• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 6 Reaction

Sesetengah orang mentafsilkan bahawa setiap perkara atau sifat negatif itu mendatangkan kebukrukan kepada diri sendiri mahupun orang lain..

Semestinya kita sedia maklum tentang perkara yang baik dan kurang baik.atau dikenali sebagai sifat :
1)  Sifat Mazmumah
2)  Sifat Mahmudah

Apa yang dimaksudkan dengan Sifat Mazmumah?..

~Sifat Mazmumah ialah perkara terkeji..contohnya.

1) Berahi makan
2) Berahi cakap
3) Suka marah
4) Dengki
5) Kasih pada harta
6) Kasih kemegahan
7) Kasih keduniaan
8] Takabbur
9) 'Ujub
10) Riya'

( semoga penulis dan pembaca dijauhkan daripada Sifat Mazmumah..AMIN. )

Apa pula yang dikatakan dengan Sifat Mahmudah?

~ Sifat Mahmudah ialah Sifat Terpuji.

1) Taubat
2) Teguh akan Allah
3) Zahid
4) Sabar
5) Syukur
6) Ikhlas
7) Tawakkal
8] Kasih akan Allah
9) Redha akan Allah pada segala perbuatan dan hukumanNYA
10) Ingat akan mati

( semoga penulis dan pembaca tergolong dalam kalangan orang yang dibukakan hati untuk mencintai sifat Mahmudah..AMIN ).

Itu mungkin hanya beberapa senarai yang diketahui, mungkin banyak lagi yang diketahui sendiri oleh pembaca terutamanya. Umum memngetahui, kalau penjelasan mengenai kedua Sifat ini, mungkin pembaca lebih arif untuk menafsirkan dan menghujahkannya..( ingin maklumat lebih lanjut mengenai Sifat Mahmudah dan Mazmumah, sila klik sini ).

Tetapi dalam membicarakan kedua sifat ini, kita sering berfikir bahawa SEMUA perkara atau sifat mazmumah yang sering mendatangkan kejahatan..Tidak dinafikan bahawa semua Sifat Mazmumah mendatangkan  keburukan mahupun akan melakukan kejahatan. Tetapi apa yang penulis nampak iaitu Satu sifat Mazmumah yang boleh mendatangkan kebaikan, tetapi kalau salah ditafsirkan dan diaplikasi ianya boleh mendatangkan keburukan.


Apakah sifat tersebut?>>>ianya adalah sifat dengki @ iri hati @ cemburu..Apa yang nampak mendatangkan kebaikannya?

" KEBAIKAN " DARIPADA SIFAT DENGKI @ IRI HATI @ CEMBURU

semua orang pernah mengalami suasana pembelajaran dalam hidup mereka, tidak dinafikan semuanya ingin yang terbaik dalam setiap apa yang mereka ingin lakukan, tidak kira dari sekolah mahupun diperingkat universiti setiap daripada kita akan berlumba-lumba untuk mendapatkan yang terbaik.pernah dikisahkan dalam satu cerita

" Anak kepada seorang NELAYAN masih menuntut di Sekolah Menengah harian biasa, tidak dinafikan cabaran dia disekolah itu amat berbeza kerana dia ditempatkan di Kelas Pertama bersama pesaing-pesaing dari pelbagai bangsa..Lelaki didalam kelas itu hanya 10 orang sahaja termasuk anak  NELAYAN tersebut.

Pada tahun itu diperkenalkan PPSMI ( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ), Anak NELAYAN itu memang gemar subjek SAINS, tetapi menambahkan kesukaran apabila Subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

Setelah satu penggal musim persekolahan, diadakan peperiksaan pertengahan tahun. dipendekkan cerita, anak nelayan tersebut mendapati keputusan matapelajaran SAINS dia gagal..hanya satu sahaja merah pada "report card" dia..dengan sebab itulah dia jatuh kepada "ranking" 31/35.

Daripada kes itu,

dia CEMBURU kan kawan-kawan yang berjaya,
dia IRI HATI dengan kelulusan semua subjek daripada kawan-kawan dia
dia DENGKI apabila melihat kawan-kawan lain senyum gembira.
dia juga merasakan bahawa dirinya tidak lanyak untuk berkawan dengan mereka ( walaupun kawan-kawannya tidak menganggap sebegitu pun ).

