• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Pada suatu malam, semasa Beliau tekun menyiapkan kerja rasmi di dalam bilik istananya, tiba-tiba putera Beliau masuk untuk membincangkan hal yang bersangkutan urusan keluarga.

Sebaik sahaja anaknya duduk, Beliau pun memadakan lampu yang berada di atas mejanya yang sebelum itu digunakan bagi bekerja pada waktu malam. Melihat perbuatan ayanhandanya, putera itu berasa hairan lalu melontarkan pertanyaan, " kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang."

Beliau menjawab dengan tenang " Benar katamu itu, wahai anakku. Akan tetapi, engkau perlu ingat, lampu yang sedang ayahmu gunakan bagi bekerja sebentar tadi itu adalah kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan mengunakan wang kerajaan. sedangkan perkara yang mahu kita bincangkan ini adalah urusan keluarga kita. "

Selepas itu, Beliau menyuruh pelayannya supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Sesudah lampu yang lain itu dibawa masuk dan dinyalakan, Beliau pun mengatakan kepada puteranya, " Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga.

Minyaknya pun kita yang belikan dengan megunakan wang sendiri. Sekarang sila kemukan apa-apa yang kamu mahu bincangkan dengan ayahanda. "

* Untuk dikongsi bersama, betapa telitinya Beliau dalam menjaga amanah yang diberikan, meskipun digelar sebagai Ketua Negara.

Beliau adalah UMAR BIN ABDUL AZIZ.

_alif atif_

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...