Dalam ada ketikanya, ada perkara yang difikirkan dalam kalangan mahasiswa ( terutamanaya penuntut tahun akhir ) adalah :
' Apa yang aku akan kerja nanti '
' Takutlah hendak menghadapi suasana kerja sebab tak ingat semua apa yang dipelajari di Universiti '
Jika ada perasaan ini, bagus!. tetapi lagi bertambah bagus jika kita cuba mengambil inisiatif untuk bersedia menghadapi alam pekerjaan dengan mengulang kaji apa yang pernah dipelajari di Universiti.
Adakah perasaan itu normal? Ya!. kerana kita dilatih untuk menjawab peperiksaan yang tidak boleh membawa buku masuk dan perlu hafal 'every single of formula'. Kita merasakan bahawa perkara yang sama akan terjadi dalam alam pekerjaan kelak, akan tetapi, semasa alam pekerjaan, boleh sahaja untuk merujuk buku itu kalau terlupa formula dan sebagainya.
Ada beberapa kenalan daripada Universiti mohon kepada saya untuk memberi pendapat berkaitan dengan :
Ramai juga dalam kalangan kita terjadi dalam seuasana ini. Bila ditanya :
" Kerja apa? " , " Buat Bisnes Sendiri "
" Dulu masa belajar ambil apa? " , " Dulu ambil Kejuruteraan Elektrik "
Aik? Kenapa kerja tak sama dengan apa yang dipelajari. Kalau macam itu, RUGI sahaja kamu belajar Elektrik sebelum ini.
Adakah benar-benar rugi?
Ini mungkin antara sebab kerana terjadinya perkara seperti berikut :
1) Disebabkan 'passion' dengan sesuatu perkara.
- Semasa belajar minat bidang lain, tetapi selepas belajar, minat bidang lain.
Contoh : Semasa belajar Universiti, ambil bahagian Elektrik, tetapi bila menghadapi kehidupan Universiti, kamu 'passion' dalam bahagian Bisnes. Macam mana?. Tidak menjadi masalah. Kalau itu kemahuan dan 'passion' bagi kamu, teruskan!.
- Hal ini kerana, selagi mana kamu 'passion' dalam melakukan sesuatu, kamu akan gembira untuk menghadapinya, walaupun kamu menghadapi pelbagai kesukaran dan kesusahan. Apabila kamu berada dalam keadaan gembira dalam melakukan pekerjaan, yang pastinya, hasil kerja kamu itu sebenarnya lebih baik berbanding kamu melakukan sesuatu secara terpaksa.
2) Itu sahaja Kerja yang dapat.
- Mungkin semasa mohon kerja, pelbagai tempat dan jawatan yang dimohon sama ada sama bidang yang dipelajari atau tidak. Tetapi rezeki kerja yang tidak sama bidang itu pula yang ditawarkan kerja dahulu. Bagaimana? adakah ingin menolak tawaran tersebut?.
- Semasa anda mohon kerja, pastinya anda akan lihat kepada maklumat pekerjaan tersebut. Walaupun ianya tidak sama dengan bidang yang anda pelajari, tetapi usaha anda untuk mohon pekerjaan tersebut menunjukkan bahawa anda inginkan pekerjaan tersebut. Jika mendapat tawaran tersebut, terpulang kepada anda untuk "accept" or "deny" it. Apa yang boleh diperkatakan, peluang tidak datang sekali
3) Dah dapat kerja, tapi takut hendak mula macam mana, sebab tak sama dengan bidang yang dipelajari.
- Pertama, bila anda mohon kerja, dan dah dapat, anda harus faham bahawa anda layak untuk mendapat jawatan tersebut. Ingat!. secara positifnya anda layak untuk kerja tersebut. LAYAK!. Jangan risau tentang permulaan kerja, sebab semuanya anda akan belajar semula di tempat tersebut. Walaupun anda tidak belajar dalam bidang tersebut.
- Sebagai contoh, keberanian yang anda hadapi semasa mula-mula anda masuk ke Darjah 1, Tingkatan 1, dan Universiti membuatkan anda berjaya sehingga sekarang dan seterusnya. Oleh itu, perasaan itu berulang semasa anda berada di permulaan hari pekerjaan kamu.
Pandangan penulis
a) Berusaha sebaiknya untuk mendapatkan kerja apa yang anda inginkan. Dapat tidak dapat itu nombor dua, yang pertama adalah berusaha untuk mendapatkannya.
p/s : Kalau anda lapar, adakah anda akan kenyang dengan melafazkan perkataan "KENYANG" selama 100 kali?
b) Kalau anda belajar dalam bidang lain, tetapi minat dan "passion" anda menjurus kearah lain. Teruskan. Tidak semestinya 4 tahun anda ambil jurusan Elektrik, anda belajar Elektrik, jika dalam tempoh anda belajar anda masuk dalam persatuan pastinya banyak lagi perkara dan pelajaran daripada 'kuliah tidak berdinding' yang anda belajar.
p/s : Adakah menjadi suatu kerugian bila apa yang anda belajar tidak diaplikasi kan dalam kerja?. Bagi saya tidak, malah itu ilmu tambahan bagi anda. Adakah anda akan dapat ilmu berpersatuan, daya fikiran kritis dan kematangan membuat keputusan jika anda tidak masuk ke Universiti?. Teruskan apa yang anda minati. Kalau ka
c) Jangan takut untuk memulakan sesuatu yang bukan dalam bidang anda. Ya, pada awalnya mungkin akan sedikit takut dan tidak berani, tetapi lama kelamaan perasaan itu akan menjadi kebiasaan
p/s : Dalam kehidupan kita, semua perkara kita bermula dengan tidak tahu. Adakah anda terus belajar Membaca sebelum anda mengetahui huruf A, B dan C?
d) Orang akan selalu cakap " Sia-sia sahaja belajar dahulu, kalau kerja tidak sama dengan apa yang belajar dahulu ". Setiap apa yang orang kata, kalau ianya tidak mendatangkan perkara positif dalam diri kamu, lebih baik kamu endahkan. Kalau kata-kata itu membuatkan kamu positif, maka itu lebih baik bagi kamu.
p/s : kehidupan kamu adalah kamu yang arahkan dan kamu tentukan.Orang lain boleh suruh anda bangun dan duduk, tetapi perlakuan hendak duduk atau bangun terpulang kepada diri kamu sendiri. Kalau cara kurang elok, anda Tanya semula kepada si penanya, "Boleh carikan saya kerja yang sesuai dengan bidang yang saya belajar?". Kalau boleh, itu peluang terbaik. =)
Ini hanyalah karangan penulis, dan tidak semuanya menjadi suatu perkara yang betul kepada semua pembaca. Tulisan ini membawa kepada pembaca berfikir dan nilai, bukanlah sesuatu yang perlu diikuti. Nilai semula adakah ianya sama dengan kehidupan si pembaca =). Match it!
Hanya sekadar berkongsi
Azraful Azman
Post a Comment