• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 3 Reaction

Dalam hidup kita, pastinya kita tidak akan lari daripada ingin membuat sebarang pilihan. Dilema ini selalu terjadi kerana kita takut tersalah pilih. Lagi men"delima"kan apabila ianya melibatkan masa hadapan seseorang. Seperti karier, tempat tinggal dan pasangan hidup.

"Awak atau Si Dia?"

Bukanlah ianya terbatas dalam memilih pasangan hidup semata, Ianya juga lebih menjurus kepada pilihan kerja, pilihan tempat program dan sebagainya.

Saya menulis ini, kerana ada wakil pemipin pelajar bertanya, apakah tips untuk menghadapi "persimpangan dilema" ini.

Jika kita berada dalam persimpangan memilih ini, apa yang kita perlu buat?

1. Tuliskan semua pilihan anda diatas kertas. Jangan hanya simpan di dalam fikiran. Manusia akan lebih terkesan dan jelas jika banyak deria digunakan untuk menganalisa sesuatu perkara. Jika anda simpan masalah anda itu di dalam fikiran, mungkin anda akan mudah keliru dan cepat hilang fokus, kerana bukan perkara itu sahaja yang anda simpan dalam fikiran anda.

2. Senarai dan tuliskan kebaikan dan keburukan di setiap pilihan anda. Setiap perkara yang anda ingin lakukan mesti mempunyai sebab kenapa anda ingin lakukan atau apa yang anda pilih. Letak sebanyak mungkin kebaikan dan keburukan yang anda rasakan akan terjadi di setiap pilihan anda

3. Seharusnya anda akan memilih perkara yang akan memberi banyak kebaikan dan mengurangkan keburukan. Buat langkah sebaiknya. Jika sesuatu perkara itu perlu dirujuk kepada orang yang lebih arif, maka rujuklah sebaiknya.

Dalam agama jua disarankan untuk melakukan solat istiharah dalam ingin menentukan sesuatu perkara itu,

Berusaha untuk lakukan yang terbaik dalam memilih, jika sudah "puas" dengan setiap hujah dan asbab anda memilih perkara tersebut. Serahkan segalanya padaNYA.

p/s : apakah beza perasaan orang yang sudah sedia untuk jawab peperiksaan, dengan orang yang tidak sedia untuk menjawab peperiksaan? #Think

#BelajarSesuatuDaripadaItu
#ReadToLead
#SeniDalamOrganisasi

Semoga Bermanfaat

Azraful Azman

3 Responses so far.

  1. Thanks 4 sharing bro! I rasa, i ade tye soklan ni. Mcm da ade sinar jawapan! Doakn eden ye, bro moga Allah berikan aturan yg trbaik, Dia perancang terbaik :-)

  2. syikinsalim says:

    nice sharing... good point.. kyn buat cmni.. sbb tuh je salah satu cara terbaik dlm buat keputusan.. tp klo da buat cmni pon keputusan tuh x berpihak kpd kita, kne pk balek knape cmtu.. muhasabah niat blekk..tuh je cara yg kyn buat...

  3. orchidyy says:

    Bila dah habis belajar, the biggest dilemma bila nak decide nak kerja apa pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...