Ramadan sudah berlalu..
Sama ada kita rela ataupun terpaksa..
Pasti tetap akan meninggalkan kita..
Berkumandanglah takbir..
Menandakan Syawal yang dirai..
Pasti Ramadan akan dirindui..
Sesetengah golongan daripada kita..
Tetap merindui..
Melihat ruang di rumah Ilahi..
Sentiasa ramai dan tak pernah sunyi.
Tak kira kecil, muda, dewasa dan tua..
Memenuhi ruang di kawasan suci..
Dalam mencari redha Ilahi..
Pasti Ramadan akan dikenang..
Sesetengah golongan daripada kita..
Apa tidaknya..
Dengan kewujudan Bazar Ramadan ..
Sentiasa penuh menjadi tumpuan..
Berebut mendapatkan tapak jualan..
Peniaga mendapat pulangan lumayan ..
Pelbagai juadah, banyaknya makanan..
Sentiasa berjimat elakkan pembaziran..
Pasti Ramadan akan diingat..
Sesetengah golongan daripada kita..
Mungkin ini menjadi sebab..
Bulan biasa, jarang berlaku..
Menunggu-nunggu Maghrib tiba..
Mungkin sebelum ini pula..
Maghrib selalu 'menunggu' kita..
Ayah, mak, along, angah, dan adik..
Duduk sekali keliling meja,
Berdoa dipanjat kehadrat Yang Esa..
Bergembira menikmati juadah berbuka..
Pasti Ramadan akan disayangi..
Sesetengah golongan daripada kita..
Jika perkara hampir raya..
Penuh Pusat membeli belah..
Uptown dan bazar apa kurangnya..
Menjadi tumpuan rakyat Malaysia..
Menambah rezeki kepada peniaga..
Sehingga mencecah 4 bulan gaji, pada bulan biasa
Kepada mereka yang membeli..
Mencari perkakas penghias diri..
Untuk bergaya di Syawal nanti..
Tiada masalah dalam bergaya..
Syariat Allah jangan dilupa..
Aurat pula harus dijaga..
Supaya tidak dimurkai Allah Yang Esa..
Pasti Ramadan akan ditangisi..
Sesetengah golongan daripada kita..
Bulan inilah Bulan diberkati..
Pintu neraka serapatnya ditutup..
Pintu syurga seluas-luasnya dibuka..
Syaitan diiikat, Syaitan dibelenggu..
Pengakhirannya sentiasa dinanti nanti..
10 malam terakhir masanya..
Satu malam, malam berharga..
LaitulQadar yang sangat mulia..
1000 bulan adalah ' tawarannya '..
Semoga pengampunan dosa dan rahmat Ilahi..
Memenuhi sepanjang ramadan yang kita tempuhi..
Doakan agar kita bertemu lagi..
Dengan Ramadan yang sangat diberkati..
Agar redha Allah sentiasa mengiringi..
Sehingga nyawa tiada lagi..
Categories:
Label:
Puisi
^_^~