebut..

Dalam pada berborak itu,masuk lagi seorang sabahan..
menengur kami dan terus mengambil wuduk..
Kemudian,Pakcik itu menceritakan bahawa dia tidak mempunyai wang untuk pulang ke SIK, Kedah..
sambil menunjukkan duit RM 5.00..

Terpaku diri Alif seketika sambil diam seribu bahasa..
Kemudian Abang dari Sabah itu duduk sambil bercerita tentang pengenalan dirinya..
Rancak berbual dengan Abang tersebut..
Rancak dan Periang orangnya..
tetiba Abang tersebut perasaan Pakcik tersebut sugul dan Abang tersebut menanyakan sesuatu kepada Pakcik tersebut..Abang tu cakap "Kenapa nie Pakcik,macam ada masalah sahaja,cerita lah.kalau boleh bantu,saya bantu ,kita kan rakyat Malaysia ,tidak kesahlah walaupun aku dari Sabah".
Pakcik tersebut menceritakan apa yang dia ceritanya sebentar tadi..

~Azan Maghrib berkumandang, semua menunaikan fardhu Maghrib~

Selepas itu,Abang tersebut menanyakan kepada Alif kemana tempat tujuan Pakcik tersebut..
Alif menjawab beliau hendak balik ke kampung di Sik, Kedah...
Abang tersebut pun keluar dari tempat solat dan mencari Tiket ke Sik..
Setelah selesai wirid, Abang tersebut kembali dengan membawa Tiket ke Sik untuk diberikan kepada Pakcik tersebut..

Kemudian Pakcik tersebut berkata pula yang dia ingin pulang ke Baling, bukan Sik...
Kemudian dia berjumpa dengan Alif dan memarahi Alif kerana lain kali tanya dulu saya mahu kemana,Alif menjawab,"tadi Pakcik kata Pakcik nak balik ke Sik,Kedah, so Abang tu bantu lah Pakcik belikan tiket untuk balik ke Sik."..
"Kamu ni macam dah malukan Pakcik la.".."saya xberniat nak malukan pakcik, tetapi saya dan Abang tu nak bantu Pakcik balik ke Sik,Kedah"..
Alif seperti dimarahi oleh Pakcik tersebut..

Pakcik itu keluar dari surau..
Abang itu pun keluar dan mencari kan tiket ke Baling...
Alif pun tidak tahu apa yang terjadi antara Pakcik dan Abang tersebut...
Selepas Alif keluar dari Surau,barulah Abang tu cerita semuanya pasal Pakcik 2..
Abang tersebut sangat murah hati,memberikan wang belanja kepada Pakcik tersebut dan ingin membeli tiket ke Baling untuk Pakcik tersebut..tetapi tidak mahu pula..
mungkin Pakcik itu ingin meminta wang dengan menggunakan alasan dia nak beli tiket,tapi bila Abang tu beli tiket,tidak mahu pula dia mengambilnya..

Alif pun teringat suatu pesanan ibunya~"Daripada Kita bagi duit dekat dia,lebih baik kita belikan apa kemahuannya , lebih-lebih lagi kalau dari segi makanan la"


Rupa-rupanya abang tersebut pun 'apply' apa yang dikatakan oleh ibu Alif..


Alif pun memanjangkan perbualan bersama Abang tersebut..
Abang itu dari Sabah..bekerja sebagai Piping Minyak..
Sudah banyak negara dia merantau.
Abang tersebut menceritakan bahawa dia hanya lulus sampai darjah 2 sahaja..
Tetapi sekarang,sudah hidup dengan senang..


Memang senang berbicara dengan Abang tersebut.kemudian Abang tersebut cakap."kalau kamu free,nak belajar pasal piping nie,beritahu la yew"
Alif pun ambil nombor telefon Abang tersebut..


Alif memang meminati kerja dalam bidang tersebut sejak kecil lagi..
Cara Abang itu memang nampak ikhlas dalam membantu..
Cara dia memang terlalu baik..
Tapi takut dalam baik itu dia ambil kesempatan..
harap-harap sangat abang tersebut ikhlas dalam membantu Alif kelak..
Alif kene lah hati-hati..

Alif dan Abang tersebut menghentikan Perbualan dengan Abang tersebut meminta Izin untuk membeli tiket Pulang Ke Johor Bahru..

Sukarnya nak berjumpa dengan orang sebegitu..Peramah,Membantu dan Saling memberi nasihat..
Banyak pengalaman yang Alif peroleh semasa berbual dengan Abang tersebut..
Diharapkan Impian Alif tercapai..ada suatu perkara yang Abang itu cakap..
Dia mengatakan bahawa muka Alif macam orang Sabah.itu yang Abang itu tanya tu.
Misi Abang tersebut-Dia tidak akan berkahwin selagi tidak melihat keempat-empat adiknya masuk ke menara Gading..

Apa Pengajaran daripada cerita Alif ini??fikir-fikirkanlah..



Pengajaran
1) Pengorbanan Si Abang dalam menyara keluarga yang jauh di Borneo.
2) Sikap membantu bagi mereka yang memerlukan
3) Bersikap Peramah walaupun kita mungkin baru pertama kali bersua
4) Memahami perasaan orang lain.
5) Banyak lagi.....

3 Responses so far.

  1. =)..
    pengalaman cerita Alif atif..

  2. Anonymous says:

    jangan biarkan kaki yang melangkah jauh, mengatur langkah sendirian..biarkan mata yang mengekor menjadi teman penunjuk arah..juga hati dan akal menjadi penyuluh dalam mentafsir..
    hati-hati tatkala melangkah agar tidak tersimpang hala tujumu..
    jagalah matamu, semoga pandanganmu tidak pernah kabur saat dunia dicemari yang fasik..
    berikan tafsiran akal yang terbaik sambil dirimu berjalan melihat dunia..

    "berjalan, melihat, dan mentafsir"

    ;)

  3. terima kasih..

    setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..
    =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...