• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

" adik, boleh tolong ibu tak sebelum pergi kerja? ", kata ibu kepada anaknya..

" boleh, beli apa? ", kata anaknya..." belikan sayur bayam dan daging sekilo.beli kat tempat biasa tau" balas ibunya.

" ok, saya pergi nak kereta ye? ".balas anaknya...

ibunya hanya mampu tersenyum.." hati - hati bawak kereta, adik baru dapat lesen.." kata ibunya.

" okays mom, thanks "..balas anaknya dengan bersahaja.

selepas pergi ke kedai, adik memasukkan kereta ke dalam garaj.dengan cara mengundur kereta..

TIBA-TIBA.."kedegang!!!!!!!!!! "..
adik melanggar sesuatu dibelakang., 2 motorsikal sudah jatuh menyembah lantai, Motor Abang dan Motor Adik..sekali tengok semua ok, bila cek2 balik, Motor Abang mengalami kecacatan di bahagian belakang Motor..

 "Aduhai..macam mana nie, dah lama motor ni aset Abang aku yang paling berharga bagi dia.".bisik hati Adik.

Dia termenung dan hatinya berbisik.
1) kalau aku beritahu Ibu, mesti ibu akan marah dan mungkin peluang untuk aku bawa kereta lagi musnah ( ini mungkin hanya naluri aku sahaja )
2) kalau aku beritahu abang pun sama, mungkin abang akan marah dan mungkin hubungan aku dengan abang aku akan rengang untuk seketika.( nie pun hanya naluri aku sahaja )
3) kalau aku ambil keputusan berdiam diri tentang dan buat tak tahu mungkin aku akan sanggup menipu bila ditanya.
4) kalau aku pergi betulkan senyap2, aku pula takde duit nak betulkan.
5) kalau minta duit kat Ibu, mesti dia tanya nak buat apa, kalau aku bagitahu,mesti dia akan tahu takkan aku hendak menipu.
~Ya Allah, Bantulah hambaMu ini ~

Akhirnya, adik memberikan barang yang dipesan oleh ibunya dengan muka senyum walaupun hatinya masih resah.
akhirnya..adik mengambil untuk meminjam motor abangnya untuk pergi ke kerja, agar abangnya tidak mengetahui bahawa motornya rosak untuk sementara waktu..

Berbisik kembali diHati..
"takpelah, baik aku bawak motor abang aku pergi kerja,sekurang-kurangnya nanti xdelah dia tahu awal pasal motor dia".

Adik berjumpa dengan Abangnya di bilik, Abangnya keletihan kerana Abangnya kerja malam,
" Abang, adik nak pinjam motor boleh? ". tanya Adik kepada Abangnya yang mamai kerana keletihan.
Abangnya membalas " pakailah, hati-hati pakai motor, tolong ambilkan dompet Abang kat atas meja "
" nah, amek duit nie, buat belanja.Abang baru lepas gaji "

Adik membalas " banyak sangat nie bang ".

" amek jelar, abang belanja "balas abangnya..
" Thanks abang!! " adiknya membalas sambil tersenyum..

bisik kegembiraan dalam hati Adik.
" boleh aku gunakan duit nie nak betulkan motor abang yang rosak sebab jatuh tadi ".

ALHAMDULILLAH.

~ Sepertinya kehendak Adik itu memerlukan Duit untuk membetulkan motor abangnya tercapai, Siapa yang mendengar keluhan Adik?sedangkan dia tidak cerita kepada sesiapapun tentang perkara itu. hanya terlintas dihati Adik itu sahaja.Tetapi Allah mendengar apa yang adik inginkan.Allah kabulkan permintaan Adik..Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, walaupun dalam lintasan hati, Memang Benar Maha Suci Allah.

sambungannya..
selepas pulang dari kerja, abangnya bertanya kepada adiknya.
" Adik, pagi tadi abang bagi ko berapa? " tanya Abang kepada adiknya yang keletihan.
" 50 ringgit, kenapa bang " jawab adiknya..
" larrr, pagi tadi abang mamai, abang nak bagi singgit je, tapi terbagi 50 plak".( duit singgit ngan duit 50 kan warna biru, hampir sama ).. jawab abangnya..
" betulker? " Kata adiknya.....

Perbualan terhenti disitu sahaja.

_alif atif_

4 Responses so far.

  1. Cik My says:

    hehe...terbaik... =)

  2. teringat ada orang cerita, 2 yang menceritakan 2..

  3. naseb baek abang tu ta mntak balek duet tu....'',

  4. haha.sebenarnya xde pun dalam cter..saja tokok tambah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...