• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Mungkin suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan apabila mungkin itu adalah kali terakhir kami bersama dengan mereka di Konvensyen Pemimpin Mahasiswa 2010..

Pengalaman bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM lain membawa pengalaman yang istimewa. Dalam sesi kali ini, banyak benda yang diberitahu oleh Penceramah..

Terbangkit dengan ceramah bersama Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) mengenai "KEMANAKAH UiTM?"..

Perkara yang selama ini terpendam akhirnya berjaya diluahkan apabila bangkit bertanyakan soalan kepada Y. Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah..

Pada mulanya rasa macam kurang selesa untuk memberanikan diri bertanya tetapi akhirnya berani juga melangkah untuk bertanyakan soalan tersebut.

Soalan yang diajukan mungkin perkara yang realiti yang patut ditakuti oleh Masyarakat Kita sekarang.

terdetik dengan perumpamaan ini.
" jangan jadi seperti doktor yang mengatakan kepada pesakitnya dalam keadaan sihat sedangkan selepas keluar daripada hospital pesakit tersebut jatuh sakit "

Kadang-kadang benda itu suatu kebenaran yang patut diterima tetapi kita sembunyikan untuk menjaga hati pelbagai pihak.Mungkin boleh diberitahu dengan cara yang berhikmah..

'Kalau kita merasakan pandangan kita itu betul dan boleh membuka mata pelbagai pihak atau membawa kepada kebaikan,apa salahnya diluahkan atau disampaikan.mungkin apa yang diluahkan itu berguna untuk kebaikan bersama..tetapi ingat,kenalah secara berhikmah'.

Peringatan untuk diri ini..
Terima kasih kepada semua..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...