Kadang-kadang kita mudah mengecilkan bakat atau pun pandangan daripada orang yang lebih muda daripada kita.
Alasan nya : "mungkin kurang berpengalaman dan tidak banyak tahu benda sangat"
Memang la, kalau persoalan itu ditanya kepada mereka yang sekolah rendah dan tadika lagi memang perlu dikatakan begitu.teatpi bagi mereka yang sudah berfikir secara matang ni??
bagaimana pula ya??
Sepertinya Idea mereka ini ditolak bulat-bulat tanpa memeriksa atau mengkaji terlebih dahulu tentang sesuatu pandangan orang ramai..Sepertinya Orang Muda yang dikatakan "kurang berpengalaman ini", tidak mampu untuk memberi sumbangan kepada mereka-mereka yang memerlukan.
Tidak dinafikan bahawa semua idea daripada mereka yang berumur daripada kita adalah benar, betul dan boleh diguna pakai..Akan tetapi...hargailah kepada Insan yang lebih muda daripada kamu dalam memberi buah fikiran mereka. Kaji dan selidik dahulu..mungkin idea mereka lagi bermanfaat.
Dan kadang-kadang orang sekeliling pun jadi takot hendak keluarkan idea mereka kerana mereka yakin dan percaya bahawa apa yang dikatakan oleh orang lama atau berumur ini adalah benar dan rasanya seperti buat salah besar kalau menyuarakan pandangan mereka.
Semua orang berhak memberi pandangan dan cadangan mereka.Hargailah dan pertimbangkanlah dahulu segala usaha dan pandangan yang diutarakan.Jangan tolak bulat-bulat..
Ubahlah perspektif dan mentaliti ini agar kita semua bersatu dan bekerjasama.
"tidak semua kelapa tua boleh dijadikan santan dan tidak semua kelapa muda boleh diminum begitu sahaja" (alif atif).
* pesanan untuk diri saya juga.,
Categories:
Label:
Motivasi
Kalau kita dipimpin oleh org yg lebih muda..dan selama dia memimpin, tak ada satu tindakan or keputusan pun yg boleh membuatkan org bwah dia yakin kat dia..cam mn kita nk ubah mentaliti org bwah tu?hmm..
betul jgk 2..mungkin xkira orang muda,orang tua, orang atas atau orang bawah perlu memikirkan setiap perlakuan beliau agar perlakuan beliau mudah diterima oleh orang ramai..walaupun mmg sukar untuk puasklan hati semua orang
hormati yang tua sayangi yang muda. tp yang tua jangan sombong ye. kemana nak tumpahkan ilmu kalau tak kepada yang muda. jangan kemot~ kami budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. =)
itu dah jadi norma kehidupan azraful. mungkin mereka memandang buah fikiran yg diberi oleh org yg lebih muda sebagai "tidak cukup masak" dan tidak relevan dengan ape yg mereka mahukan walhal mungkin idea dari org muda boleh diguna pakai kerana mereka lebih "masak" dengan rentak kehidupanmasa kini dan kita sebenarnya pemerhati yg lebih tajam dari mereka yg lebih tua..tiada siapa yg salah dalam hal ini..terpulang kpd diri sendiri.. Tepuk dada, tanya iman.. :-)