• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 6 Reaction

Pengalaman itu tidak boleh dicipta, 
tetapi kita harus mengalaminya.


ada kalanya,
ada kalanya,
pengalaman membantu menyedarkan kita,
dari terus terusan melakukan dosa,

pengalaman itu ada nilai tersendiri,
dalam membina kematangan peribadi,

yang berlalu, biarkan berlalu
jadikan pengalaman itu,
langkah baru hidupmu,
untuk mendekati Tuhan Yang Satu.

jangan berputus asa dan kecewa,
Allah ada bersama kita.

pengalaman itu jua membantu,
menyalakan kegelapan dengan sebiji lampu,
mencerahkan hidup daripada jalan buntu,
mencari identiti yang sebelum ini keliru.

cerita tentang pengalaman,
ada kalanya mampu mengembirakan,
kadang-kadang sendiri yang tertawa,
bila teringat menangis pun ada,
ada masa yang tidak mampu dicerita,
kerana hanya yang mengalaminya,
akan merasa.


pengalaman itu mematangkan usia,
yang berlalu itu adalah pengajaran bagimu,
yang baik itu jadilah ikutan,
yang buruk itu sama-samalah kita tinggalkan.


Ada pengalaman mampu dikongsi,
mungkin juga hanya dipendam sendiri,
untuk menjadi koleksi peribadi,
dalam mencari Cinta Hakiki..


_alif atif_



Posted by The Story From Myself - - 4 Reaction

Persatuan Mahasiswa Hadhari Buat Konsert?

Siapa Artisnya?
-Ali XPDC dan UNIC

Bila?
-9/4/2012 ( Isnin malam Selasa )

Tempat?
-Padang Kawad UiTM Shah Alam

Jam?
-8.00 malam dah mula dah

Kene Bawa?
-Dermalah RM10.00 untuk disalurkan kepada GAZA bagi pembinaan Masjid.

Betul ker?
-YUP!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...