Langkah kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak pada
ketika ini, mungkin satu perkara yang tidak boleh diterima oleh rakyat.
Rata-rata masyarakat merungut dengan penarikan subsidi minyak ini dan
menjadikan kepada RM 2.30 seliter untuk petrol dan RM 2.20 seliter untuk
diesel. Harga pasaran sekarang adalah
sekitar RM2.58 seliter bagi petrol dan RM2.52 seliter bagi diesel.
Tidak dinafikan bahawa harga minyak di Malaysia masih lagi
murah berbanding dengan Negara sekitar Malaysia.
“ Harga minyak di negara jiran lagi mahal berbanding dengan
Malaysia ”
“ Bukan harga minyak yang naik, tetapi subsidi ditarik ”
“ Kenaikan ini masih rasional, hanya 20 sen sahaja seliter ”
Perkara diatas antara alasan yang diberikan oleh segolongan
masyarakat dalam untuk “sedapkan” hati rakyat agar sentiasa akur dengan
kenaikan ini. Tidak menafikan juga, ada juga alasan itu yang betul, tetapi
tidak boleh diterima.
Menerima gambar surat dari “whatsapp” berkaitan dengan isu
kenaikan harga minyak, antara alasanya adalah
“ Bukan Warganegara Malaysia turut merasai kenikmatan subsidi
minyak yang diberikan ”
“ Boleh digunakan kearah pendidikan, latihan, kesihatan dan sistem
pengangkutan ”
-
Berapa ramai bukan warganegara Malaysia daripada
rakyat Malaysia yang memerlukan subsidi ini?
-
Tidak dinafikan perkara pendidikan, latihan,
kesihatan dan system pengangkutan itu penting, tapi kalau benar ingin bantu
rakyat, naikkan harga subsidi minyak adalah sangat wajar.
Pemberitahuan secara mengejut juga adalah langkah yang
kurang disenangi oleh rakyat. Kenapa lagi seminggu harga minyak nak naik hari
ini diumumkan? Ini tidak, petang tadi umum, esok juga harga naik. Beratur
panjang kereta di stesyen minyak.
Merasionalkan subsidi minyak tidak membantu dalam merasionalkan
ekonomi rakyat
Mungkin tidak menjadi suatu kemarahan kepada rakyat jika harga
minyak naik disebabkan harga pasaran naik. Tetapi, jika alasan minyak naik
disebabkan untuk menanggung perbelanjaan atau “keborosan” pihak pentadbir Negara
dalam menguruskan kewangan Negara itu mungkin satu perkara yang tidak boleh
diterima.
Tidak dinafikan bahawa pemberian BRIM kepada rakyat Malaysia
sangat membantu dalam meringankan beban. Kaedah dalam pemberian wang ini
sepertinya menampakkan secara jelas bahawa kerajaan sangat membantu kepada
golongan yang kurang mampu. Ya. Tidak dinafikan BRIM sangat membantu.
Hanya sekadar pandangan, dengan kaedah menukarkan BRIM itu menggantikan
semula subsidi minyak. Secara normalnya, punca harga barang akan naik
disebabkan harga minyak naik. Betul, barang asas tidak dikenakan GST, tapi
kalau minyak naik, semua barang secara automatik akan terpaksa naik.
Ditanya oleh pelanggan : “ Kenapa timun naik harga, mana ada
kaitan dengan minyak pun ? ”
Jawab penjual : “ Habis tu, timun ni datang ke kedai saya ni
jalan kaki? ”
Pelanggan : “ (=_+’)
Mungkin penarikan subsidi ini tidak akan berlaku jika pihak
pemerintah pandai dalam mengatur perbelanjaan Negara. Sudah berapa kali dalam pemerintahan
Dato’ Seri Najib ini nilai subsidi minyak ini ditarik?.
Mungkin kereta Perodua lebih banyak terjual daripada Proton
pada 3 tahun kebelakangan ini adalah kerana kereta Perodua “cc”nya lebih kecil
dan jimat minyak. Selepas ini, sudah tidak timbul untuk bergaya dengan kereta
mahal, tetapi terpaksa membeli kereta murah yang jimat minyak. Proton dan
Perodua harus banyak mengeluarkan kereta yang jimat minyak atau hybrid agar
masalah minyak ini dapat diatasi.
Mungkin sudah tiada kesah dan tiada siapa yang endah, kerana
kalau cakap, marah, benci, dan maki sekalipun, tetap terima hakikat bahawa
harga minyak akan naik.
Mungkin orang yang berada dalam mesyuarat dalam memutuskan
penarikan subsidi minyak ini mendapat elaun minyak dan mungkin tidak merasa
bagaimana sakitnya bila orang yang tiada elaun minyak dan kurang mampu untuk “membeli”
minyak.
“Aku tidak kata bahawa aku tidak suka kerajaan, tetapi aku
fikir, tidak semua rakyat Malaysia mampu untuk hadapi kenaikkan harga minyak
ini ”
p/s : Tidak sabar untuk menunggu Pilihan Raya Umum akan
datang, pasti alasan dan isu harga minyak petrol dan isu perpecahan hubungan
Pakatan Rakyat dalam memilih Menteri Besar Selangor menjadi “main point” bagi
kedua kelompok Pihak Pemerintah dan Pakatan Rakyat.
Jangan terkejut jika nak dekat PRU nanti, diumumkan bahawa
harga minyak akan turun disebabkan memahami kesusahan rakyat.
Hanya Tulisan memberi Pandangan
Setuju..