• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Pengetua di sesebuah mencari pelbagai usaha dalam membantu pelajar di sekolahnya dalam meningkatkan prestasi akademik di sekolah beliau. Suatu hari, pengetua tersebut memanggil lima orang guru untuk diberikan tugas.

" Kamu berlima adalah guru yang terbaik di sekolah ini. Oleh itu, kami pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan 70 orang pelajar dengan IQ yang tinggi dan mempunyai perlakuan yang terbaik. Kebebasan diberikan oleh kamu berlima dalam melatih 70 orang pelajar ini agar pada peperiksaan Sijil Penilaian Menengah nanti, mereka mendapat keputusan yang terbaik dan maksima ". kata pengetua tersebut kepada 5 orang guru yang terbaik.


Perbincangan dan pelbagai strategi diatur oleh kelima-lima guru yang terbaik itu dalam menrencana matlamat untuk 70 orang pelajar khasnya dan matlamat sekolah amnya. Setelah pelbagai inisiatif dilakukan sehinggalah waktu peperiksaan tiba.

Apa yang mengejutkan sekolah bahawa, peningkatan prestasi akademik yang sangat ketara dapat dilakukan oleh 70 orang pelajar tersebut, walaupun tidak dalam kalangan semua mendapat " straight A's " akan tetapi sedikit sebanyak telah meningkatkan prestasi akademik di sekolah tersebut.

Setelah selesai semua, kemudian Pengetua memanggil semula 5 orang guru tersebut. Ucapan penghargaan dan tahniah dari pihak sekolah kepada kelima-lima usaha dan bimbingan guru tersebut sehingga berjaya menaikkan prestasi akademik sekolah ketahap yang membanggakan. Kemudiannya, Pengetua tersebut meminta maaf kerana kesemua murid yang terpilih tersebut bukanlah memiliki IQ yang tinggi tetapi adalah pelajar biasa sahaja di sekolah ini.

Apabila mereka mendengar pengakuan tersebut, hati mereka berlima rasa terharu kerana berjaya meningkatkan prestasi pelajar tersebut walaupun bukan dalam kalangan mereka yang cerdik pandai dan tinggi IQ nya.

Kemudian, Pengetau itu pun berkata lagi, " Kamu berlima dipilih membimbing murid tersebut bukan kerana prestasi kamu masing-masing akan tetapi kami hanya memilih kamu berlima secara rambang."

Kelima mereka terperanjat kerana menyangka bahawa mereka mampu melakukan perubahan yang besar dan menaikkan nama sekolah khususnya berkaitan dengan akademik sedangkan prestasi mereka juga biasa-biasa sahaja.

Apa yang membuatkan mereka berjaya sedangkan sebenarnya kelima-lima guru tersebut biasa-biasa sahaja.

Pengiktirafan yang diberikan oleh Pengetua kepada kelima-lima guru tersebut pada awalnya membuat guru tersebut rasa dihargai. Pada masa yang sama menambahkan semangat mereka untuk mengajar dan merencana strategi.

Sikap yang positif yang ditunjukkan oleh guru tersebut dan tanggungjawab yang diberikan oleh Pengetua kepada kelima-lima guru tersebut bukan kecil malah mereka disuruh untuk membimbing pelajar yang dianggap mempunyai IQ yang tinggi. Kalau silap percaturan, pelajar pula yang mengajar guru.




" Kejayaan adalah hasil daripada sikap yang selalu ingin mendapatnya "_alif atif_













_alif atif_

2 Responses so far.

  1. Unknown says:

    "KUASA" kerana dihargai ....

    kelantan nyer bahasa "makin baco makin xpehe mace menterjemahkan sesuatu yang mendale .... " ....

  2. Kadang kalanya penghargaan atau kata-kata yang baik dapat merubah seseorang itu melakukan sesuatu yang terbaik dan dia sendiri tidak jangka yang dia mampu lakukannya. " Kuasa " itu bermaksud Power.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...