Pengalaman itu tidak boleh dicipta,
tetapi kita harus mengalaminya.
ada kalanya,
pengalaman membantu menyedarkan kita,
dari terus terusan melakukan dosa,
dalam membina kematangan peribadi,
jadikan pengalaman itu,
langkah baru hidupmu,
untuk mendekati Tuhan Yang Satu.
jangan berputus asa dan kecewa,
Allah ada bersama kita.
pengalaman itu jua membantu,
menyalakan kegelapan dengan sebiji lampu,
mencerahkan hidup daripada jalan buntu,
mencari identiti yang sebelum ini keliru.
cerita tentang pengalaman,
ada kalanya mampu mengembirakan,
kadang-kadang sendiri yang tertawa,
bila teringat menangis pun ada,
ada masa yang tidak mampu dicerita,
kerana hanya yang mengalaminya,
akan merasa.
pengalaman itu mematangkan usia,
yang berlalu itu adalah pengajaran bagimu,
yang baik itu jadilah ikutan,
yang buruk itu sama-samalah kita tinggalkan.
Ada pengalaman mampu dikongsi,
mungkin juga hanya dipendam sendiri,
untuk menjadi koleksi peribadi,
dalam mencari Cinta Hakiki..
_alif atif_
Semoga pengalaman dpt mengajar dan membri pengajaran brsama.. "pengalaman manis xbrmkna untk dipendam dan pahit xbrmkna untk diluahkn" -hakim_aatik-
salam pengenalan..insyaAllah..siapa ye hakim aatik??
"hakim aatik adalah insan yg memerlukn alif atif untk membimbingnya ke jalan redho ALLAH" -hakim_aatik-
ukhwah fillah.. :-)
siapa yew??
pengalaman la mengajar kita erti kehidupan di dunia ini yang manis mahupun yang pahit.... pengalaman la guru untuk kita mematangkan pemikiran dan melakukan perubahan diri dr yg lalai dan leka terhadapNYA kepda mendekatkan diri kepadaNYA yang ESA.......
pengalaman mengajar erti hidup..pengalaman juga membawa kite menuju sesuatu destinasi..