• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 6 Reaction

“ Tak perlu kejar pointer tinggi, yang penting ada ‘softskill’ dan aktif dalam berpersatuan.” Kata senior pelajar Si A.


 “ Selalu aku dengar, orang yang dapat 3.5 keatas, tak boleh buat kerja, sebab terlalu fokus belajar dan ikut teori, bila dipraktikkan dalam kerja, tak tahan.” Kata pelajar si B.


“ Orang yang selalu pandai buat kerja ini selalunya orang yang tak dapat 3.5 keatas pun. Tak payah belajar teruk sangat untuk dapat dekan, dapat 2.7 pun ok, dapat kerja juga.” Kata Pelajar si C.


Kata-kata diatas ini adalah luahan kata dan rasa daripada pelajar dan mungkin tenaga pengajar. Tetapi sesetengah orang mencipta alasan daripada kata-kata diatas untuk melahirkan rasa malas untuk belajar. Tidak dinafikan juga, kata-kata diatas ini juga mampu untuk memberi motivasi kepada sesetengah pelajar agar teruskan kehidupan dalam dunia pembelajaran.


Contoh ayat yang pertama :


“ Tak perlu kejar pointer tinggi,  penting ada ‘softskill’ dan aktif dalam berpersatuan ".


Tidak dinafikan bahawa penglibatan seorang pelajar dalam menyertai dan bergiat aktif dalam berpersatuan itu sangat membantu dalam melahirkan ‘softskill’ dan ‘added value’ dalam diri kita.


Dengan menyertai organisasi dan persatuan ini, seumpama kita mendapat


“ kuliah yang tidak berdinding ”


Apa yang mampu disampaikan adalah, ilmu seperti Cara komunikasi, bahasa badan, mengawal mesyuarat, bercakap di khalayak ramai, menyelia organisasi secara praktikal adalah perkara yang tidak dapat dalam kelas, tetapi dalam di dalam “kuliah yang tidak berdinding “ ini.


Akan tetapi, janganlah pula menjadi modal untuk malas belajar dengan terlalu mementingkan dan aktif dalam organisasi. Pentingnya adalah berusaha sebaiknya dalam pembelajaran untuk dapatkan yang terbaik. Tetapi kalau dengan kata-kata “Tak Perlu Kejar Pointer Tinggi” itu membuatkan kita sengaja malas belajar, itu satu konsep yang salah.


Bagi kata-kata pelajar B dan C.


Maksud daripada kedua-dua kata itu lebih kurang sama. Sepertinya menunjukkan bahawa ada dalam kalangan pelajar yang dapat CGPA 3.5 keatas, tetapi bila dalam dunia pekerjaan, tak tahan untuk lakukan secara praktikal. Tidak dinafikan bahawa perkara itu berlaku, tetapi jika kata-kata ini diletakkan pada “keadaan” yang salah, ianya akan mendidik pelajar malas untuk mencapai kejayaan dengan mendapat keputusan yang tinggi. Kata-kata ini juga jika digunakan pada keadaan yang betul, mampu juga untuk memotivasikan pelajar.


Bagaimana keadaan yang mengatakan bahawa penggunaan ayat ini mempu memupuk semangat malas yang tinggi :


Apabila ayat ini menjadikan “pegangan” dan “hujah” yang kuat untuk seseorang pemimpin pelajar itu agar hanya fokus dalam organisasi dengan membiarkan sahaja akademik berjalan mengikut “takdir”nya tanpa perlu berusaha. Sedangkan beliau mampu untuk belajar dan mendapatkan keputusan cemerlang.


Bagaimana keadaan yang mengatakan bahawa penggunaan ayat ini mempu memotivasikan pelajar :


Apabila ada dalam kalangan pelajar, yang merasakan bahawa CGPA yang rendah tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan. Tidak dinafikan bahawa CGPA yang bagus adalah elemen yang penting, tetapi bukanlah yang terpenting. Mungkin ayat ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar bahawa CGPA yang rendah tidak semestinya tidak dapat kerja. Rezeki itu ketentuan Allah. Yang penting kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.


Adakah salah jika seseorang itu dapat 3.5 keatas?. Dan adakah semua pelajar yang dapat 3.5 keatas itu tak tahan buat kerja?.


Kesimpulannya.


Orang biasa itu terbahagi kepada 2 :

  •            .Akademik Baik, tetapi tidak terlibat dalam oganisasi : Sebab dia ada banyak masa untuk belajar, tetapi sayangnya dia tidak dapat memupuk softskill dan added value dalam diri mereka
  •       Akademik Menurun, Terlibat dengan organisasi : Akibat terlalu sibuk dalam berpersatuan, sehingga kadang kala mengabaikan atau terpaksa meninggalkan akademik

Orang yang kita tak nak jadi :

  • Akademik Menurun, tidak terlibat dengan organisasi : secara teorinya, dimanakah masa belajar mereka dihabiskan?. *kecuali jika ada masalah peribadi. =)

Orang yang luar biasa :

  • Akademik Baik, terlibat dalam organisasi : Bagaimana cara beliau menguruskan masa belajar dan berpersatuan?.


Keterlibatan pelajar dalam organisasi penting kerana dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ‘softskill’ dalam dunia berorganisasi, pada masa yang sama, BERUSAHALAH yang sebaiknya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Jika sudah berusaha, serahkan keputusan itu kepada Allah. Yang penting adalah usaha dahulu!.

Apa salahnya kita dengar kata orang D ni.


“ Kita perlu menceburi diri dalam dunia organisasi, pada masa yang sama, cuba berusaha dapatkan keputusan yang terbaik, Kalaulah kita ‘balance’kan kedua-duanya, bukankah kita lagi hebat daripada kata-kata pelajar A, B dan C?. Kuncinya adalah usaha! ". Kata orang D.


Kalaulah kata-kata orang D ini menjadi budaya dan sentiasa diperkatakan, mungkin semua orang akan cuba untuk menjadi apa yang dikatakan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...