• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 3 Reaction

Sering kali kita sering menghadapi dengan masalah.
tengok pada dada-dada akhbar,mesti akan ada masalah yang timbul..

Cerita tang tu, tang nie, dan macam-macam lagi..
Pelik juga kadang-kadang kita sering menceritakan masalah yang mungkin tiada kesudahannya dan tak tahu sampai bila akan berakhir.
Pernah suatu ketika terfikir, orang banyak betul cakap pasal masalah yang timbul bila buat sesuatu ini,buat sesuatu itu.
Kadang-kadang sampai satu tahap seperti fobia untuk melakukan sesuatu sehinggakan takut orang dok cakap masalah yang akan timbul..

Kita sering cakap berkaitan dengan masalah dan masalah, sampai bila-bila pun tak akan kesudahan.Orang senang lah cakap,bila dah terjadi sesuatu yang kurang sempurna,senang dan mudah sahaja mengutuk atau menuduh yang bukan-bukan,sedangkan orang tersebut sampai tidak tidur malam semata-mata untuk mendapatkan yang terbaik dalam sesuatu kerja.

tetapi bila kita tanyakan jalan terbaik atau solution terbaik tidak pula dia memberi idea atau jawapan.yang mereka tahu hanya mengkritik, mengkutuk sahaja..sekurang-kurangnya kalau dah jumpa sesuatu masalah tu,bagilah jalan yang terbaik untuk selesaikannya..Bukan hanya "menghamparkan tikar tetapi lupa untuk menggulungkannya".

Mungkin peringatan ini untuk diri saya.kita hanya sering mampu memberikan atau menceritakan tentang masalah dan mengkritik sahaja,tetapi jarang sekali kita memberikan solution untuk masalah tersebut..
" jangan kita suruh orang berfikir,tetapi cuba kita bantu orang berfikir "..

_alif atif_

3 Responses so far.

  1. nur amir says:

    owh macam konsep dakwah dan tarbiah by ustaz Mat? dakwah=mencegah kemungkaran..cegah orang buat ni,buat tu. solusinyew? tarbiah=didikan dan tunjuk ajar. mendidik balik para mad'u bagaimana nak selesaikan perkara yang dicegah buat agar dapat satisfiedkan diri.

  2. Kritikkan yang membangun agar sesuatu itu dapat dilakukan dengan lebih gemilang kay la...
    Tapi yang selalu kita dengar kritikkan yang yang nak menjatuhkan aja...betul apa yang penulis tulis tu,ada yang fobia untuk melakukan sesuatu,ini kerana mereka takut untuk melakukan kesalahan.salah ja kena kutuk...
    Saya suka ayat"jangan kita suruh orang berfikir,tetapi cuba kita bantu orang berfikir" i like..

  3. terima kasih nur amir atas penambahan maklumat..
    untuk perkongsiaan bersama.

    marz_anne2= terima kasih..
    =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...