Alhamdulilah sekarang sudah bekerja sambil membuat beberapa latihan di Infineon Company di Melaka. Pelbagai program yang diadakan sama ada dalam perancangan atau tidak dalam memastikan semua kelahiran "BOOSTER ENGINEER" ini bukan sahaja “Specialist” daripada sesuatu bidang kejuruteraan tetapi mengasah bakat dalam kepimpinan dan “SOFT SKILL”
Antara aktiviti yang dijalankan adalah setiap dalam kalangan BOOSTER harus kehadapan untuk bercakap. Ya!. Bercakap. Senang ke bercakap? Hari hari kita bercakap kan? Tetapi bagaimana keadaan kita apabila bercakap di khalayak ramai?
Bagi sesetengah pihak, mungkin itu adalah suatu “pakaian” harian mereka. Tetapi mungkin bagi sesetengah pihak pula merasakan itu merupakan “pakaian” debaran seperti memakai Baju Pengantin kali pertama. ( macam tahu-tahu je debaran itu, sedangkan belum pernah pakai lagi )
Teringat kata-kata “Daddy“ ( ‘ayah‘ kepada Engineer Booster di sini ).
“ Kalau sesuatu perkara yang kamu takut, kemudian kamu LARI daripada perkara itu, itu dinamakan FOBIA. Tetapi jika kamu HADAPI sesuatu perkara yang kamu takutkan itu, itu akan menjadi PENDORONG untuk kamu “
Kata kata ini sangat memberi ransangan. Walaupun ianya dikatakan dalam nada yang biasa, tetapi maksudnya sangat mendalam. Dalam kehidupan, setiap dalam kalangan kita mempunyai ketakutan mereka masing-masing.
Ada orang takut lipas
ada orang takut buat salah
ada orang takut cakap dihadapan
dan ada orang takut makan
Tetapi kalau kita lari daripada ketakutan itu, sampai bila kita akan mengelak untuk menghadapinya,
“Aku tak bolehlah bercakap dihadapan, malu dan tiada keyakinan”
Jika kamu sudah merasakan bahawa itu salah satu “kelemahan” kamu, lebih baik anda mencari “jalan” untuk menghadapinya, bukan sentiasa memberi alasan yang sama.
Bukanlah hari ini berlatih, esok terus jadi “AZNIL HJ NAWAWI”, cukuplah menjadi seorang bayi yang belajar bertatih. Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk melangkah ke tahap seterusnya.
“Jawapan Kehidupan Setiap Orang Itu Berbeza, Kerana Soalannya Tidak Sama“
Semuanya dilihat mustahil, sehingga kita mendapat jawapannya.
Pandangan Penulis
Azraful Azman
Cara nak settle kan masalah, hadapi masalah tu bukan lari dari masalah
yup. ianya akan menjadi satu pendorong jika kita hadapi masalah itu
saya telah di'shortlist'kn utk engineering booster program assessment..apakah tips yang bleh dikongsikan? apakah jenis assessment yang dilakukan?
tahniah kerana terpilih untuk masuk dalam Engineer Booster Program.
Tips
1) Just Be Yourself
2) Passion what You Gonna To do
3) Proactive and Confident