Alhamdulilah.. Pada bulan Ramadan yang diberkati ini banyak program-program yang dianjurkan di masjid dan surau mahupun dikawasan dan juga dikawasan kampung. Bagi negeriku sendiri iaitu Negeri Selangor juga tidak putus-putus surau dan masjid dihidangkan dengan solat terawih dan ' TAMAN - TAMAN SYURGA ' sepanjang bulan ramadan yang berlalu ini.
Ada satu hari tu, aku sengaja ambil mood untuk pergi ke Masjid Negeri Shah Alam. Masjid yang tersergam indah di Shah Alam. Boleh dikatakan setiap pagi jam 0700 hingga 0800 akan diadakan program ' TANYALAH USTAZ ' yang berkeudara secara langsung di siaran TV9. Alhamdulilah, masyarakat disekitar Shah Alam pun ramai memenuhi dan menjadikan Masjid Negeri sebagai tempat untuk 'bershopping' di bulan penuh barakah ini.
Sedang aku ingin masuk ke perkarangan Masjid Negeri, aku mengambil selipar dan igin meletakkan nya di rak kasut yang disediakan, tapi aku tengok, ada satu kasut berjenama mahal yang tinggal sebelah sahaja, dalam hati aku terdetik. " Kesian pemilik kasut ini, tinggal sebelah sahaja kasutya ". Kemudian, semasa dalam perjalanan ke tempat wuduk, bermain difikiran aku tentang sebelah kasut tadi. " Kalau kasut dia hilang, mesti kasutnya dicuri, tapi kalau kene curi, takkan pencuri nak ambil sebelah sahaja?. baik betul pencuri itu ". Kemudian aku membiarkan sahaja tanpa mengingat kembali tentang kasut sebelah itu.
Setelah selesai urusanku di Masjid Negeri, aku mengambil kesempatan untuk melihat gerai-gerai yang terdapat dalam Masjid Negeri. Sehingga aku bertemu dengan seorang sahabat dan membawaku duduk di tangga-tangga berhampiran dengan rak-rak kasut di Masjid Negeri tersebut.
*gambar hiasan sahaja
Dalam kerancakkan mulutku berbual, mataku pula teralih ke salah satu rak kasut yang berhampiran dengan tempat aku dan sahabat aku duduk, apa yang aku nampak adalah, ada seorang lelaki ini mengambil kasut dia di dua tempat yang berbeza. maknanya sebelah kasutnya diletakkan di rak 25, dan sebelah lagi kasut diletakkan di rak 26. Bila aku terlihat perlakuan lelaki tersebut, fikiran aku teringat akan sebelah kasut yang aku jumpa di rak kasut semasa awal aku tiba di masjid tadi.
Maknanya sebelah kasut yang aku jumpa tadi itu tidak hilang, tetapi pemilik kasut tersebut sungguh bijak kerana meletakkan sebelah lagi kasutnya di tempat lain agar kasutnya tidak curi diambil orang.Mungkin itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan kasut daripada hilang di tempat awam.
" Apa gunanya jika kasut yang cantik dan mahal tinggal sebelah bahagian sahaja. Hendak beli kasut yang baru pun dijual sepasang. =) "_alif atif_
*mungkin cara terbaik untuk jaga kasut dari dicuri
alhamdulillah......... updated!! untung bg mereka y berada di shah alam .... ~ taman taman syurga ~ rugi bg mereka yang tidak merebut peluang y ada .....
alamak taktik lama la bro...aku belajar taktik ni dengan pakcik aku dari sarawak...dia cakap kalo g masjid, satu selipar tinggal sini, satu selipar tinggal nun jauh sana...tak pun satu selipar lagi letak je berdekatan tapi diterbalikkan menghadap bawah...
hehe..ilmu ini baru dinampakkan oleh Maha Pencipta kepada diriku semasa bulan Ramadhan baru-baru ini.. =). dah satu bilik pun xajar..=P
hehe...satu bilik ajar susun kasut pun still tak tersusun..huhu..buat apa nak ajar taktik ni kat nta?? kat bilik kita tu sapa la yang nak curi kasut or selipar...huhu
terima kasih atas perkongsian pengalaman yg menarik.....:)
rasa tak sabar menunggu perkongsian ilmu yg baru.... (^_^)