• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 1 Reaction

Langkah kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak pada ketika ini, mungkin satu perkara yang tidak boleh diterima oleh rakyat. Rata-rata masyarakat merungut dengan penarikan subsidi minyak ini dan menjadikan kepada RM 2.30 seliter untuk petrol dan RM 2.20 seliter untuk diesel.  Harga pasaran sekarang adalah sekitar RM2.58 seliter bagi petrol dan RM2.52 seliter bagi diesel.


Tidak dinafikan bahawa harga minyak di Malaysia masih lagi murah berbanding dengan Negara sekitar Malaysia.

“ Harga minyak di negara jiran lagi mahal berbanding dengan Malaysia ”

“ Bukan harga minyak yang naik, tetapi subsidi ditarik ”

“ Kenaikan ini masih rasional, hanya 20 sen sahaja seliter ”

Perkara diatas antara alasan yang diberikan oleh segolongan masyarakat dalam untuk “sedapkan” hati rakyat agar sentiasa akur dengan kenaikan ini. Tidak menafikan juga, ada juga alasan itu yang betul, tetapi tidak boleh diterima.

Menerima gambar surat dari “whatsapp” berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak, antara alasanya adalah

“ Bukan Warganegara Malaysia turut merasai kenikmatan subsidi minyak yang diberikan ”

“ Boleh digunakan kearah pendidikan, latihan, kesihatan dan sistem pengangkutan ”

-          Berapa ramai bukan warganegara Malaysia daripada rakyat Malaysia yang memerlukan subsidi ini?

-          Tidak dinafikan perkara pendidikan, latihan, kesihatan dan system pengangkutan itu penting, tapi kalau benar ingin bantu rakyat, naikkan harga subsidi minyak adalah sangat wajar.

Pemberitahuan secara mengejut juga adalah langkah yang kurang disenangi oleh rakyat. Kenapa lagi seminggu harga minyak nak naik hari ini diumumkan? Ini tidak, petang tadi umum, esok juga harga naik. Beratur panjang kereta di stesyen minyak.

Merasionalkan subsidi minyak tidak membantu dalam merasionalkan ekonomi rakyat

Mungkin tidak menjadi suatu kemarahan kepada rakyat jika harga minyak naik disebabkan harga pasaran naik. Tetapi, jika alasan minyak naik disebabkan untuk menanggung perbelanjaan atau “keborosan” pihak pentadbir Negara dalam menguruskan kewangan Negara itu mungkin satu perkara yang tidak boleh diterima.

Tidak dinafikan bahawa pemberian BRIM kepada rakyat Malaysia sangat membantu dalam meringankan beban. Kaedah dalam pemberian wang ini sepertinya menampakkan secara jelas bahawa kerajaan sangat membantu kepada golongan yang kurang mampu. Ya. Tidak dinafikan BRIM sangat membantu.

Hanya sekadar pandangan, dengan kaedah menukarkan BRIM itu menggantikan semula subsidi minyak. Secara normalnya, punca harga barang akan naik disebabkan harga minyak naik. Betul, barang asas tidak dikenakan GST, tapi kalau minyak naik, semua barang secara automatik akan terpaksa naik.

Ditanya oleh pelanggan : “ Kenapa timun naik harga, mana ada kaitan dengan minyak pun ? ”

Jawab penjual : “ Habis tu, timun ni datang ke kedai saya ni jalan kaki? ”

Pelanggan : “ (=_+’)

Mungkin penarikan subsidi ini tidak akan berlaku jika pihak pemerintah pandai dalam mengatur perbelanjaan Negara. Sudah berapa kali dalam pemerintahan Dato’ Seri Najib ini nilai subsidi minyak ini ditarik?.

Mungkin kereta Perodua lebih banyak terjual daripada Proton pada 3 tahun kebelakangan ini adalah kerana kereta Perodua “cc”nya lebih kecil dan jimat minyak. Selepas ini, sudah tidak timbul untuk bergaya dengan kereta mahal, tetapi terpaksa membeli kereta murah yang jimat minyak. Proton dan Perodua harus banyak mengeluarkan kereta yang jimat minyak atau hybrid agar masalah minyak ini dapat diatasi.

Mungkin sudah tiada kesah dan tiada siapa yang endah, kerana kalau cakap, marah, benci, dan maki sekalipun, tetap terima hakikat bahawa harga minyak akan naik.

Mungkin orang yang berada dalam mesyuarat dalam memutuskan penarikan subsidi minyak ini mendapat elaun minyak dan mungkin tidak merasa bagaimana sakitnya bila orang yang tiada elaun minyak dan kurang mampu untuk “membeli” minyak.

“Aku tidak kata bahawa aku tidak suka kerajaan, tetapi aku fikir, tidak semua rakyat Malaysia mampu untuk hadapi kenaikkan harga minyak ini ”

p/s : Tidak sabar untuk menunggu Pilihan Raya Umum akan datang, pasti alasan dan isu harga minyak petrol dan isu perpecahan hubungan Pakatan Rakyat dalam memilih Menteri Besar Selangor menjadi “main point” bagi kedua kelompok Pihak Pemerintah dan Pakatan Rakyat.

Jangan terkejut jika nak dekat PRU nanti, diumumkan bahawa harga minyak akan turun disebabkan memahami kesusahan rakyat.


Hanya Tulisan memberi Pandangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...