• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

From : AlifAtif
Mood : Konvokesyen
Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor

Sudah hampir seminggu berlangsung Konvokesyen UiTM yang ke 75 di Dewan Agong Tuanku Canselor.

Tahniah kepada semua Graduan yang telah berjaya menamatkan perjalanan.
Hampir setiap sudut disekeliling UiTM Shah Alam dipenuhi dengan Graduan yang mengambil gambar
ditempat-tempat menarik di sekitar UiTM Shah Alam..

Semuanya hendak dijadikan kenangan setelah mendapat segulung skrol Diploma, Ijazah Muda, Ijazah mahupun doktor..
Tapi bila bersembang dengan sesetengah pihak mengenai Konvokesyen, mereka memberi pandangan yang berbeza.

Pandangan Pertama
Saya dulu belajar, tak pernah nak pergi konvo. Mungkin sebab saya belajar kat luar negara dan IbuBapa pun tak dapat datang. Sebenarnya Konvo nie untuk raikan ibubapa. Seperti bukti yang kita sudah menamatkan pelajaranlah..Sedangkan mereka sudah tahu lebih awal dah..Nak ambil jubah buang masa, nak duduk tunggu giliran ambil skrol pun buang masa..

Pandangan Kedua
Aku dapat juga skrol dan pergi juga konvo, tapi tak delah sampai nak bergambar sana, bergambar sini. aku heran tengok dorang nie, sibuk je nak bergambar sana sini. Baru dapat diploma, tapi bergambar macam dapat "Master".

Pandangan Ketiga
"Pandangan Ketiga" ni menjawab "Pandangan Kedua". Hmm..aku suka umpama kan sesuatu benda ini.
"ada orang yang xdapat 3.4, dia menangis sebab xdapat Dekan dan ada orang yang dapat 3.0 dia menangis terharu dan gembira"..apa yang aku boleh dapat daripada perkara itu buat aku terfikir yang setiap orang bersyukur ini seperti berbeza-beza ..Mungkin sebelum nie orang itu gagal, bila dapat 3.0 je dia terlalu gembira sehingga menangis airmata. ada juga yang selalu dapat dekan, tetiba last sem sangkut, membuatkan dia menangis.

Begitu juga dengan Konvo nie. mungkin dalam family nya dia seorang sahaja dalam keluarganya yang dapat menjejak kaki dalam Menara Gading dan berpeluang mempunyai segulung Diploma. Mungkin sebab itulah cara dia meraikan apa yang dia dapat itu dengan cara yang berbeza. Tahniah kepada semua Graduan UiTM ke 75 terutamanyan kepada Graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik UiTM Pulau Pinang..=)


Ini hanya sekadar pandangan dan belajar daripada pengalaman orang lain..
~Belajar sesuatu daripada itu~


2 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    uploadlah gamba konvo kat belog :)

  2. Cik My says:

    pandangan yg berbeza2 tp menarik...congrats ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...