• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

mentaliti apa yang nak difikirkan yew??
semasa memandu kereta,mendengar cerita mama tercinta,tiba-tiba terfikir...

Kenapalah kan kadang-kadang terfikir kita zaman sekarang makin lama makin malas dan banyak merungut ataupun banyak tidak puas hati atau sebagainya..

hanya terfikir macam nie sahaja..

Cuba kita lihat pengorbanan orang lama dan orang terdahulu.
Lahir-lahir dapat lihat dunia yang mungkin pada masa itu masih dalam proses kemajuan dan kemerdekaan.
Mereka diajar dan melalui cara hidup dengan CARA yang SUSAH untuk menjadi manusia..

KALAU hendak MEMASAK
-CARI kayu API ( kalau hari tak hujan,kalau hujan?? )
-HIDUP kan API ( berapa lama pula nak hidupkan,mana ada mancis kan)
-TIUP bara biar API menyala ( kalau yang asma dan lelah )
-BILA api dah MENYALA, BARULAH boleh MEMASAK. ( kalau xhidup?,sampai bila kan? )

KALAU hendak MENGAMBIL AIR.
-CARI baldi ATAU timba. ( Kalau untuk tempoh seminggu,berapa banyak pula kan baldi yang dibawa? )
-BAWA atau USUNG timba ATAU baldi ke SUNGAI berhampiran ( Kalau Jauh? )
-AMBIL air di SUNGAI atau mungkin di PERIGI? ( Kalau Sungai 2 ada JAWS??..xdekot )
-USUNG atau KENDONG baldi yang berisi AIR ITU.( Berat la jugak kan??)
-BARUlah Buat bekalan seminggu ( kalau xsampai seminggu??dua tiga kali kene ambil air DI SUNGAI lagi kan)

"MEREKA hidup dalam keadaan susah dan BILA MEREKA berada di zaman sekarang mungkin mereka tidak kekok MALAH bersyukur dengan segala kemudahan yang mungkin telah memudahkan dan membantu mereka.TETAPI jika satu hari nanti mereka TERPAKSA mengalami benda yang sama seperti DAHULU kala.MUNGKIN mereka dah terbiasa dan TIDAK KEKOK lagi kan..sebab MEREKA pernah alami dan dah TERBIASA"


TERFIKIR pula pada ZAMAN SEKARANG..
Mungkin yang hidup pada zaman ini..
LAHIR-LAHIR je dihidangkan dengan pelbagai kemudahan.TEKNOLOGI bukan main CANGGIH lagi.
SEMUANYA di HUJUNG JARI je kan.

KALAU hendak MEMASAK
-HANYA pusingkan NAT DAPUR sahaja ( api dah hidup )
-ITU pun ada yang MALAS lagi kan?


KALAU hendak AIR
-HANYA pusingkan kepala PAIP sahaja.
-Kalau malas XTAU nak cakap apa kan..

TETAPI walaupun dah canggih dan serba MUDAH dan KEMUDAHAN terlalu banyak masih lagi melahirkan MANUSIA yang MALAS..termasuk diri yang menulis..hmmmm...MUNGKIN kita tidak merasa betapa susahnya pada zaman dahulu walaupun HANYA untuk memasak AIR.TETAPI..sekarang ada HEATER.hanya masukkan AIR dalam JUG tu pun dah rasa MALAS...

KALAU kita dah berada di DALAM dunia SEKARANG ini pun macam rasa MALAS,cuba kalau KITA berada di DUNIA DULU??..atau MUNGKIN kita AKAN terbiasa dengan keadaan sekeliling..MAKNANYA..
kalau kita hidup ZAMAN DAHULU kita MUNGKIN terbiasa DENGAN keadaan tersebut dan mungkin TIDAK RASA malas UNTUK melakukan APA yang ORANG dahulu LAKUKAN..

atau...

ADAKAH TEKNOLOGI MEMBANTU MANUSIA KEARAH KEMALASAN???
sama-sama kita fikirkan..

*bila orang dah biasa jalan kaki,bila suatu hari nanti dia dapat kereta dia akan rasa bersyukur sangat2,tetapi jika suatu hari nanti dia disuruh untuk jalan kaki,INSYAALLAH dia mampu untuk jalan kaki semula..tetapi jika dia sudah biasa naik kereta dan suatu ketika dia disuruh jalan kaki,mungkin amat payah untuk dia terima atau mungkin tidak mahu melakukannya.._ALIF ATIF_

One Response so far.

  1. Teknologi bertujuan membantu manusia agar dapat cepatkan,memudahkan kerja disamping menyumbang pertambahan kemalasan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...