• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction


Bukan ingin menyentuh isu Tun Mahathir menarik semula sokongan terhadap Dato’ Seri Najib Razak, tetapi ingin menyentuh isi daripada artikel “MENEGUR” yang sebenarnya mampu mengejutkan mereka yang masih tidur dengan tradisi.

“ Aku takutlah nak tegur dia, dia kawan aku, malah ketua aku, aku takut nanti dia terasa kalau aku tegur dia ”
“ Takutlah nak tegur beliau(pemimpin), takut dia terasa hati plak? ”


Dalam menegur, pasti akan terasa, sebab hanya dapat merasai teguran itu seseorang itu akan merasakan bahawa dirinya ditegur dan akan sedar yang dia berada dalam kesilapan.


Perumpaan dongeng daripada ‘ Che Det ’ sangat mendalam. Apa yang cuba disampaikan adalah sifat pengampu yang mungkin wujud dalam kalangan pemimpin sehingga sentiasa sahaja mengiyakan apa yang dilakukan oleh pemimpin walaupun sesuatu perkara itu adalah menjadi suatu kesalahan.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

Mungkin sifat mengiyakan itu dilakukan kerana ingin menjaga periuk masing-masing.
Kenapa? Kalau tegur sesuatu yang salah akan dibuang kerja ke? Mungkin perkara itu pasti berlaku. Ya! Pasti!.
Adakalanya dengan kritikan, mampu untuk motivasi dan kembali lihat diri dan keupayaan kita semula sejauh mana kita sudah capai dan apa yang perlu untuk dicapai lagi dan lagi.
“ Jika kamu pernah hadapi kritikan yang ‘bernilai‘ 100%, pasti kamu akan ‘selamba‘ apabila kamu hadapi kritikan yang ‘bernilai‘ 70%. Tetapi, bersedialah hadapi kritikan atau cabaran yang ‘bernilai‘ lebih daripada 100%, kerana mungkin ianya sangat menyakitkan dan mampu menjatuhkan nilai motivasi kamu untuk berjaya“.

Adakah salah menegur seorang pemimpin?

-   Tidak menjadi suatu kesalahan dalam menegur pemimpin, tetapi kaedah dalam menegur itu haruslah tidak mengaibkan dan menjatuhkan pemimpin itu sendiri
Contoh : Menegur secara berdua sahaja dan mungkin menghantar surat, Direct Message, Private Message dan sebagainya.
Masalah : Mungkin susah untuk menegur seseorang pemimpin, tetapi sebenarnya lagi susah untuk seorang ketua itu menurunkan ego mereka dalam menerima kritikan dan teguran tersebut.

Adakah setiap apa yang dilakukan itu sentiasa betul sebab ianya seorang ketua?
-   Bagi pandangan saya tidak, hakikatnya seorang ketua itu tetap manusia, dan manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Bersedia untuk menerima situasi apabila ingin ditegur.

-   Masalahnya adalah, sejauh mana seorang ketua atau pemimpin itu mampu berlapang dada dan bersedia untuk menerima teguran walaupun daripada anak buahnya sendiri.

-   Seorang ketua tidak perlulah terlalu ego, terimalah pandangan, adakalanya pandangan mereka lagi bernas dari kita. 
Semoga wujudnya sikap menegur untuk kebaikan bersama, bukan menegur untuk kepentingan individu dan menjatuhkan antara satu sama lain

Tulisan ini adalah tulisan umum tidak dituju kepada mana-mana pihak.

p/s : aku masih teringat cerita yang mengatakan Tun Mahathir ‘gila‘ semasa ingin membuat Jambatan Pulau Pinang dan Menara KLCC, tapi hari ini sudah siap Jambatan Pulau Pinang kedua. Mungkin dulu mustahil dan idea yang gila jika mengatakan bahawa manusia mampu ‘terbang‘, tapi sekarang tidak mustahil lagi.
Semoga Malaysiaku Terus Aman.

Pandangan Pnulis
Azraful Azman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...