Dimanakah Tahun Baru 2012 anda ?
31 Disember 2012
8.00 malam
cerita ini cerita seseorang ,sekadar untuk berkongsi, terutamanya kepada diri sendiri dan kepada mereka yang membaca ini.
Perbualan Anak dan Ibu.
# Mak malam ni nak keluar boleh??.
* Nak pergi mana malam tahun baru nie?,
# Nak sambut CountDown la mak, malam nie kan malam terakhir kita sambut 2011..
* Kalau setakat nak tengok bunga api dan terkinja sana terkinja sini lebih baik duduk umah saje. Penat badan je pergi sana. dah la 'jamed', sesak pulak 2. lagi-lagi malam nie.
# Mama, itu KEBIASAAN yang kita lihat bila masuk tahun baru. tapi CountDown kali nie LUAR DARI KEBIASAAN mak.
* Yekew? tengok semua sama jew..CountDown jew ada konsert, pastu dah masuk pukul 12.00 malam, ada bunga api. Sepanjang mama hidup ini, itulah yang mama nampak bila nak masuk tahun baru.
# Kebiasaan itu yang kita kene ubah, yang adik ( nama timangan ) nak pergi nie memang ada konsert dan memang akan sangat 'jammed' punya lah
# Tapi mak. dalam konsert itu ada sembang santai Persoalan agama dengan Pengacara Raja Lawak dan Ustaz Fenomena di Youtube.
* aik?..Ustaz Fenomena Youtube? kenapa cakap macam tu?
# Ustaz nie xmasuk TV pun, tapi auranya dari Kanak-kanak sampai orang tua mengemarinya.
* Kalau macam tu, pergilah. janji benda tu, benda baik
1.1.2012
6.15 pagi
* Macam mana malam tadi? banyak bunga apinya?
# Bunga api? dengar dentam dentum tapi xnampak pun bunga apinya.
* Kenapa macam tu plak.
# Bunga api 2 kat tempat lain, kat tempat yang adik pergi nie, disambut dengan alunan Asmaul Husna, lepas tu ada doa daripada Ustaz.
* Aik? macam pelik je bunyinya.
# Pelik kew? xde peliknya lah. itu adalah cara yang kita patut amalkan dari dulu lagi, cuma bila ' perkara salah, sentiasa dilakukan, ianya akan kelihatan biasa, walaupun adakalanya perkara itu mendatangkan dosa '
* Abes ada apa je malam tadi?
# Kitorang dengar ceramah, ada konsert daripada Juara Akademik Fantasia, Pengacara Program Astro Oasis, dan Penyanyi lagu AdamMaya. dan tak lupa jugak salah seorang daripada anggota kumpulan Kamikaze ( suatu ketika dahulu )
* ada ceramah? bagusnya..sapa yang sampaikan?
# Bukan ceramah, tetapi lebih kepada sesi soal jawab. Yang tukang tanya tu Pengacara Rancangan Raja Lawak, dan yang jawab itu adalah Ustaz Yang terkenal di laman Youtube
* Nie baru 'first time' mama dengar sambut Tahun Baru macam nie..baguslah.
# Sangat bagus, sehinggakan menarik perhatian lebih daripada 80 000 orang. sangat-sangat ramai
* 80 000 ribu orang? ramainya..
# Tu la pasal, terkejut jugak ramai yang memilih untuk pergi ke tempat itu daripada pergi ke tempat lain untuk menyambut tahun baru.
* Baguslah. harap tahun depan perkara seperti ini dapat diadakan sepanjang tahun, xdelah membazir dengan bunga api yang beratus2 harganya tu.
^^ Perbualan terhenti sekitar 7.30 pagi dan terus menuju ke dapur untuk menjamah sarapan..
Keh Keh Keh..
_alif atif_
Categories:
Label:
Cheritera.,
Penghargaan
Kiranya, dakwah ni terlampau rumit, sehinggakan akhirnya, ceramah-ceramah juga terpaksa mengalami anjakan paradigma dek insan-insan yang tak boleh lari dari keseronokan (amusement), akhirnya, dah jadi macam program Maharaja Lawak Versi Islamik pulak da diambang tahun baru masihi.. Sungguhlah, rumitnya kerja dakwah para ustaz sekalian.. Apa pun.. TERBAEEKKK~ *agak-agak, bile ye umat Islam akan jadi golongan profesional yang dapat mengurangkan hiburan macam zaman, al-Khawarizmi, dan sewaktu dengannya??
like this....:)
bestnye die dapat g dataran shah alam tu, niat mmg nk g tp terhalang oleh sesuatu, huhu, semoge tahun nie hidup lebih berkat dan dirahmati olehNye, insya Allah :)
Apa yang dilakukan oleh Ustaz tersebut adalah Pendekatan dalam menarik golongan muda dalam memahami agama. kerana hiburan dan gelak ketawa tidak lari dalam kehidupan manusia. jadi tidak salah jika kita cuba menjadikan belajar atau mendengar ceramah agama dengan pendekatan melakukan "jenaka" yang mengandungi pelbagai peringatan dan nasihat daripada tidak bermaksud apa2.
alhamdulilah..dia cakap, dia first time sambut tahun baru dan alhamdulilah..itu adalah cara terbaik untuk menyambut tahun baru..Siapa kata dalam Islam tidak boleh berhibur?..boleh sahaja..tapi ada batasnya..Lebih 80000 orang menghadiri program malam tadi
Apa nama lagu yang dalam blog ni? kat gratisan musik tu
doaku.
http://www.youtube.com/watch?v=2CYCeb9K5A0&feature=related
Okay, thanks for the info azraful