“ Tak perlu kejar pointer tinggi, yang penting ada ‘softskill’
dan aktif dalam berpersatuan.” Kata senior pelajar Si A.
“ Selalu aku dengar,
orang yang dapat 3.5 keatas, tak boleh buat kerja, sebab terlalu fokus belajar dan
ikut teori, bila dipraktikkan dalam kerja, tak tahan.” Kata pelajar si B.
“ Orang yang selalu pandai buat kerja ini selalunya orang
yang tak dapat 3.5 keatas pun. Tak payah belajar teruk sangat untuk dapat
dekan, dapat 2.7 pun ok, dapat kerja juga.” Kata Pelajar si C.
Kata-kata diatas ini adalah luahan
kata dan rasa daripada pelajar dan mungkin tenaga pengajar. Tetapi sesetengah orang mencipta alasan daripada kata-kata
diatas untuk melahirkan rasa malas untuk belajar. Tidak dinafikan juga,
kata-kata diatas ini juga mampu untuk memberi motivasi kepada sesetengah
pelajar agar teruskan kehidupan dalam dunia pembelajaran.
Contoh ayat yang pertama :
“ Tak perlu kejar pointer tinggi, penting ada ‘softskill’ dan aktif dalam
berpersatuan ".
Tidak dinafikan bahawa penglibatan seorang pelajar dalam
menyertai dan bergiat aktif dalam berpersatuan itu sangat membantu dalam
melahirkan ‘softskill’ dan ‘added value’ dalam diri kita.
Dengan menyertai organisasi dan persatuan ini, seumpama kita
mendapat
“ kuliah yang tidak berdinding ”
Apa yang mampu disampaikan adalah, ilmu seperti Cara komunikasi,
bahasa badan, mengawal mesyuarat, bercakap di khalayak ramai, menyelia
organisasi secara praktikal adalah perkara yang tidak dapat dalam kelas, tetapi
dalam di dalam “kuliah yang tidak berdinding “ ini.
Akan tetapi, janganlah pula menjadi modal untuk malas
belajar dengan terlalu mementingkan dan aktif dalam organisasi. Pentingnya adalah berusaha sebaiknya dalam pembelajaran untuk dapatkan yang terbaik.
Tetapi kalau dengan kata-kata “Tak Perlu Kejar Pointer Tinggi” itu membuatkan
kita sengaja malas belajar, itu satu konsep yang salah.
Bagi kata-kata pelajar B dan C.
Maksud daripada kedua-dua kata itu lebih kurang sama.
Sepertinya menunjukkan bahawa ada dalam kalangan pelajar yang dapat CGPA 3.5
keatas, tetapi bila dalam dunia pekerjaan, tak tahan untuk lakukan secara
praktikal. Tidak dinafikan bahawa perkara itu berlaku, tetapi jika kata-kata
ini diletakkan pada “keadaan” yang salah, ianya akan mendidik pelajar malas untuk
mencapai kejayaan dengan mendapat keputusan yang tinggi. Kata-kata ini juga
jika digunakan pada keadaan yang betul, mampu juga untuk memotivasikan pelajar.
Bagaimana keadaan yang mengatakan bahawa penggunaan ayat ini
mempu memupuk semangat malas yang tinggi :
Apabila ayat ini menjadikan “pegangan” dan “hujah” yang kuat
untuk seseorang pemimpin pelajar itu agar hanya fokus dalam organisasi dengan
membiarkan sahaja akademik berjalan mengikut “takdir”nya tanpa perlu berusaha.
Sedangkan beliau mampu untuk belajar dan mendapatkan keputusan cemerlang.
Bagaimana keadaan yang mengatakan bahawa penggunaan ayat ini
mempu memotivasikan pelajar :
Apabila ada dalam kalangan pelajar, yang merasakan bahawa CGPA
yang rendah tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan. Tidak dinafikan bahawa
CGPA yang bagus adalah elemen yang penting, tetapi bukanlah yang terpenting.
Mungkin ayat ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar bahawa CGPA yang rendah
tidak semestinya tidak dapat kerja. Rezeki itu ketentuan Allah. Yang penting
kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.
Adakah salah jika seseorang itu dapat 3.5 keatas?. Dan
adakah semua pelajar yang dapat 3.5 keatas itu tak tahan buat kerja?.
Kesimpulannya.
