• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

" Rasanya lagi ramai daripada Solat Jumaat nie ".seorang kawan menyapa.
" Eh, ni Ceramah Ustaz Azhar Idruss ke atau ada karnival nie? ". tambah kawan seorang lagi.
" Tengok, bukan sahaja kita dapat ceramah, malah boleh menambah rezeki pada mereka yang menjual pada hari ini ". kata seorang sahabat.

Ni semua adalah antara yang keluar daripada mulut sahabat2 yang bersama pada malam tadi.
Kunjungan ke Masjid Negeri Shah Alam pada malam tadi memang sesuatu yang mengejutkan dan sangat-sangat teruja.
walaupun jangkaan ramai itu sudah pasti, tetapi ada beberapa perkara yang menarik bagi pandangan peribadi saya dengan ceramah mala tadi.

PERTAMA :

" Bagaimana boleh menarik hampir 30 ribu ( yang diumumkan olej AJK Masjid, tapi kalau sebenarnya mungkin lagi ramai ), sedangkan tiada pun iklan di Televisyen, tetapi hanya di Internet dan laman sesawang FB sahaja.

KEDUA :

" Program malam tadi selisih dengan Anugerah Juara Lagu 26, tetapi apa yang membuatkan anak-anak remaja xkira lelaki mahupun perempuan sanggup jalan kaki dan parking sesak-sesak untuk mendengar hanya seorang Ustaz yang hanya popular di Youtube dan Facebook sahaja.



" Adakah salah method dakwah yang disampaikan oleh UAI ?? "
" Kekecewaan dan KEKESALAN timbul di benak hati apabila ada pihak yang mengelarnya sebagai agen yahudi dan sebagainya untuk menjatuhkan beliau ".
" Siapakah kita untuk mengelarkan Ustaz dan Ulama sedemikian rupa ? "


PERSOALAN :

" Bagaimana erk nak tarik anak muda untuk minat dengar ceramah agama ? ".
" Atau dah ada orang yang nak jatuhkan UAI ini memang dah xnak dengan AGAMA? "
" Kenapa orang yang cakap UAI sebagai ejen yahudi itu tidak mengatakan bahawa  Konsert dan aktiviti yang dilihat terang-terangan MAKSIAT, itu sebagai AGEN YAHUDI ? ".


PANDANGAN PERIBADI :

" Bagi pandangan peribadi, cara penyampaian ceramah yang dilakukan oleh UAI tidak salah. Adakah salah bila UAI mampu menarik anak muda pergi ke masjid daripada pergi ke tempat sia-sia ? ".

" Jenaka yang dilakukan adakalanya merupakan daya penarik dan dengan jenaka ini kita mampu mengingatkan tentang dakwah yang disanpaikan ".

" Selalu yang bermain difikiran anak muda ini apabila dengar ceramah je, sesuatu yang membosankan, tetapi salah ker dengan pendekatan jenaka yang dibawa oleh UAI dalam menyampaikan dakwahnya mampu menarik Orang Muda Minat Dengar Ceramah. Xdelah gelak memanjang dan bersorak seperti konsert ".

KESIMPULANNYA :

" Bagi pandangan peribadi, pendekatan UAI dalam menyampaikan dakwahnya membuatkan mereka yang mengatakan dengar ceramah itu sesuatu yang bosan, berubah kepada menyeronokkan disamping mendapat input agama yang bermanfaat "

" bagi pandangan peribadi, UAI sudah mengubah golongan MUDA daripada tidak mendengar ceramah daripada mendengar ceramah "

TAG LINE UAI :



" Orang Muda Geng Kita "




One Response so far.

  1. Anonymous says:

    Memang sekarang ni, cara UAI memang berkesan nak attract generasi muda seperti kita, untuk menghadiri majlis ilmu. Kadang kala persepsi orang zaman sekarang tak kira apa lah, jika melibatkan soal begini, pasti ada timbul negatifnya. Kalau benda baik kita hadiri, just go on. Kita jika ingin mencari ilmu agama, harus tulikan telinga mendengar kata kata negatif soal persepsi orang lain mengenai UAI, janji kita melihatnya dengan persepsi yang baik, di samping untuk mendengar ilmu agama darinya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...