• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Pelajar IPT selalunya menggunakan masa cuti semester untuk menampung duit poket sambil mencari pengalaman kerja, terutamanya dalam bidang yang mereka ceburi. Tak dinafikan, keghairahan pelajar - pelajar IPT ini mencari kerja ada yang sanggup menghantar seberapa banyak "resume" ke kilang2 terkenal.

Tidak ketinggalan juga ada seorang pelajar menggunakan kesempatan cuti semester untuk bekerja di sebuah syarikat yang selari dengan jurusan yang diambil. Mungkin pada permulaannya, ia menyangkakan bahawa kerjanya adalah seperti biasa, akan tetapi setiap hari yang mendatang kerjanya semakin lama, semakin mencabar dirinya, dan terpaksa menggunakan apa yang dibelajarnya dalam kerjanya..memang pening kepala dibuatnya..

Jam menggantikan Hari, Hari menggantikan Minggu, Minggu menggantikan Bulan..
Seperti yang sedia maklum, hari jumaat ada Solat Jumaat..
Untuk hari-hari yang sebelum ini, tiada masalah untuk menunaikan Solat Jumaat..
Akan tetapi..
Pada suatu Jumaat itu, Pelajar itu terpaksa bekerja luar, outstation.selalunya kalau kerja ke luar,
memerlukan 3 orang pekerja.pelajar tersebut dan 2 orang cina..

Sebelum pergi kerja di luar, dia terfikir akan macam mana untuk menunaikan Solat Jumaat, sedangkan mereka bertiga selalunya menaiki LORI..dia terfikir, macam mana hendak menunaikan Solat nanti sedangkan dia tiada kenderaan untuk keluar.dan takkan pelajar tersebut nak pandu LORI??.

AKHIRNYA SEBELUM PERGI, DIALOG INI BERMULA.

PELAJAR TERSEBUT : ehhh, kalau ak naik motor, pergi kerja luar, boleh tak?

KAWAN CINA 1 : kenapa pulak hari ini ko nak naik motor?kan senang nak naik motor?..lagipun kat sana banyak kontena dan lori keluar masuk.bahaya kalau kau bawak motor.

PELAJAR TERSEBUT : xde, nanti senang sket ak nak g solat Jumaat.ada kenderaan.

 KAWAN CINA 1 : xpe2, nanti ak suruh Uncle ( KAWAN CINA 2 ) hantar ko sembahyang.

 PELAJAR TERSEBUT : ak xnak susahkan orang lar, xpe ak dah biasa dah.

 KAWAN CINA 1 : ehh..bahaya la ko bawak motor, kontena keluar masuk. xpe macam nie, ak bawak kereta aku, nanti nak sembahyang aku hantar ko pergi Masjid.... sembahyang.ok?
 
PELAJAR TERSEBUT : eehh..xmenyusahakan ko ker?,



 KAWAN CINA 1 : xpelah, nanti ak bawak kereta ak, ko naik dengan Uncle dulu..ok?jumpa kat sana.

PELAJAR TERSEBUT : ok, thanks bro..

selepas membaca ini, tetiba penulis terfikir, Orang Bukan Islam sepertinya sangat menghormati dan memahami keperluan dan tuntutan Orang Muslim sehinggakan sanggup "menawarkan" diri untuk menhantar pelajar tersebut Solat Jumaat.sehinggakan tidak membenarkan pelajar tersebut membawa Motor atas alasan "keselamatan"...tetapi yang sedihnya, ada kadang-kadang segelintir orang yang beragama Islam sendiri tidak membenarkan Orang Islam menunaikan Solat Jumaat semasa kerja.


Pesanan daripada penulis : Mungkin cina itu memang fasih bercakap melayu sehinggakan muka dan cara cakapnya seperti orang melayu..


_alif atif_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...