• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Semakin dekat kau hampiri..
Aku Sedari..
Tapi apa yang Aku lakukan bila kau menyambutku nanti..

Seperti tiada apa..
Ya..
Tiada apa yang aku buat bila kau menyambutku nanti..
Petanda itu semakin hampir..
Dan...
Memang Kau Terasa Dekat Dengan ku.

Kau telah mengingatkanku..
Tetapi aku masih lupa.
Ada kalanya aku sengaja lupa..
Walau aku sedar kau semakin dekat dengan ku.

Apakah Maharku sudah cukup untuk semuanya??
Semestinya aku mengatakan tidak dan tidak..

Satu demi satu kau nasihati..
aku masih terus begini..
tanpa melangkah kearah sana..
terus menyembunyi disebalik mimpi yang tidak mungkin jadi realiti..

Senyumlah dan hiasilah..
agar diri ini sentiasa bersedia..
tersenyum bila kedatanganmu tiba..
Adakah kau lupa pada Sejarah..
Bagaimana Kekasih-NYA dijemput olehmu..

Adakah aku pun sengaja lupa..
Bagaimana keadaan Kekasih-NYA pada ketika itu??

Kematianku hampir tiba..
Masih ku lewati hari-hari dengan nafas ini..
Dengan Kudrat yang masih ada..
Dalam mengejar AgamaMU yang suci..

Petanda demi petanda sudah muncul di dalam diriku..
Untuk peringatan sentiasa Mengikut Suruhan dari MU, Tuhanku..

Ku pohon ampun sepuluh jari.
kepada mereka yang kukasihi.
Agar mereka mengerti..
Bahawa kematian itu sesuatu yang Pasti..

_alif atif_

2 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    kenapa ye alif atif??? ada sakit ker?

  2. mati itu pasti akan berlaku pada semua manusia. renungan bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...