• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 6 Reaction

Lepas sahaja 'paper' killer semalam, ramai juga yang menghubungi aku bertanya kan soalan dan membincangkan tentang soalan yang keluar pada pagi jumaat tersebut. Aku agak sibuk pada petang itu kerana ada sedikit urusan. Biasa yang akan kol aku berkaitan dengan soalan ini adalah 'musuh' aku sendiri dalam bidang pelajaran. 'Musuh' disini bukan bermakna aku gaduh ngan dia, tetapi dia adalah pesaing dan aku akan jeles dengan dia kalau dia lebih tinggi dari aku. Tapi aku rasa, dia banyak menang la. dan aku sentiasa akan kalah dengan dia..dari Diploma sampai Degree ni..


Dia menceritakan pengalaman dia menjawab soalan pagi tadi, dia kata menakutkan dan susah. Takut sangat peratus result semester ini akan turun. Aku turut merasakan kerisauan tersebut, kerana peratus ' fail ' untuk subjek ini adalah tinggi dan memandangkkan tiada subjek yang akan membantu untuk kekalkan momentum apa yang dapat semasa Diploma.

Antara yang diceritakan, dia FAHAM, tapi xhafal FORMULA. haha. aku pun merasakan pengalaman yang sama menjawab paper pada pagi jumaat tersebut .Maknanya siapa yang tak faham, tapi dia hafal formula dan step dia akan dapat jawab?. Mungkin YA. dan lagi terbaik, kalau dia dah FAHAM, kemudian dia ingat sedikit sahaja step insyaAllah dia akan dapat buat semasa peperiksaan. Proses penghafalan dan menyimpan memori dalam otak merupakan salah satu kaedah yang perlu diambil kira kerana kadang-kadang tertukar-tukar formula semasa menjawab paper yang perlu banyak ingat formula. Kadang -kadang perasaan tersebut tidak dirasa semasa buat latihan atau buat ulangkaji, tapi dalam masa 3 Jam semasa exam semuanya jadi keliru.

Mungkin ini juga merupakan antara penyebab result seseorang itu akan menurun, bukan dia xbelajar, hari-hari belajar dan ulangkaji serta faham konsep. Tetapi 3 Jam dalam exam itu membuatkan dia keliru dengan formula dan ada juga yang tersalah formula, Formula bab 1 termasuk kat soalan Bab 4. Mana xpeningnya, semuanya hampir sama.

Apa-apa pun , yang berlaku biarkan berlalu. Berdoa dan berserah. Mana tahu kan pemeriksa dia lembut hati tiba-tiba nak bagi semua A dalam subjek tersebut. Amin.. Semuanya yang berlaku adalah perancangan Allah, Kita sudah berusaha sedaya yang mungkin, berserah dengan keputusan yang bakal kita dapat. Siapa tak kecewa kalau kita gagal kan, tapi gagal kita itu biarlah disertakan dengan usaha dan niat untuk berjaya sebelum kita mengetahui keputusan kita gagal, bukan gagal kerana tiada usaha dari kita, kalau tiada usaha itu memang padan muka.



" Kita patut rasa malu dengan diri kita jika kita gagal kerana kita tidak berusaha, tetapi kita harus tabah dan terima haikat jika gagal selepas kita berusaha, memang hakikatnya tiada siapa pun ingin merancang sesuatu kegagalan, mungkin ada hikmah disebalik erti kegagalan tersebut " _alif atif_


_alif atif_

6 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    Nice entry!! gud luck bro.. pape pun usaha dah tinggal doa, tawakal dan redho!! :-)

  2. kebergantungan pada Allah itu hendaklah diletakkan di awal lagi sebelum kita usaha...kenapa ada orang dia berjaya walaupun dia study di penghujung waktu?? kerna kebergantungan dia pada Allah diletakkan di awalnya...kemudian baru dia usaha...tapi kalau orang tu dari permulaan dia letak kebergantungan pada Allah, kemudian dia berusaha dari awal, pasti keputusannya jauh lebih memberansangkan...itu semua terletak pada individu..lain orang lain caranya..andai kata kita cemerlang pun, bukan sebab usaha kita..tapi kerana Allah nak beri..tapi dalam pemberian cemerlang daripada Allah itu, Allah menyuruh kita untuk berusaha...sape usaha lebih belum tentu dapat lebih, sape usaha kurang juga belum tentu dapat kurang...Allah nak tengok sejauh mana kita bergantung pada Allah...itu yang sebenarnya...(ingatan ni khusus untuk diri ini sebenarnya)..wallahua'lam..

  3. Orkid says:

    " Kita patut rasa malu dengan diri kita jika kita gagal kerana kita tidak berusaha, tetapi kita harus tabah dan terima haikat jika gagal selepas kita berusaha, memang hakikatnya tiada siapa pun ingin merancang sesuatu kegagalan, mungkin ada hikmah disebalik erti kegagalan tersebut "


    :) all the best

  4. Unknown says:

    hemmmm bila nak update blog ?

  5. mencari ilham yang xpasti..=)

  6. Unknown says:

    ilham yang xpasti ?? hemmmmmm ..... xpe satu hari ilham tu akan datang bergolek jd sambutlah yer ilham tu ........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...