• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 10 Reaction

Salam Ramadhan Kareem!.


Sempena bulan Ramadhan ini, ingin berkongsi sedikit cerita-cerita untuk dikongsikan kepada semua. Bulan Ramadhan ini dikaitkan dengan puasa.
Semua orang mengetahui apa yang dimaksudkan dengan puasa tersebut, kalau ikut silibus darjah enam, dari sudut bahasanya adalah menahan diri daripada sesuatu. 
Dari segi Syarak pula adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa kerana mengharapkan keredaan Allah SWT.
Semua orang sudah faham dengan takrif berpuasa dan sebagainya. Tajuk kali ini nak cerita bahawa " PUASA IBADAH RAHSIA ". apa yang dikatakan dengan ibadah rahsia ini?. Ibadah puasa ini merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Berikut merupakan Rukun Islam.

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat



Bagaimana kita ingin tahu bahawa seseorang itu sudah mengucap dua kalimah syahadat? Sudah pasti dengan menyebut kalimah " لا اله الا الله محمد رسول الله  ".serta beriman kepada Allah dan Rasul.   
Ibadah solat kita boleh perhatikan dengan seseorang itu melakukan perkara dan rukun solat.  Seperti Niat, Rukun, Sujud, dan sebagainya.
Kalau menunaikan haji pula? adakah dengan gelaran dengan panggilan ' Haji ' terhadap seseorang?. Tidak juga, kerana penggunaan nama ' Haji ' itu sudah menjadi ' adat ' apabila seseorang orang tua memakai kopiah, kemudian kita panggil dia ' Haji ', sedangkan orang tersebut belum lagi menunaikan haji. ( Mungkin gelaran tersebut untuk mendoakan agar seseorang itu dapat melaksanakan haji ).. Sedia maklum juga, dalam menunaikan haji, kita akan dapat melihat seseorang itu melaksanakan perkara atau rukun yang berkaitan seperti Niat Ihram, Wukuf di Arafah, Tawaf di Kaabah, Saie antara Bukit Safa dan Marwah, Bercukur dan Tertib.
Menunaikan zakat sepertinya kita mengeluarkan pendapatan atau harta kita untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang layak. Perkara ini semua orang sedia maklum.
Semua orang sedia maklum juga berkaitan dengan puasa, maksud puasa, perkara yang membatalkan puasa dan sebagainya. Bagaimanakah pula kita hendak mengetahui bahawa seseorang itu puasa atau tidak?. Ini yang hendak menceritakan berkaitan dengan puasa itu ibadah rahsia.
Perkongsian yang pertama.


Jika kita berada dalam keadaan seorang diri di rumah, buka tudung saji je nampak Ayam Percik plak kan,perggghhhh!!.lepas itu, kita ambil dan kita makan, adakah orang lain mengetahuinya?.
Perkongsian yang kedua.


Selalunya kita berada dalam bilik mandi berseorangan, kalau kita minum air paip di dalam bilik air, adakah orang lain mengetahuinya?


Takkan kita tak nak puasa atau ponteng puasa, kita hendak beritahu kat orang kan? atau kita menunjuk-nunjuk dan berbangga yang kita tidak puasa dekat orang ramai kan? kita mesti ' cover line ' baik punya supaya makan atau minum kita semasa bulan ramadhan itu tidak diperhatikan orang.
Orang ramai pun boleh mengatakan orang yang tidak berpuasa ini sedang berpuasa apabila orang yang tidak berpuasa ini berbuka bersama-sama dengan orang berpuasa.
Ada juga mereka yang merasakan bahawa apabila tiba Bulan Ramadhan ini, dia merasakan bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Allah SWT. dan perasaan tersebut tidak dirasakan pada bulan-bulan yang lain. Mengambil contoh yang sama, dia masuk dalam bilik air untuk minum air paip, tetapi dia takut nak minum sebab dia merasakan Allah sedang memerhatikannya.
Allah lebih mengetahui tentang perlakuan hamba-NYA itu dalam perkara yang mereka sembunyikan ataupun perkara yang terang-terangan. 




" Tarbiyyah Itu Bukan Untuk Ramadhan, Tetapi Ramadhan Ini Adalah Bulan Tarbiyyah "_alif atif_























* Post ini, bukan menjurus kepada penjelasan Rukun Islam, untuk penjelasan tersebut, pembaca boleh merujuk kepada mereka  yang lebih arif tentangnya. Penceritaan ini lebih kepada pendapat dan perkongsian penulis berkaitan dengan puasa.








_alif atif_


10 Responses so far.

  1. Unknown says:

    ilham yang pasti ..... =)

  2. sekadar perkongsiaan untuk dikongsi sedikit. tidak sehebat tinta2 yang menulis

  3. Unknown says:

    bgus la tu, HEBAT dah boleh menulis n mengupdate blog ..... ~ selangkah maju ke depan ~

  4. Anonymous says:

    tidak akan ditemui tarbiyyah itu andai tidak mencarinya..tidak akan difahami tarbiyyah itu andai tidak mendalaminya..nice blog!=)

  5. Anonymous says:

    pekongsian yg menarik (^__^)

  6. perkongsian yang menarik..Uwais al qarni.

  7. uwais al qarni? ni mesti ada time kejadian nie. padahal perasan je..tunggulah sambunggannya.

  8. Unknown says:

    kelantan languages:

    berapo lamo nok tunggu sambunge ni .... hihihi ... pehe dok ?

  9. ada kelapangan datanglah bg perkongsian lagi untuk sahabt mawar.syukran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...