• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Bismillahirahmanirahim..

 Untuk yang pertama ini..
Alhamdulilah..semuanya selamat..

Selamat berjuang untuk second pembedahan..
Doakan agar semuanya berjalan lancar..

Penantian Ramadhan..
Yang Lebih Bererti dikala ini..

p/s : Terima Kasih..

_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Mungkin kita sering menyelesaikan masalah kawan2 kita yang mungkin berselisihan faham antara satu sama lain..

Salah ke kalau kita ingin menyambung balik ikatan itu apabila dia sudah bermasam muka antara satu sama lain??
Xsalah..tetapi yang salahnya, mungkin salah kalau kita hanya mendengar luahan satu pihak sahaja.

sebenarnya adalah molek, kita patut mendengar cerita kedua-dua nya baru buat penilaian..jangan hukum dengan mendengar sebelah pihak sahaja..lagi2 semakin popular dengan mengunakan facebook dan tweet..

p/s : nak mendapat keputusan dan situasi sebenar, tanya la orang itu sendiri..mngkin lebih molek kepada secara privacy atau text messege..supaya apa yang difahami kita lebih memahami, bukan sekadar menilainya dengan mendengar daripada sebelah pihak atau apa-apa yang terjadi di laman sesawang..mungkin penjelasannya mendatangkan kefahaman dekat kita..

jauhkan daripada : kita menilai dengan dengar kata orang dan tengok apa yang terjadi di laman sesawang..dan jauhkan daripada kita membuat andaian sendiri, dan tak tanya kepada pihak satu lagi..mungkin boleh mendatangkan fikiran negative anda kepada pihak satu lagi..

Ya Allah..tabahkan lah hati-hati kami Ya Allah..agar kami dijauhkan daripada fitnah Dajjal..amin

~ pesanan untuk diri sendiri~

_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 3 Reaction

Apa yang terjadi kalau apa yang kita suka dah xboleh makan lagi??

Dinasihati agar tidak memakan makanan pedas dan minumkan banyak susu pada setiap pagi..

Sepertinya makan tidak rasa apa-apa kalau xde yang pedas..tetapi..

Kesihatan harus dijaga agar tidak lebih memudaratkan lagi..

semoga pulih seperti biasa..

p/s : jaga kesihatan dan mencegah lebih elok dari merawat.anda mampu mengubahnya.


_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

duhai muslimah,
kami kaum adam.
menulis surat ini kepada kamu.
sebagai tanda kami merayu.
sebagai tanda kami benar2 ingin kamu,
kasihani kami..

duhai muslimah.
kasihanilah kami..
jangan biarkan iman kami yang nipis ini
tergadai.

duhai muslimah,
tolong jangan pakai pakaian yang nipis dan ketat,
yang bila kami melihatnya.
mengghairahkan nafsu kami.
lantas merosakkan iman kami

duhai muslimah,
kami rayu padamu,
tolong jangan pakai wangian yang keterlaluan,
kerana wangian itu peledak nafsu.
kamu yang bukan halal bagi kami,
menjadi dosa besar bagi kami apabila terangsang memirkan bau mu itu,
bukan kami yang sengaja,
kerana kami diciptakan tuhan untuk menghidu,
untuk terus hidup.
kami x mampu untuk tidak bernafas..
duhai muslimah,
tolong jaga keindahan suaramu,
jangan pernah kamu biasakan diri ,
menggunakan suara manja mu untuk bercakap dgn kami.
sesungguh Allah ciptakan telinga itu berinteraksi dengal akal serta nafsu
kami bimbang suara indah mu itu terjerumus ke dalam lubang nafsu kami
sesungguhnya kami tidak mampu menyekat pendengaran kami setiap masa.
ingatlah,bertegas dgn yang haram dengan mu,
kerana suaramu diciptakan indah untuk melayan suamimu,bukan kami

duhai muslimah,
tutup auratmu dengan betol,
sesungguhnya seorang muslimah itu salah satu simbol kepade keindahan islam
tidak ade bezanya kalau tudungmu itu tersangat nipis,
ataupun lengan serta betis kamu terdedah,
kerana Allah akan sangat membenci kamu...

muslimah,
jangan kau uji keimanan kami dengan keindahan mu.
kerana kami bimbang,
jikalau iman kami hilang ketika memandangmu.
kami ini pendosa
kami ini bukan maksum
kami ini bukan para sahabat.
kami ini bukan para nabi,
kami bukan malaikat,

KAMI ADALAH PENDOSA YANG SENTIASA BERUSAHA MENJAGA IMAN KAMI
maka dengan itu,
kami rayu padamu

bantu kami untuk jaga iman kami.
bantu kami untuk taat serta setia pada Allah
bantu kami jadi abang,adik,suami dan ayah yang baik

Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Ini khas untuk diri saya sendiri dan dikongsi kepada rakan2.

Bukan Setakat Itu..

Wajahmu, Tinagkahlaku amat menarik..
Bukan Setakat Itu Sahaja Sayang..
Kalau kau masih menampakkan Rambutmu..

Kau Memakai Tudung..
Bukan Setakat Itu Sahaja Sayang..
Kalau kau masih menampakkan lenganmu...

Kau Memakai Lengan Panjang..
Bukan Setakat Itu Sahaja Sayang..
Kalau kau masih menampakkan kakimu..

Kau Memakai Stoking..
Bukan Setakat Itu Sahaja Sayang..
Kalau kau masih memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk badanmu..