Selepas Kes itu,

dia menanamkan semangat untuk berjaya kerana cemburukan dengan kawan-kawan dia sebelum ini, selepas kelas tamat, dia akan berjumpa dengan cikgu Sains untuk mendapat kefahaman tentang apa yang dipelajarinya. dikesempatan itu jugalah, apabila dia ternampak kawan-kawannya membaca atau mengulangkaji pelajaran, hati dia berasa irihati dan dia pun mengulangkaji pelajaran juga, walaupun kadang-kadang dia "terpaksa" atau " buat-buat" ulangkaji ( mungkin untuk sedapkan hati dia sahaja )..Daripada sifat-sifat itulah, dia mencabar diri dia untuk berjaya dalam Peperiksaan Akhir Tahun kelak.
Akhirnya, apabila Peperiksaan Akhir Tahun diumumkan, dia mendapati bahawa dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam kesemua subjek sehingga dinobatkan sebagai pelajar contoh bagi pelajar Tingkatan 1..

" KEBURUKAN " DARIPADA SIFAT DENGKI @ IRI HATI @ CEMBURU

Kalau salah di"implemen"kan daripada sifat DENGKI ini mungkin akan menambahkan kesusahan kepada diri sendiri..semuanya bergantung pada niat kita. Sehinggakan disuatu cerita ini dinukilkan sebegini :

" Anak kepada seorang PETANI masih menuntut di Sekolah Menengah harian biasa, tidak dinafikan cabaran dia disekolah itu amat berbeza kerana dia ditempatkan di Kelas Pertama bersama pesaing-pesaing dari pelbagai bangsa..Lelaki didalam kelas itu hanya 10 orang sahaja termasuk anak PETANI tersebut.

Pada tahun itu diperkenalkan PPSMI ( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ), Anak PETANI itu memang gemar subjek MATEMATIK, tetapi menambahkan kesukaran apabila Subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

Setelah satu penggal musim persekolahan, diadakan peperiksaan pertengahan tahun. dipendekkan cerita, anak PETANI tersebut mendapati keputusan matapelajaran MATEMATIK dia gagal..hanya satu sahaja merah pada "report card" dia..dengan sebab itulah dia jatuh kepada "ranking" 32/35.

Daripada kes itu,

dia CEMBURU kan kawan-kawan yang berjaya,
dia IRI HATI dengan kelulusan semua subjek daripada kawan-kawan dia
dia DENGKI apabila melihat kawan-kawan lain senyum gembira.
dia juga merasakan bahawa dirinya tidak lanyak untuk berkawan dengan mereka ( walaupun kawan-kawannya tidak menganggap sebegitu pun ).

Selepas Kes itu,

dia menanamkan semangat untuk berjaya menjatuhkan keputusan kawan-kawannya yang lain kerana cemburukan dengan kawan-kawan dia sebelum ini, selepas kelas tamat, dia akan mengajak kawan-kawan nya lepak sehingga mengabaikan pelajaran dan meninggalkan kerja sekolah. dikesempatan itu jugalah, apabila dia ternampak kawan-kawannya membaca atau mengulangkaji pelajaran, hati dia berasa irihati dan dia pun mencuri dan menyembunyikan nota kawan-kawannya , walaupun kadang-kadang dia menipu dan membohong kawan-kawannya yang lain. Daripada sifat-sifat itulah, dia mencabar diri dia untuk berjaya menghasut rakan-rakannya supaya ponteng sekolah dan lari daripada sekolah.
Akhirnya, apabila Peperiksaan Akhir Tahun diumumkan, dia mendapati bahawa dia mendapat keputusan yang tercorot  dalam kesemua subjek sehingga dia diturunkan ke kelas bawahan sebagai pengajaran keatas diri beliau sendiri.

Pesanan : Situasi yang sama dialami oleh kedua pelajar ini, kedua-dua pelajar ini cemburu dan iri hati tetapi cara dia salurkan Kecemburuan dan keirihatian itu membawa kepada kejayaan dan kegagalan..

~PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI~
_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ الْفِطْرَةَ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِيُوسُفَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
{ وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا }
ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِمُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ إِلَيْهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا ثَمَرُهَا كَالْقِلَالِ قَالَ فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ حُسْنِهَا فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ صَلَاةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ صَلَاةً قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي فَحَطَّ عَنِّي خَمْسًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّي خَمْسًا قَالَ إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ قَالَ فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً قَالَ فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ قَدْ رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. 

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. 

Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s.

Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau?

Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan.

Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan.

Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami.

Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur.

Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu?

Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku.

Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam.

Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya.

Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.


(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

~ untuk peringatan diri sendiri ~

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction


PERISTIWA ISRAK MIKRAJ NABI MUHAMMAD S.A.W. – 27 REJAB 

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.                    Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.                  Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.                Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.                    Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.                  Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii.                Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S

iv.                Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v.                  Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.                Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.              Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii.            Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix.                Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x.                  Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
      
4.         Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:

http://fullfilth.blogspot.com


Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

" adik, boleh tolong ibu tak sebelum pergi kerja? ", kata ibu kepada anaknya..

" boleh, beli apa? ", kata anaknya..." belikan sayur bayam dan daging sekilo.beli kat tempat biasa tau" balas ibunya.

" ok, saya pergi nak kereta ye? ".balas anaknya...

ibunya hanya mampu tersenyum.." hati - hati bawak kereta, adik baru dapat lesen.." kata ibunya.

" okays mom, thanks "..balas anaknya dengan bersahaja.

selepas pergi ke kedai, adik memasukkan kereta ke dalam garaj.dengan cara mengundur kereta..

TIBA-TIBA.."kedegang!!!!!!!!!! "..
adik melanggar sesuatu dibelakang., 2 motorsikal sudah jatuh menyembah lantai, Motor Abang dan Motor Adik..sekali tengok semua ok, bila cek2 balik, Motor Abang mengalami kecacatan di bahagian belakang Motor..

 "Aduhai..macam mana nie, dah lama motor ni aset Abang aku yang paling berharga bagi dia.".bisik hati Adik.

Dia termenung dan hatinya berbisik.
1) kalau aku beritahu Ibu, mesti ibu akan marah dan mungkin peluang untuk aku bawa kereta lagi musnah ( ini mungkin hanya naluri aku sahaja )
2) kalau aku beritahu abang pun sama, mungkin abang akan marah dan mungkin hubungan aku dengan abang aku akan rengang untuk seketika.( nie pun hanya naluri aku sahaja )
3) kalau aku ambil keputusan berdiam diri tentang dan buat tak tahu mungkin aku akan sanggup menipu bila ditanya.
4) kalau aku pergi betulkan senyap2, aku pula takde duit nak betulkan.
5) kalau minta duit kat Ibu, mesti dia tanya nak buat apa, kalau aku bagitahu,mesti dia akan tahu takkan aku hendak menipu.
~Ya Allah, Bantulah hambaMu ini ~

Akhirnya, adik memberikan barang yang dipesan oleh ibunya dengan muka senyum walaupun hatinya masih resah.
akhirnya..adik mengambil untuk meminjam motor abangnya untuk pergi ke kerja, agar abangnya tidak mengetahui bahawa motornya rosak untuk sementara waktu..

Berbisik kembali diHati..
"takpelah, baik aku bawak motor abang aku pergi kerja,sekurang-kurangnya nanti xdelah dia tahu awal pasal motor dia".

Adik berjumpa dengan Abangnya di bilik, Abangnya keletihan kerana Abangnya kerja malam,
" Abang, adik nak pinjam motor boleh? ". tanya Adik kepada Abangnya yang mamai kerana keletihan.
Abangnya membalas " pakailah, hati-hati pakai motor, tolong ambilkan dompet Abang kat atas meja "
" nah, amek duit nie, buat belanja.Abang baru lepas gaji "

Adik membalas " banyak sangat nie bang ".

" amek jelar, abang belanja "balas abangnya..
" Thanks abang!! " adiknya membalas sambil tersenyum..

bisik kegembiraan dalam hati Adik.
" boleh aku gunakan duit nie nak betulkan motor abang yang rosak sebab jatuh tadi ".

