Post Mortem selalunya dilakukan untuk "bedah siasat" setiap
permasalahan dan perisitiwa yang berlaku sepanjang sesuatu program itu
berlangsung.
Segala permasalahan akan dikeluarkan dan diceritakan dan mungkin sampai
tahap akan menyalahkan orang lain jika sesuatu tidak ikut apa yang
dirancang.
Segala apa yang berlaku itu adalah ketentuan daripada Allah. Yes!. Saya
yakin terhadap perkara itu
Tetapi sejauh mana kita sudah berusaha sedaya upaya agar sebarang
kesilapan itu dapat dikurangkan?
Umpama : Adakah kita akan menyalahkan takdir dengan keputusan
peperiksaan yang teruk sedangkan kita tidak pernah belajar atau ulangkaji
sebelum menjalani peperiksaan?
Menjadi dilema dalam kalangan sesetengah daripada kita untuk pergi ke
Post Mortem kerana takut dimarahi, atau dibenci oleh orang lain kerana kita
menganggap bahawa kitalah yang menjadi punca setiap permasalahan itu
berlaku.
Post Mortem itu adalah satu ruang yang bagus dalam mengeluarkan
seberapa banyak permasalahan yang berlaku sepanjang program. Malah ianya
tempat untuk mengeluarkan sebarang penambahbaikan untuk program keesokaanya
atau akan datang.
Menyalahkan individu yang dirasakan menjadi punca permasalahan dalam
Post Mortem mungkin akan hanya menyedarkan ianya untuk seketika sahaja. Tetapi apa tindakan kita pula untuk
mengelakkan perkara yang sama berulang pada masa akan datang?
Manusia itu pasti akan
buat silap, Tetapi janganlah sengaja buat silap, Bagaimana kalau dia
benar-benar tersilap dan terlupa selepas ini?
Jika sesuatu program itu pertama
kali dilakukan, mungkin akan timbul banyak permasalahan. Itu mungkin menjadi
perkara biasa. Dengan alasan
" relakslah ini kan "Program First Time" kita. Sebelum
ini mana ada rujukan untuk buat program ini "
Tapi jika sesuatu program yang sama itu diadakan setiap minggu, atau
setiap bulan, atau setiap 6 bulan, atau setiap tahun, kemudian mempunyai
masalah. Adakah ianya dikira sebagai masalah? Terutamanya jika masalah yang
sama itu berulang seperti program yang sebelumnya.
Kalau itu yang terjadi, bukan masalah itu menjadi masalah, tetapi kita yang
bermasalah.
Apa guna Post Mortem yang dilakukan apabila selesai sesuatu program
Mengapa setiap program yang bakal dijalankan tidak menggunakan Post Mortem
program sebelumnya untuk mengkaji setiap permasalahan dan
mengeluarkan seberapa banyak cara untuk menggelakkan agar masalah tersebut
berulang?.
Ya, mungkin kita buka fail Post Mortem itu, tetapi hanya buka dan lihat
sebagai syarat untuk menyedapkan hati dan arahan daripada ketua
sahaja tetapi tidak ambil usaha untuk duduk bersama, bincang dan kaji.
Kalau Post Mortem itu dilakukan hanya sebagai memenuhi syarat dalam
melakukan sesuatu program, lebih manis tidak perlu lakukan Post Mortem
tersebut.
Kejayaan Post Mortem itu bukan kita dapat tahu punca masalahnya,
tetapi kita dapat kaji, dan keluarkan bagaimana cara untuk mengatasi daripada
masalah yang sama berulang.
"Sistemkan Organisasi Kita"
#BelajarSesuatuDaripadaItu
#ReadToLead
#SeniDalamOrganisasi
Azraful Azman
P/s : InsyaAllah, kalau berkesempatan, saya akan kongsikan bagaimana cara
efisen untuk mengkaji setiap permasalahan yang berlaku.