• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Cerita ini pun bermula..

Semasa perjalanan ke sebuah kota..
sebuah Bas ini dipandu oleh seorang yang agak berusia umurnya.
destinasi Bas tersebut menghala ke Thailand.

Tiba-tiba, pemandu ini keletihan dan tidak dapat meneruskan memandu Bas untuk tiba ke destinasi..
Kalau dibiarkan begitu sahaja..alamat hampir semua penumpang dalam bas itu tidak dapat tiba ke destinasi yang hendak dituju mereka..

Pemandu yang berusia itu kemudiannya memandang belakang dan bertanyakan sesuatu kepada semua penumpang yang berada didalam bas itu. "Siapa yang ada dalam bas ini yang boelh dan tahu memandu bas?".tanya pemandu tersebut..

Ada seorang anak muda yang baru memiliki lesen pemanduan bas mengangkat tangan dan menawarkan diri untuk membawa bas..

Akan tetapi..anak muda itu menjawab.
"Tetapi saya takot hendak bawa bas,kerana lesen saya baru lagi dan belum pernah sekali pun saya membawanya selepas mendapat lesen ini".

Pemandu berusia itu membalas "InsyaAllah pakcik akan duduk disebelah untuk membantu anak membawa bas ini,anak jangan risau.Pakcik ada disamping nak".

Walaupun dalam perasaan takut,akhirnya setelah mendapat kata-kata semangat akhirnya anak tersebut berjaya membawa bas tersebut sehingga sampai ke destinasi yang dituju..

*Apa kaitan dengan hidup kan??

Hmmmm..
dalam hidup kita ini,banyak yang kita ceburi terutamanya dalam Universiti, ceburi organisasi itu,persatuan itu,majlis ini dan sebagainya..
Suatu hari nanti, kita akan tinggalkan nya juga, dan muka baru pula akan mengantikan tempat kita.Mungkin banyak alasan yang diperkatakan oleh Muka baru ini..Antaranya adalah takut, tidak ada pengalaman dan sebagainya..
Memang itu adalah lumrah jika kita bermula dalam keadaan yang kosong dan tidak mengerti apa2..
Tetapi yang berpengalaman itu haruslah memberi semangat dan tunjuk ajar kepada yang baru agar mereka dapat meneruskan dalam mengemudi sesebuah organisasi itu sehingga cita-cita sesebuah organisasi itu tercapai dan mencapai "destinasinya"..

 Semoga berjaya kepada yang melibatkan diri dalam kursus kepimpinan universiti.=)

2 Responses so far.

  1. nur amir says:

    politic campus is a hard subject~

  2. :=) semangat dan keyakinan diri penting bagi memastikan kehendak kita tercapai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...