ALHAMDULILLAH.

~ Sepertinya kehendak Adik itu memerlukan Duit untuk membetulkan motor abangnya tercapai, Siapa yang mendengar keluhan Adik?sedangkan dia tidak cerita kepada sesiapapun tentang perkara itu. hanya terlintas dihati Adik itu sahaja.Tetapi Allah mendengar apa yang adik inginkan.Allah kabulkan permintaan Adik..Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, walaupun dalam lintasan hati, Memang Benar Maha Suci Allah.

sambungannya..
selepas pulang dari kerja, abangnya bertanya kepada adiknya.
" Adik, pagi tadi abang bagi ko berapa? " tanya Abang kepada adiknya yang keletihan.
" 50 ringgit, kenapa bang " jawab adiknya..
" larrr, pagi tadi abang mamai, abang nak bagi singgit je, tapi terbagi 50 plak".( duit singgit ngan duit 50 kan warna biru, hampir sama ).. jawab abangnya..
" betulker? " Kata adiknya.....

Perbualan terhenti disitu sahaja.

_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Pelajar IPT selalunya menggunakan masa cuti semester untuk menampung duit poket sambil mencari pengalaman kerja, terutamanya dalam bidang yang mereka ceburi. Tak dinafikan, keghairahan pelajar - pelajar IPT ini mencari kerja ada yang sanggup menghantar seberapa banyak "resume" ke kilang2 terkenal.

Tidak ketinggalan juga ada seorang pelajar menggunakan kesempatan cuti semester untuk bekerja di sebuah syarikat yang selari dengan jurusan yang diambil. Mungkin pada permulaannya, ia menyangkakan bahawa kerjanya adalah seperti biasa, akan tetapi setiap hari yang mendatang kerjanya semakin lama, semakin mencabar dirinya, dan terpaksa menggunakan apa yang dibelajarnya dalam kerjanya..memang pening kepala dibuatnya..

Jam menggantikan Hari, Hari menggantikan Minggu, Minggu menggantikan Bulan..
Seperti yang sedia maklum, hari jumaat ada Solat Jumaat..
Untuk hari-hari yang sebelum ini, tiada masalah untuk menunaikan Solat Jumaat..
Akan tetapi..
Pada suatu Jumaat itu, Pelajar itu terpaksa bekerja luar, outstation.selalunya kalau kerja ke luar,
memerlukan 3 orang pekerja.pelajar tersebut dan 2 orang cina..

Sebelum pergi kerja di luar, dia terfikir akan macam mana untuk menunaikan Solat Jumaat, sedangkan mereka bertiga selalunya menaiki LORI..dia terfikir, macam mana hendak menunaikan Solat nanti sedangkan dia tiada kenderaan untuk keluar.dan takkan pelajar tersebut nak pandu LORI??.

AKHIRNYA SEBELUM PERGI, DIALOG INI BERMULA.

PELAJAR TERSEBUT : ehhh, kalau ak naik motor, pergi kerja luar, boleh tak?

KAWAN CINA 1 : kenapa pulak hari ini ko nak naik motor?kan senang nak naik motor?..lagipun kat sana banyak kontena dan lori keluar masuk.bahaya kalau kau bawak motor.

PELAJAR TERSEBUT : xde, nanti senang sket ak nak g solat Jumaat.ada kenderaan.

 KAWAN CINA 1 : xpe2, nanti ak suruh Uncle ( KAWAN CINA 2 ) hantar ko sembahyang.

 PELAJAR TERSEBUT : ak xnak susahkan orang lar, xpe ak dah biasa dah.

 KAWAN CINA 1 : ehh..bahaya la ko bawak motor, kontena keluar masuk. xpe macam nie, ak bawak kereta aku, nanti nak sembahyang aku hantar ko pergi Masjid.... sembahyang.ok?
 
PELAJAR TERSEBUT : eehh..xmenyusahakan ko ker?,



 KAWAN CINA 1 : xpelah, nanti ak bawak kereta ak, ko naik dengan Uncle dulu..ok?jumpa kat sana.