Orang biasa itu terbahagi kepada 2 :
- .Akademik Baik, tetapi tidak terlibat dalam oganisasi : Sebab dia ada banyak masa untuk belajar, tetapi sayangnya dia tidak dapat memupuk softskill dan added value dalam diri mereka
- Akademik Menurun, Terlibat dengan organisasi : Akibat terlalu sibuk dalam berpersatuan, sehingga kadang kala mengabaikan atau terpaksa meninggalkan akademik
Orang yang kita tak nak jadi :
- Akademik Menurun, tidak terlibat dengan organisasi : secara teorinya, dimanakah masa belajar mereka dihabiskan?. *kecuali jika ada masalah peribadi. =)
Orang yang luar biasa :
- Akademik Baik, terlibat dalam organisasi : Bagaimana cara beliau menguruskan masa belajar dan berpersatuan?.
Keterlibatan pelajar dalam organisasi penting kerana dapat
melahirkan pelajar yang mempunyai ‘softskill’ dalam dunia berorganisasi, pada masa
yang sama, BERUSAHALAH yang sebaiknya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Jika sudah berusaha, serahkan keputusan itu kepada Allah. Yang penting adalah
usaha dahulu!.
Apa salahnya kita dengar kata orang D ni.
“ Kita perlu menceburi diri dalam dunia organisasi, pada
masa yang sama, cuba berusaha dapatkan keputusan yang terbaik, Kalaulah kita ‘balance’kan
kedua-duanya, bukankah kita lagi hebat daripada kata-kata pelajar A, B dan C?.
Kuncinya adalah usaha! ". Kata orang D.
Kalaulah kata-kata orang D ini menjadi budaya dan sentiasa diperkatakan, mungkin semua orang akan cuba untuk menjadi apa yang dikatakan.
I think we also have to consider the course. Some courses need both to excel and survive, knowledges (that need lot of reading and memorizing) and skills. In my suggestion, you have to find clubs that related to your field so then it could help you.
And I do have a question for you, azraful. How about some students who are active in clubs that are not organize efficiently and rationally I think, (meeting till late night, too much unnecessary and inefficient meeting), do not you think it will affect the students affairs? And of course, MPP will face all this. What say you? As envisaged, they might not focus in tomorrow class, actively sleeping in lecture. Please do share you opinion.
In reply to anonymous post on March 18,
Hello there.
That's the challenge need to be handled by the clubs. As leader in an organization, effective meeting never cost up to 2 hours ( as said by our former PM, Tun Dr Mahathir. In reality, yes we might have meeting that cost end up to early morning. How possible such kind of meeting to be conducted in 14 weeks of study? Pick a time which will benefit majoriti of the commitee ( as we never able to fulfill everyone needs in term of different faculties). As my leader in my previous organization always start a meeting with sharing moment and come out with agenda. The meeting will be conducted accordingly ( for sure some jokes and discussion) . Its up to commitee it self. Happy berpersatuan.
People will know who are you by your personality in future.
Salam. Thankyou for the sharing too brother.
HAi guys,thanks Mantan YDP MPP Shah Alam for your entry. You always give inspirer to other people, i like your style. You are not directly jump into conclusion, but you try to make people think.
I think, maybe only sometimes the meeting will be finish at late night.
If every night have meeting and the meeting was finish at late night, so i think you will quit from that organization. =).
Assalamualaikum.
Thanks for your question..
Apa yang saya sampaikan ini hanya pendapat saya, ianya bergantung kepada pengalaman seseorang juga.
Tak dinafikan bahawa kadang-kadang dalam mesyuarat atau kerja kita lakukannya sampai lewat malam, sehingga menjejaskan 'kecergasan' kelas untuk esoknya. Jika perkara itu kerap berlaku, recheck balik mesyuarat tersebut mengapa ianya menjadi masa yang lama. Mungkin hanya sekadar berbual, atau tak ikut 'flow' agenda seterusnya membincangkan hal yang tiada kaitan dengan agenda.
Saya tidak mengalakkan juga untuk meninggalkan kelas, tetapi cuba membawa diri sebaiknya agar cara yang kita lakukan dapat wujudkan 'win-win' situation.
This is just my opinion. =).
nice post org besar. good2 salu bg org berfikir.. so kena usahalah menjadi orang yg luar biasa itu! yg penting seiring, dan berikan yg terbaik dgn usaha yg gigih. Allah menilai sgala usaha kita :)
Semoga bermanfaat untuk semua.