• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction

Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi.

Inilah "tagline" atau konsep yang digunapakai semasa berada dalam tampuk Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) Universiti Teknologi MARA 2012/2013. Malah konsep ini diserapkan diseluruh sistem MPP UiTM Semalaysia 2012/2013.

Pada awalnya, konsep ini mendapat kritikan daripada pemimpin pelajar Universiti luar yang mengatakan bahawa MPPUiTM 12/13 tidak ada modal dalam mencetus sesuatu pendekatan dengan mengatakan bahawa bukankah setiap kita sudah menjadi mahasiswa selepas masuk ke dalam universiti?

Kritikan dan cemuhan itu tersebar meluas di Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. Mengambil pendekatan untuk "Private Message" admin tersebut dengan bertanyakan satu soalan sahaja, iaitu. "Apa beza 'menjadi' dan 'bergelar' ". Akhirnya admin tersebut memohon maaf dan memadam kritikan yang dicanang di alam maya.

Apa yang saya kesalkan adalah admin tersebut tidak bertanya kepada kami tentang pendekatan " Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi ", tetapi terus menghukum dan menghentam tanpa mengkaji dan memerhati. Adakah admin itu sudah menjadi mahasiswa?. Sedangkan dalam Islam sendiri mengajar kita agar tidak terus mempercayai sesuatu berita sebelum kita pastikan kesahihannya.

Mungkin dalam kalangan kita, secara atas kertasnya sudah bergelar Mahasiswa, tetapi tidak ramai dalam kalangan kita menjadi Mahasiswa. Siapakah Mahasiswa?. Tidak perlu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mentafsirkan maksud sebenarnya. Ini sekadar pemahaman dalam menerangkan siapa "mahasiswa".

Mahasiswa

1) Golongan pelajar yang masuk belajar ke dalam Universiti, *kalau sekolah rendah, dipanggil murid.

2) Golongan pelajar yang masuk ini akan masuk belajar dengan menggunakan SPM, STPM, ASASI, DIPLOMA, A LEVEL, O LEVEL dan sebagainya. Dan dikatakan bahawa ini adalah golongan yang bijak pandai.

3) Sekurang-kurangnya, golongan yang bijak pandai ini tahu akan perkara baik dan buruk.

*Ayuh kita lihat, buang sampah merata-rata adalah satu perkara baik atau buruk?. Kalau mentaliti kita sudah dikatakan mahasiswa, masihkah ada sampah lagi harus dibuang dimerata-rata tempat?.

Perkara 'pokok' yang diambil dari Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi ini adalah daripada Hadis Baginda Muhammad SAW iaitu.

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (HR. Imam Bukhari)

Sebenarnya, apa yang cuba dibawa dan diperkenalkan dalam Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi ini bukanlah sesuatu perkara yang baru, akan tetapi, ianya sesuatu perkara yang lama, tetapi sudah lama dilupakan.


Dalam untuk mengubah mentaliti sebenarnya memang memerlukan masa, bukanlah berubah secara drastik. 

Jangan selalu kita asingkan pendekatan Islam dengan pendekatan cara profesional, kerana dalam pendekatan Islam dalam berorganisasi sebenarnya sudah merangkumi sifat profesional secara menyeluruh. Cumanya kita yang malas untuk mengkaji, mendalami, dan menghayati.


Pantun Rasmi

Buah Melaka Buah Kiwi,
Rama-rama si Kupu-kupu,
Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi,
UiTM Sentiasa dihatiku.





2 Responses so far.

  1. gud sharing mr. azraful..
    buka mata hati pada mahasiswa ~
    keep it up yur spirit walaupn tdk d barisan kepimpinan MPP lg.. trus pimpin mereka sekeliling anda ~

  2. like u said..

    *tekad utk ubah mentaliti mahasiswa uitm*

    keep doin it bro.
    it will take time
    go at ur lapangan

    moga ALLAH redha.^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...