PELAJAR TERSEBUT : ok, thanks bro..

selepas membaca ini, tetiba penulis terfikir, Orang Bukan Islam sepertinya sangat menghormati dan memahami keperluan dan tuntutan Orang Muslim sehinggakan sanggup "menawarkan" diri untuk menhantar pelajar tersebut Solat Jumaat.sehinggakan tidak membenarkan pelajar tersebut membawa Motor atas alasan "keselamatan"...tetapi yang sedihnya, ada kadang-kadang segelintir orang yang beragama Islam sendiri tidak membenarkan Orang Islam menunaikan Solat Jumaat semasa kerja.


Pesanan daripada penulis : Mungkin cina itu memang fasih bercakap melayu sehinggakan muka dan cara cakapnya seperti orang melayu..


_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

apa yang hendak disampaikan entry kali ini?

apa yang dimaksudkan dengan Hipotesis??

Hipotesis merupakan satu tekaan intelek yang cuba menyatakan hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah.
Ciri-ciri hipotesis ialah :

from Wikipedia..

sesuatu yang kita jangkakan pada mulanya kita rasakan itu jawapanya, tetapi hasilnya yang kita dapat berbeza..

CONTOH 1 :
Pernah dengar cerita ARNAB dan KURA-KURA. ( masa tadika selalu budak-budak dihidangkan dengan cerita macam nie )..untuk memberi pengajaran kepada kita..TAPI betulker kisah nie benar-benar terjadi?atau ini hanya cerita untuk menjadi pengajaran kepada Kanak-kanak semasa kecil??..

Berbalik kepada CERITA ARNAB dan KURA-KURA..pernah dengar kan??kalau nak tau cerita sebenar..Sila Klik Disini.

Mungkin kalau mula2 dan "first time" kita dengar cerita ini, kita akan meng"hipotesis"kan bahawa ARNAB akan menang..tetapi KESIMPULANNYA kura-kura yang menang dalam perlumbaan itu..dan ada pengajaran disebalik cerita ini

CONTOH 2 :
Ini contoh remaja sedikit, seorang pelajar bakal menghadapi SPM, dia sering gagal dalam pelajaran SEJARAH...dan dia sendiri menghipotesiskan bahawa dirinya akan gagal dalam pelajaran tersebut semasa Peperiksaan SPM nanti..tetapi, dia menanamkan semangat dan menidakkan agar hipotesis itu tidak berlaku..dan akhirnya walaupun dia tidak mendapat A dalam matapelajaran tersebut, tetapi dia bersyukur kerana mendapat B3.hipotesis dia tidak sama dengan konklusi dia setelah dia mencabar dirinya serta usaha dan tawakal kepada-NYA...

Pesanan Penulis : benda ini hanya boleh diaplikasikan untuk benda yang menuju kearah kebaikan dan mungkin untuk menaikkan semangat agar sesuatu yang kegagalan yang diramalkan boleh menuju kearah kecemerlangan..

_alif atif_

Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Teringat Pada Suatu Cerita...

Adakah Kita Sanggup "menipu" Untuk Kebaikan Orang Lain?
_jangan hanya redha pada mulut, tapi tidak pada hati_

Entry ini tak menceritakn kita buat sesuatu benda yang kita xrela.
sebenarnya..macam mana nak terangkan erk?

Situasi sebenarnya..
Adakah sanggup sakit hati semata-mata untuk menjaga hati orang lain?
Persoalan yang mungkin akan timbul..
Mungkin terlalu susah kan?  ( Pada Pandangan Penulis )

Memang kadang-kadang sesetengah pihak sembunyikan perasaan "saket" itu dengan hanya melemparkan senyuman.

Ada juga yang menyembunyikan perasaan "sakit" itu dengan memberikan kata-kata yang sebenarnya dia tidak merelakan dalam hatinya langsung..Tetapi untuk menjaga perasaan orang sekeliling dia "terpaksa" melakukannya. Bagi penulis, Besar Pengorbanan Beliau..

Pesanan = Bagi pandangan Penulis, Ini adalah pengorbanan yang besar untuk melihat orang lain bahagia.



_alif atif_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...