• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Anda pernah tengok orang bermain Golf?..apa yang hebat sangat permainan golf sehinggakan terfikir dan tercetus untuk menulis ENTRY berkaitan dengan Permainan Golf. Kalau pasal Golf ini, nak kata pandai tu tidak la pandai, tetapi dari segi Pnegiraan dan Cara Permainan itu tahulah serba sedikit..Tetapi kalau perkara yang berkaitan dengan pukulan dan skill bermain, tanya kepada yang pakar.." Kalau kamu tidak mengerti sesuatu perkara maka bertanyalah kepada mereka yang lebih arif mengenai hal tersebut ".

Ada beberapa perkara yang menarik mengenai permainan golf sehingga tercetus idea menaip entry ini. Nak kata main golf tu memang pernah, tapi pakai yang mainan punya..kalau betul-betul tak pernah, tetapi rajin juga menonton di kaca televisyen..ada siaran rasmi Golf lagi..Belajar sesuatu daripada Golf?.benarkah permainan Golf dihormati?.Ini antara huraian.

1 ) Mendidik kita sentiasa berpakaian kemas.
~ Sepanjang apa yang dilihat, permainan golf ini sangat menarik.nak main golf pun kene kemas dan smart. Semua pemain golf harus berpakaian berkolar dan masukkan baju ke dalam seluar ( lelaki ), berkasut dan adakalanya bertopi." hendak bermain golf sahaja kene berpakaian kemas, kalau yang lain? "



2) Mendidik agar ' menjaga ' sesuatu yang amat berharga
~ Setiap daripada pemukul kayu golf mungkin mencecah ratusan dan ribuan ringgit ( agak sahaja ). dan kalau diperhatikan ianya selalu disimpan didalam beg besar beroda..ada juga kepala kayu golf itu disarung.takot pemukul itu ' ROSAK' mahupun pecah. " Kayu golf yang harga beratus itu dijaga dengan teliti, ini kan pula seorang wanita yang terlalu berharga. semestinya juga kalau sesuatu yang sangat2 berharga harus ' dibalut ' atau ' ditutup ' agar tidak menjadi perhatian dan menjadi ' rosak ' kepada yang bukan mahram, lelaki juga pun sama juga "



3) Mendidik kita menghormati orang lain.
~ Kalau perasan, setiap daripada penonton yang hadir tidak dan jarang buat bising..Kalau diperhatikan semasa Pemain memukul Bola Golf, hampir kesemua yang berada di dalam padang golf itu akan senyap dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemain yang ingin memukul itu, kemudian, bila pemain berjaya memasukkan bola kedalam lubang, tepukan penghormatan diberikan kepada pemain " Ini harus difokuskan semasa kita dalam kelas atau bercakap dengan orang, berilah perhatian sepenuhnya dan bila dia mencapai sesuatu kejayaan atau apa yang diingini, berilah penghargaan walaupun hanya selafaz atau se'sms TAHNIAH.

4) Medidik kita menjadi manager
~ Bila tengok pada penaja hadiah untuk pertandigan golf memang terpukau dan mungkin mencecah Jutaan ringgit. dan tidak hairanlah TIGER WOODS merupakan atlet yang terkaya dan gaji paling tinggi. main golf tak delah seteruk mana, tetapi memerlukan skill dan kemahiran tersendiri untuk memasukkan bola dalam lubang.dan tidak mudah untuk mencapai ketahap sebegini. " sebenar ianya mendidik kita menjadi manager, ada orang kata, manager nie keje sket dan senang, tapi gaji banyak..tetapi "THINK TANKER" kene A lar "

5) Mendidik kita supaya memberi yang terbaik
~ Apa kaitannya dengan GOLF?.cuba tengok padang golf..Mata yang melihat mengatakan cantik je..tersusun rapi aje..indah dan permai sahaja..tetapi rumput tersebut tetap dipijak dan 'disakiti ' " memberilah lah yang terbaik dan berbuat baiklah kepada sesiapa walaupun dia sakiti kita "


~ pesanan untuk diri sendiri~
_alif atif_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...