• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 6 Reaction

Sebelum pulang ke Rumah Ke-2.( UiTM Pulau Pinang ).
Teringin nak bawak adik-adik berjalan supaya tidak rasa kehilangan abang beliau yang tercinta.

Sebelum itu menghantar kepulangan Atok tercinta ke rumah kediaman beliau di Bukit Kuda , Klang. Tempat dibesarkan.Rumah itu seperti hilangg serinya semenjak Pemergian Nenda Tercinta..

Sebelum ni kalau keluar dengan Parents hajat mereka hendak main game2 yang selalu tu tidak terlaksana.Tetapi kali ini abangnya mengikut apa sahaja kehendak adik-adiknyabermain di tempat permainan tersebut.

racing car


=)

main kapal terbang

menunggang kuda

racing car 2

pemanduan berhemah
pemanduan bahaya
akhirnya terpengaruh


*Kalau perlu kita tersenyum dengan mereka senyumlah...kalau kita tidak bersama terasa rindu pula..
=)

Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

Kadang-kadang kita mudah mengecilkan bakat atau pun pandangan daripada orang yang lebih muda daripada kita.
Alasan nya : "mungkin kurang berpengalaman dan tidak banyak tahu benda sangat"

Memang la, kalau persoalan itu ditanya kepada mereka yang sekolah rendah dan tadika lagi memang perlu dikatakan begitu.teatpi bagi mereka yang sudah berfikir secara matang ni??
bagaimana pula ya??

Sepertinya Idea mereka ini ditolak bulat-bulat tanpa memeriksa atau mengkaji terlebih dahulu tentang sesuatu pandangan orang ramai..Sepertinya Orang Muda yang dikatakan "kurang berpengalaman ini", tidak mampu untuk memberi sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukan.

Tidak dinafikan bahawa semua idea daripada mereka yang berumur daripada kita adalah benar, betul dan boleh diguna pakai..Akan tetapi...hargailah kepada Insan yang lebih muda daripada kamu dalam memberi buah fikiran mereka. Kaji dan selidik dahulu..mungkin idea mereka lagi bermanfaat.

Dan kadang-kadang orang sekeliling pun jadi takot hendak keluarkan idea mereka kerana mereka yakin dan percaya bahawa apa yang dikatakan oleh orang lama atau berumur ini adalah benar dan rasanya seperti buat salah besar kalau menyuarakan pandangan mereka.

Semua orang berhak memberi pandangan dan cadangan mereka.Hargailah dan pertimbangkanlah dahulu segala usaha dan pandangan yang diutarakan.Jangan tolak bulat-bulat..

Ubahlah perspektif dan mentaliti ini agar kita semua bersatu dan bekerjasama.

"tidak semua kelapa tua boleh dijadikan santan dan tidak semua kelapa muda boleh diminum begitu sahaja"    (alif atif).

* pesanan untuk diri saya juga.,

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Sebenarnya memang lama benar tidak pergi memancing.
kalau tak,masa dulu,cakap pasal mancing jew mesti akan hilang dan ikut.

Ikan Air Tawar ke. Ikan Air Masin ke. Mancing Udang ke. Semuanya pernah..
tapi sekarang jarang mancing Ikan Air Tawar. Ikan Air Masin je menjadi perhatian sekarang..

Pada hari tu, ayah ku membawa ku tempat memancing ke tempat biasa lar kan. Setiap seorang, satu Joran.
Main Pelampung or casting..
so main casting je lar.Umpan kita hari ini adalah udang..Lihat dari jauh, ayah telah menaikkan seekor ikan Siakap. My dad get first!!.huhu.Hati dah lama duduk kat sini masih sabar menunggu Ikan memakan umpan..

Tetiba...
terasa joran macam disentap..tali pun ditarik laju..
apa lagi, tarik perlahan-lahan, luruskan tali, lepas 2 huutttt..
Giliran saya pula dapat ikan..
Ikan KACI kot..
huhu.gigi dia macam ikan piranha....

lama-lama..Ayah memancing sebelah sebelah..
Kali nie ayah pun main casting..
lepas 2 balingan sahaja, Ayah sekali lagi dapat. Kali ini besar sedikit Ikan nya..
Ikan Siakap juga..

*untuk memancing kali ini Ayah mendapat 2 Siakap,dan anaknya mendapat seekor KACI...

Ini Ikan Kaci

memancing melatih sifat kesabaran.

adik yang takot ikan.

siakap 2.

ikan kene gari.

