• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by The Story From Myself - - 0 Reaction

Pendapat tentang pelaksaan pengeluaran KWSP dilanjutkan kepada umur 60 Tahun :-


1) Ramai orang yang saya jumpa, rata-rata tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini. lagi-lagi kepada mereka yang tidak lama lagi menjelang usia 55 Tahun dalam beberapa bulan atau beberapa tahun lagi.

*Perkara ini merujuk kepada Akaun 1, bukan kepada Akaun 2. Apa beza Akaun 1 dan Akaun 2?.
yang ni panjang sikit cerita. Boleh terus tanya Mr. Google.

2) Alasan yang selalu dibaca untuk menguatkan dalam melaksanakan pelanjutan ini adalah kerana:-

a) ramai penyimpan akan membazirkan duit tersebut dengan membeli kereta atau motor mewah, 
b) menghabiskannya dalam masa 3, 4 Tahun sahaja, 
c) membeli barang yang mungkin tidak mendatangkan faedah dan sebagainya

3) Pernah tak terfikir, mereka yang sudah merancang pada umur 55 Tahun, yang masih bertenaga (jika dibandingkan dengan usia 60 Tahun) untuk menggunakan duit simpanan mereka :-
a) Menunaikan Umrah atau Haji ( Akaun 2 pun boleh digunakan untuk Pergi Haji )
b) Melabur dan Membeli Hartanah
c) Digunakan untuk melangsungkan perkahwinan anak (*Semoga Ayah dan Mak saya baca.Hehe)

4) Bagi pendapat saya, usaha pihak KWSP untuk melanjutkan pengeluaran wang simpanan KWSP kepada umur 60 Tahun sangat baik apabila mereka pelihat bahawa penyimpan akan menggunakan duit itu sewenang-wenangnya tanpa mempunyai simpanan di hari tua kelak.

5) Pelaksanaan ini adalah hanya satu kaedah yang bakal ditetapkan oleh pihak KWSP, Hakikatnya duit simpanan itu adalah hak penyimpan. Kalau ikut cara cakap saya ini mungkin agak kasar, tetapi saya nak simpulkan 

" Terpulang kepada mereka hendak buat apa dengan duit mereka, Kita tidak boleh halang, Malah itu hak mereka " 


6) Cadangan saya, kalau nak "win-win situation", buatlah konsep memberi pilihan kepada penyimpan. Kepada yang mahu mengeluarkan pada umur 55 Tahun, dibolehkan, kepada penyimpan yang ingin melanjutkan kepada 60 Tahun pun dibolehkan

Cakna Isu Semasa Negara;

p/s : Ramai yang mengeluh dengan GST; cuba anggarkan kalau perbelajaan RM 1000; kita akan keluarkan 60 Ringgit untuk membayar cukai GST, dan "total" kene bayar RM1060, malah ianya bukan hanya dikenekan kepada orang kaya. RM60 mungkin lihat kecil dimata seseorang, tapi itulah perbelajaan seseorang selama sebulan. 

Azraful Azman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...