Pada suatu hari..Satu Rimba diadakan pertandingan Memanjat Pokok Kelapa...
Pertandingan itu memang pertama kali diadakan di dalam Rimba tersebut..
Pada permulaan Pertandingan tersebut,mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan Media..Hampir seluruh negeri di Rimba Itu kecoh dengan berita Pertandingan Memanjat Pokok Tersebut..Apa tidak nya..
hadiah bagi pemenang Pertandingan itu sangat lumayan dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.
Semasa hari pertama pertandingan itu bermula,ramai peserta yang mengambil bahagian, SI ULAR, SI SEMUT, SI CICAK, SI LEMBU DAN JUGA SI KERBAU..banyak penyertaan sehingga kan Borang Penyertaan pun habis diedarkan..
Semua warga Rimba beradu tenaga dan keringat untuk memanjat Pokok Kelapa yang tinggi itu..Peserta pertama yang memanjat Pokok Kelapa itu adalah SI ULAR.
Semua Menjangkakan SI ULAR dapat naik dan menjadi pemenang untuk pertandingan itu, SI ULAR mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak..akan tetapi,setelah separuh perjalanan SI ULAR penat dan lalu terjatuh dari Pokok Tersebut dan dikejarkan di Hospital berhampiran..
Begitulah seterusnya..hampir semua warga tidak dapat memanjat pokok kelapa itu.Selang beberapa hari pertandingan itu.
Ada yang masih lagi degil dan ingin mencuba untuk kali kedua, SI SINGA antara warga yang mencuba untuk kali kedua itu. Semasa SI SINGA memanjat pokok itu,ramai orang mengejeknya dan memberi kata-kata yang kurang menyenangkan.."Dah la 2 SI SINGA, takkan nak jatuh kali kedua kot"...."Mustahil la ko dapat panjat lagi SI SINGA"..."Dah tau dah ko konfem xdapat punya SI SINGA"..
pelbagai kata-kata yang keluar dari Warga Rimba yang awalnya menyokong dan lama kelamaan kata-kata yang kurang menyenangkan dilemparkan oleh Warga Rimba...
Hampir sebulan Pertandingan itu berlangsung dan tiada siapa yang dapat memenanginya lagi..Bila ada yang mencuba memanjat pastinya ada mulut-mulut jahat yang mengkritik dan mengkutuk...hmmmmm...
Sehingga di pertengahan dalam memanjat, SI MONYET itu keletihan dan penat.Pada masa itu juga SI MONYET tetap dicemuh oleh warga Rimba yang sering memandang enteng kepada siapa yang menyahut cabaran.
akhirnya walaupun dia dicemuh dan dihina,akhir sekali SI MONYET itu berjaya memetik BUAH KELAPA EMAS yang dipertandingan daripada sebulan lepas..
SEMASA proses turun,ramai wartawan RIMBA menanti untuk dibawah untuk mewawancara SI MONYET itu..
bila soalan pertama yang ditanya oleh wartawan.tetapi SI MONYET itu diam dan tidak dengar apa yang dikatakan oleh Semua Wartawan tersebut.Semua Wartawan Frust dan tension kerana setiap apa yang ditanya tidak dijawab.Akhirnya...IBU SI MONYET itu datang yang mencari anaknya yang hilang semasa membeli belah tadi...
Akhirnya IBU SI MONYET menceritakan bahawa anaknya mengalami masalah kurang pendegaran..sebab itulah dari tadi,bila ditanya soalan tiada jawapan yang keluar daripada mulut SI MONYET.Mungkin itu adalah salah satu kelebihan atau pun penyebab untuk SI MONYET itu berjaya..
*Kadang-kadang kita perlu pekakkan telinga daripada kritikan orang dan cacian jika kita perlu BERJAYA...
betul2.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
memang selalu terjadi dalam kehidupan ni kan?
slalu guna cerita2 ye untuk memberikan pengajaran?
;)
good. keep it up.
walau busy skalipun dgn mpp.
"Kadang-kadang kita perlu pekakkan telinga daripada kritikan orang dan cacian jika kita perlu BERJAYA"~~~ betul sangatt! :) hehhe. btw, life is getting more complicated day by day. so, kadang2 bende cemni yg mematangkan kiter tanpa kiter sedar kan? tp kdg2 jugak kiter kene dengar kritikan org lain utk improve ourself heheeh :)
siti hajar= menukilkan sesuatu untuk peringatan diri.daripada MPP 2 saya banyak belajar.
hani nabila = hahah..terima kasih dan creditutk bela..