• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 2 Reaction



Post Mortem selalunya dilakukan untuk "bedah siasat" setiap permasalahan dan perisitiwa yang berlaku sepanjang sesuatu program itu berlangsung.

Segala permasalahan akan dikeluarkan dan diceritakan dan mungkin sampai tahap akan menyalahkan orang lain jika sesuatu tidak ikut apa yang dirancang.
Segala apa yang berlaku itu adalah ketentuan daripada Allah. Yes!. Saya yakin terhadap perkara itu
Tetapi sejauh mana kita sudah berusaha sedaya upaya agar sebarang kesilapan itu dapat dikurangkan?

Umpama : Adakah kita akan menyalahkan takdir dengan keputusan peperiksaan yang teruk sedangkan kita tidak pernah belajar atau ulangkaji sebelum menjalani peperiksaan?

Menjadi dilema dalam kalangan sesetengah daripada kita untuk pergi ke Post Mortem kerana takut dimarahi, atau dibenci oleh orang lain kerana kita menganggap bahawa kitalah yang menjadi punca setiap permasalahan itu berlaku.

Post Mortem itu adalah satu ruang yang bagus dalam mengeluarkan seberapa banyak permasalahan yang berlaku sepanjang program. Malah ianya tempat untuk mengeluarkan sebarang penambahbaikan untuk program keesokaanya atau akan datang.
Menyalahkan individu yang dirasakan menjadi punca permasalahan dalam Post Mortem mungkin akan hanya menyedarkan ianya untuk seketika sahaja. Tetapi apa tindakan kita pula untuk mengelakkan perkara yang sama berulang pada masa akan datang?


Manusia itu pasti akan buat silap, Tetapi janganlah sengaja buat silap, Bagaimana kalau dia benar-benar tersilap dan terlupa selepas ini?


Jika sesuatu program itu pertama kali dilakukan, mungkin akan timbul banyak permasalahan. Itu mungkin menjadi perkara biasa. Dengan alasan


" relakslah ini kan "Program First Time" kita. Sebelum ini mana ada rujukan untuk buat program ini "


Tapi jika sesuatu program yang sama itu diadakan setiap minggu, atau setiap bulan, atau setiap 6 bulan, atau setiap tahun, kemudian mempunyai masalah. Adakah ianya dikira sebagai masalah? Terutamanya jika masalah yang sama itu berulang seperti program yang sebelumnya.
Kalau itu yang terjadi, bukan masalah itu menjadi masalah, tetapi kita yang bermasalah.
Apa guna Post Mortem yang dilakukan apabila selesai sesuatu program
Mengapa setiap program yang bakal dijalankan tidak menggunakan Post Mortem program sebelumnya untuk mengkaji setiap permasalahan dan mengeluarkan seberapa banyak cara untuk menggelakkan agar masalah tersebut berulang?.


Ya, mungkin kita buka fail Post Mortem itu, tetapi hanya buka dan lihat sebagai syarat untuk menyedapkan hati dan arahan daripada ketua sahaja tetapi tidak ambil usaha untuk duduk bersama, bincang dan kaji.
Kalau Post Mortem itu dilakukan hanya sebagai memenuhi syarat dalam melakukan sesuatu program, lebih manis tidak perlu lakukan Post Mortem tersebut.
Kejayaan Post Mortem itu bukan kita dapat tahu punca masalahnya, tetapi kita dapat kaji, dan keluarkan bagaimana cara untuk mengatasi daripada masalah yang sama berulang.


"Sistemkan Organisasi Kita"

#BelajarSesuatuDaripadaItu
#ReadToLead
#SeniDalamOrganisasi



Azraful Azman

P/s : InsyaAllah, kalau berkesempatan, saya akan kongsikan bagaimana cara efisen untuk mengkaji setiap permasalahan yang berlaku.





2 Responses so far.

  1. Salam :)

    ya, sama kejadiannya dengan MASTER PLAN, RUNNING ORDER dan apa jua planning yg dirancang kerna, jika ianya HANYA SEKADAR SEKEPING KERTAS dan tidak melatih diri memikirkn apa yg PERLU DILAKUKAN ketika kejadian hari sebenar itu..

    POst moterm ini perlu dilakukan secara LEBIH BAIK..
    POST MOTERM sendiri perlu tambah baik, kerna ianya tidak membuang masa jika dilakukan dengan lebih SISTEMATIK.

    p/s---boleh PM sy juga utk details ini:)

  2. **MAster plan akan jadi tidak berguna dan buang masa jika tidak faham konsep dan flow sebenar' kenapa perlu ada master plan itu'

    sama juga dgn post moterm:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...