Kau Memakai Baju Longgar.
Bukan Setakat Itu Sahaja Sayang..
Kalau kau masih tidak menjaga adabmu dan pergaulanmu

Siapa Kata Memakai Tudung itu Wajib?
Siapa Kata Memakai Lengan Panjang itu Wajib?
Siapa Kata Memakai Stoking itu Wajib?
Tetapi yang WAJIB adalah menutup Auratmu Sayang..
Auratmu adalah Seluruh Badan Kecuali Muka dan Tapak Tangan..

Bukan Setakat Itu Sahaja Sayang..
Kalau kau menunjukkan kecantikan mu kepada bukan Mahrammu..
Sehingga menyiarkan kecantikanmu dan gambarmu kesana sini..

Sayangnya Allah kepadamu sehingga kau menjadi hiasan dunia..
Tetapi ingat "seindah hiasan adalah wanita solehah"..
Sembunyikanlah apa yang WAJIB disembunyikan daripada diperlihatkan oleh orang lain..

Begitu berharga dirimu sehingga kau umpama berlian yang menyinar yang harus disimpan dengan teliti..
Dan sememangnya dirimu lebih berharga dari itu Sayang..

Kau Sentiasa diperhatikan dan selalu dipandang orang.
Walaupun kau merasa yang kau sendiri sudah menjaganya..
Bukan Setakat Itu Sahaja Sayang..
Simpanlah ianya hanya untuk mahramu dan Suami yang bakal bertakhta dihatimu Sahaja.

Bukan Setakat Itu Sayang..


From
_'Aisyah Nadhifah_

Mohon Share
_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Anda pernah tengok orang bermain Golf?..apa yang hebat sangat permainan golf sehinggakan terfikir dan tercetus untuk menulis ENTRY berkaitan dengan Permainan Golf. Kalau pasal Golf ini, nak kata pandai tu tidak la pandai, tetapi dari segi Pnegiraan dan Cara Permainan itu tahulah serba sedikit..Tetapi kalau perkara yang berkaitan dengan pukulan dan skill bermain, tanya kepada yang pakar.." Kalau kamu tidak mengerti sesuatu perkara maka bertanyalah kepada mereka yang lebih arif mengenai hal tersebut ".

Ada beberapa perkara yang menarik mengenai permainan golf sehingga tercetus idea menaip entry ini. Nak kata main golf tu memang pernah, tapi pakai yang mainan punya..kalau betul-betul tak pernah, tetapi rajin juga menonton di kaca televisyen..ada siaran rasmi Golf lagi..Belajar sesuatu daripada Golf?.benarkah permainan Golf dihormati?.Ini antara huraian.

1 ) Mendidik kita sentiasa berpakaian kemas.
~ Sepanjang apa yang dilihat, permainan golf ini sangat menarik.nak main golf pun kene kemas dan smart. Semua pemain golf harus berpakaian berkolar dan masukkan baju ke dalam seluar ( lelaki ), berkasut dan adakalanya bertopi." hendak bermain golf sahaja kene berpakaian kemas, kalau yang lain? "



2) Mendidik agar ' menjaga ' sesuatu yang amat berharga
~ Setiap daripada pemukul kayu golf mungkin mencecah ratusan dan ribuan ringgit ( agak sahaja ). dan kalau diperhatikan ianya selalu disimpan didalam beg besar beroda..ada juga kepala kayu golf itu disarung.takot pemukul itu ' ROSAK' mahupun pecah. " Kayu golf yang harga beratus itu dijaga dengan teliti, ini kan pula seorang wanita yang terlalu berharga. semestinya juga kalau sesuatu yang sangat2 berharga harus ' dibalut ' atau ' ditutup ' agar tidak menjadi perhatian dan menjadi ' rosak ' kepada yang bukan mahram, lelaki juga pun sama juga "



3) Mendidik kita menghormati orang lain.
~ Kalau perasan, setiap daripada penonton yang hadir tidak dan jarang buat bising..Kalau diperhatikan semasa Pemain memukul Bola Golf, hampir kesemua yang berada di dalam padang golf itu akan senyap dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemain yang ingin memukul itu, kemudian, bila pemain berjaya memasukkan bola kedalam lubang, tepukan penghormatan diberikan kepada pemain " Ini harus difokuskan semasa kita dalam kelas atau bercakap dengan orang, berilah perhatian sepenuhnya dan bila dia mencapai sesuatu kejayaan atau apa yang diingini, berilah penghargaan walaupun hanya selafaz atau se'sms TAHNIAH.

4) Medidik kita menjadi manager
~ Bila tengok pada penaja hadiah untuk pertandigan golf memang terpukau dan mungkin mencecah Jutaan ringgit. dan tidak hairanlah TIGER WOODS merupakan atlet yang terkaya dan gaji paling tinggi. main golf tak delah seteruk mana, tetapi memerlukan skill dan kemahiran tersendiri untuk memasukkan bola dalam lubang.dan tidak mudah untuk mencapai ketahap sebegini. " sebenar ianya mendidik kita menjadi manager, ada orang kata, manager nie keje sket dan senang, tapi gaji banyak..tetapi "THINK TANKER" kene A lar "

5) Mendidik kita supaya memberi yang terbaik
~ Apa kaitannya dengan GOLF?.cuba tengok padang golf..Mata yang melihat mengatakan cantik je..tersusun rapi aje..indah dan permai sahaja..tetapi rumput tersebut tetap dipijak dan 'disakiti ' " memberilah lah yang terbaik dan berbuat baiklah kepada sesiapa walaupun dia sakiti kita "


~ pesanan untuk diri sendiri~
_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

~ pesanan untuk diri ini ~

_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Taubat Seorang Hamba

Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com


(Part Hafiz)
Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...