3 ekor sahaja.

pemancing berjaya kot.

macam la yang dia dapat.
*Kesabaran itu akan datang hasil baiknya sama ada bila itu yang kita tidak tahu..
Bersabarlah...

*Peringatan untuk diri sendiri..

Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

Mengahadiri suatu Perbincangan yang sering menanyakan Isu-Isu semasa.
Kemudian ianya diberikan kepada beberapa Kumpulan Kecil untuk membincangkan sesuatu Isu secara berkumpulan.

Kehadiran Fasi yang lewat mengakibatkan kami menunggu dalam beberapa ketika..

Dalam beberapa ketika itu sepatutnya kita boleh menghabiskan masa untuk sesi berkenalan.
tetapi semuanya seperti melakukan dan membuat kerja sendiri.seperti tiada orang baru dihadapan,kiri dan kanannya..
Alasan nya apa??
Malu?, Segan?, Tidak kenal antara satu sama lain?, Siapa yang hendak tegur dulu? Ego?..
mungkin mentaliti ini harus diubah sedikit agar kita menjadikan sesuatu perkara yang biasa itu kepada keluarbiasaan..

Senyap seribu bahasa  semua.langsung tidak bertegur..Hanya tersenyum sahaja.
Malu dan Segan itu perlu mungkin kene pada tempat nya..

*Peringatan untuk diri saya..

Posted by The Story From Myself - - 5 Reaction

Selepas habis Konvensyen secara Rasminya. Terdetik hati untuk menghantar 3 sahabat ini pulang ke rumah.Berikut adalah senarai nama dan destinasi beliau..

HISYAM  =  RANTAU PANJANG, KLANG
SYAUQI  =  BANDAR BARU BANGI
IZWAN    =  PRESIENT 9, PUTRAJAYA.

Mula-mula bergerak ke Johan Setia, menghantar barang dan keperluan.

PERISTIWA YANG BERLAKU DI JOHAN SETIA :

  • Mereka membincangkan hala tuju kemana hendak dituju.Banyak plan dan akhirnya mendapat kata putus. Johan Setia-Rantau Panjang-Bangi-Putrajaya-Hulu Langat-Air terjun.
  • Kami bertolak selepas Maghrib .Hal ini kerana En. Azman membawa mereka Ngeteh di kedai yang berhampiran dan Peristiwa " Baling kasut dalam raga basikal menjadi perbualan".
  •  Bertolak Ke Rantau Panjang..

PERISTIWA DI RANTAU PANJANG : 

  • Makan malam dan berjumpa dengan budak "CUTE"..
  • Tetiba satu siren bunyi. Siren kereta.cek2 kat luar.Pintu Kereta terbuka..menjadi musykil apa yang berlaku, ada orang curi masuk ke dalam kereta kew?.atau memang dari tadi xtutup pintu??
  • Bertolak ke Bangi.

PERISTIWA DI BANDAR BARU BANGI :

  • Meminta kebenaran untuk membawa Syauqi keluar
  • Terjumpa Iguana dan Kura-Kura.
  • Mendapat kelulusan daripada Parents beliau ..LIKE3x.
  • Bertolak ke Putrajaya

PERISTIWA DI PUTRAJAYA :

  • Mengambil Kunci kediaman kami pada malam itu.
  • Mengambil Laptop dan Broadband.
  • Mendapat kebenaran untuk Menginap di rumah Hulu Langat.
  • Bertolak Ke Hulu Langat.
DALAM PERJALANAN KE HULU LANGAT :

  • Perjalanan terhenti hampir 4 jam perjalanan..terasa jauh jaraknya..
  • Nak Online dlama kereta batery laptop habis pula kan.
  • singgah di petronas Taman Rakan.Mengecas dan online utk dapatkan jalan ke Hulu Langat.susah sangat.
Pukul 3 pagi disana.huhu..peristiwa yang tidak boleh lupa apabila nyaris2 EXCIDENT..
  • Semasa memnadu tidak terasa ngatok tapi bila bawak terlelap dan kereta langgar divider sebelah kanan,terkejut semua.Habis kereta tersebut.
  • Kemudian dinasihatkan berehat dan tukar pemandu.Walaupun penat dan letih tapi cuak jugak bila kejadian itu berlaku.
  • Akhirnya sampai di Hulu Langat.
PERISTIWA DI HULU LANGAT :

  • Sampai sahaja nak tengok cerita shrek,pasang je semua dah tidur.kepenatan mencari jalan yang buntu.
  • Berehat dan Tidur.
KEESOKAN HARI NYA :

PERISTIWA YANG BERLAKU DI AIR TERJUN SG. GABAI :
  • Sebelum sampai ke sungai gabai kami panas kan kaki di kolam air panas.memang Panas rasenya.
  • Kemudian mendaki tangga yang curam untuk mandi di tingkat atas yang ada golongsor.
  • Memang besh mandi manda di air terjun.Badan bagai diurut2 oleh mesin OGAWA.
  • Balik dan makan.

