• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Dikeheningan Subuh yang dingin..
Berjalan menuju ke suatu tempat..
Menghadap Ilahi,Tuhan Yang Maha Esa..

Masuk dan berada didalam Saf..
Bertakbir bersama Imam yang membaca Surah As-Sajadah.
Apa yang tertarik nya pada hari itu,
Alif dapat melihat sendiri siapa punya angkara yang selalu menyusun selipar.

Sebelum nie,setiap kali pergi ke Surau,semasa keluar sahaja,selipar semua sudah disusun menghadap keluar.
Perkara itu memang memudahkan Jemaah yang hadir dan terus keluar sambil menyarung selipar yang siap disusun.
Jemaah hanya menyarung dan terus keluar.memang sungguh menyenangkan para Jemaah..

Pada hari tersebut,Alif lihat sendiri,hanya seorang sahaja Anak Kecil hadir di Subuh tersebut.
Kemudian habis sahaja Solat,Anak kecil tersebut keluar dan terus menyusun semua selipar para Jemaah di luar Surau..

Perkara tersebut membuatkan Alif tersentuh dan teringat kembali Kisah Para Anbia..
Ikhlas dan Tulus betul Anak Kecil tersebut..
Setiap Jemaah tertanya-tanya siapa yang selalu susun selipar tersebut..


Apa yang Anak Kecil lakukan itu sebenarnya menyenangkan hati orang..
Mungkin terdetik Para Jemaah mendoakan Kebahagian Anak Kecil yang melakukan perkara tersebut..


*Walaupun dengan hanya membantu menyusun selipar sahaja dan benda itu membuatkan orang lain senang dan ikhlas.InsyaAllah..Ganjaran Allah itu pasti..


Lebih kurang macam nie lar..*gambar hiasan.
Semoaga Anak Kecil tersebut sentiasa berada dalam keredhaan Allah..

2 Responses so far.

  1. nur amir says:

    amalan minimum, pahala maksimum.. =) lps ni abg azraful susun selipar kat pi ek~ lalala..

  2. insyaAllah.
    =)
    ad kisah dari Sahabat Nabi yang selalu memgalihkan selipar Nabi Muhammad..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...