Gambar ini cerita segala-galanya..



 kolam air panas


























*Kadang sesuatu perkara yang kita tidak rancang akan berlaku ianya menjadi Indah untuk dilalui walaupun hakikatnya terpaksa mengahadapi pelbagai dugaan.

*Sebelum merasa manisnya madu, kadang-kadang kita terpaksa digigit lebah.










*Peringatan untuk diri saya juga

Posted by The Story From Myself - - 7 Reaction

Konvensyen Sulit ini hanya dianggotai oleh orang-orang terpilih sahaja..Ianya dianggotai oleh 7 orang sahaja.Hal ini demikian kerana tempat adalah terhad kepada yang layak sahaja.Berikut dinyatakan "detailing event" tersebut.

TEMPAT    :      RUMAH ORANG KAHWIN
MASA        :      LEPAS ZOHOR
HARI          :      AHAD
OBJEKTIF :      MENGHANTAR ROMBONGAN PERKAHWINAN

Sebelum menghadiri Konvensyen Sulit ini, kami dikejutkan dengan Ais Kacang Special di Seksyen 2.
Ada yang mengatakan bahawa "Hidup Ini Umpama Ais, Aiskrim dan sewaktu dengannya, Nikmatilah Ia sebelum cair".kami pun makan la ABC tersebut sebelum cair.
inilah gambaran ABC tersebut.




*kepada mereka yang demam dan dikuarintinkan daripada makan aiskrim atau ais,jangan sesekali mencuba untuk memakannya..Amaran Keras.

Kemudian barulah kami bertolak menuju ke Rumah Pengantin Perempuan.Setibanya masuk ke dalam Taman Perumahan. Pemandu kedua dibuli oleh Pemandu Satu apabila Pemandu satu mengenakan Beliau melalui Jalan yang jauh untuk sampai ke rumah Pengantin Perempuan.Sifat Kesabaranya terserlah apabila Beliau mampu lagi tersenyum...=)

Sampai sahaja dirumah, kami dihidangkan dengan Nasi Lemak.memang xboleh tinggal la Nasi Lemak itu, lagi-lagi IBU yang memasaknya..

Selepas itu kami menghantar rombongan Pengantin Perempuan Ke rumah Pengantin Lelaki.
Inilah yang sempat dirakamkan.


 *ada juga ganbar lain yang xsempat dirakam..antara yang dirakam adalah "Umpan Jinak Di Air Tenang".


Sekitar Jam 4 . rombongan ingin pulang ke destinasi masing2..

Tetapi Kami disekat oleh Kerosakan yang melanda di "kuda yang ditunggang oleh saudara Haziq"

Masalah yang ternikal = Tidak boleh memusing kunci.

Tanya juga haziq,"Ko belajar Auto,xkan xbelajar nie,Jawab die "xmasuk dalam silibus".huhu..

Ni antara usaha dalam membantu kereta yang sudah rosak.
ukur side mirror

hanya menggunakan kuasa mata.


saket pinggang

mana ada kaitan dengan kunci??

kecoh je haziq

dok terintai2.


penat selepas mencuba


bersama koboi dan kuda
 
akhirnya misi selesai.




 setelah selesai semua.kami pun kene makan lagi di warung berhampiran.

perbincangan bersama ayah tercinta.



makan apa ye choq?,suka plak tuan.

anak dan ayah.
setelah itu Konvensyen Sulit terbahagi kepada beberapa cabang dan akhirnya semua pulang mengikuti Konvensyen Rasmi.

Terima semuanya..
Pengalaman yang tak boleh dilupakan..
"kadang-kadang kita merancang sesuatu benda yang lain,tetapi yang berlaku mungkin perkara tersebut sesuatu perkara yang lain atau lebih malang kita tidak suka perkara tersebut,maka terimalah,sabarlah dan redhalah dengan ketentuan-NYA"
*peringatan untuk diri saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...